Kisah Silam

Salam semua.. terima kasih admin sekiranya coretan aku disiarkan.

Akhir-akhir ini aku lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah dan bertaubat tetapi aku seakan dihantui dengan dosa-dosa lama yang pernah aku lakukan. Selama ni aku cuba melupakan dan bina hidup yang baru..

Sebenarnya, aku terdedah dengan s3x seawal dari umur 5 tahun atau 6 tahun lagi.. Hurmm.. Rase macam sedih bila taip ni.

Aku terjebak dengan anak jiran depan rumah. 2 beradik. Umur diorang masa tu dalam belasan tahun dah. Dan aku menjadi objek s3x diorang tanpa aku sedar perkara itu salah..

Aku ingat satu persatu kejadian yang diorang lakukan walaupun sekarang aku dah berumur 30 tahun.

Keluarga aku dan keluarga diorang baik. Jadinya aku selalu ke rumah mereka. Mungkin ibubapa aku pon tak sangka aku diperlakukan sebegitu..

Aku rasa perkara tu tak terlalu kerap berlaku.. Entahla.. Dalam memori aku.. Aku pernah kesakitan sebab berlaku perkara itu. Dan ianya berulang 2-3 kali..

Tapi aku terfikir kenapa aku bodoh tak bagitahu keluarga pon.. Macam kanak2 lain yang terkene serangan sexual, diorang akan mengadu. Tetapi aku hanya berdiam.

Adakah aku juga merasa ianya satu keseronokkan semasa itu. Ya Allah sedihnya bila kenangkan balik sebab aku terjebak dengan zina dan nafsu seawal umur 5-6 tahun lagi.

Diorang jugak selalu mengambil kesempatan semasa mengaji quran. Dulu kami mengaji waktu malam. Kawasan kampung. Diorang akan melakukan perkara yang sama diam2. Tapi dengan alasan main sembunyi-sembunyi.. dan aku percaya.

Tapi aku ingat masa tu aku ada meronta- ronta sebab di riba.. tapi lupa apa kesudahan malam tu. Aku juga lupa bagaimana dia berakhir.

Tapi aku membesar dengan baik tanpa memori buruk ni. Dalam umur 12 tahun. Peristiwa ni terngiang2.. mungkin masa ini aku boleh berfikir baik buruk sesuatu kejadian.

Dan yes aku rasa kesal, hina dan dalam hati aku persalahkan ibubapa aku sebab biarkan aku menjadi mangsa.. (maafkan along, padahal along yang tak pandai jaga diri)

Naik tingakatan.. aku perasan aku menjadi lebih bernafsu. Aku tidak tahu apa yang trigger aku sampai aku ada nafsu yang tinggi padahal masa tu aku baru berumur 14-15 tahun..

Masa tu zaman belum canggih. Jadi ini bukan disebabkan laman web lucah atau sebagainya.. masa tu aku ada telefon 3310. Dan ada kawan jarak jauh. Tiada perzinaan tapi aku penuhi nafsu aku dengan sexting dan calling..

Tapi watak aku berbeza disekolah.. Sebab aku disayangi guru dan pelajar yang pandai,seorang yang peramah.. Jadi kejahatan tidak terserlah.

Satu hari, Ada kejadian besar berlaku. Aku keluar dengan lelaki yang aku kenal melalui telefon. Keluar semasa aku outing asrama. Tapi aku dirogol beramai2.. seingat aku dalam 5 orang.

Lelaki yang bawa aku tukarkan aku dengan pil kuda dekat kawannya.. aku diperlakukan seperti binatang. Ditampar, dirogol sehingga aku pengsan..

Aku sedar dah gelap. Masa aku berjalan keluar dari rumah.. Ada lelaki kat luar tu kata nak hantar aku balik.

Belum sampai rumah. Abah aku dah tunggu dekat simpang jalan. Mungkin kecoh aku hilang. Abah hayun helmet dekat kepala aku dan budak lelaki tu.. balik rumah aku ditampar2..

Masa tu aku kecewa sangat2 dengan diri sendiri. Dalam masa yang sama aku sedih sebab tiada yang ambik tahu kesakitan yang aku lalui.. sebab aku tengah kesakitan masa tu.

Bertambah sedih bila mama dan abah tahu apa yang terjadi. Diorang menangis2.. Maafkan along ya..

Tapi masa tu, diorang tak buat report.. Sebab aku merayu meminta peluang. Janji nak berubah. Mase tu aku fikir kalau report polis semua orang akan tahu. Aku malu dan keluarga malu…

Masa aku hilang. Ada yang kecoh.. dekat sekolah kecoh jugak.. tapi aku cuma diamkan. Tapi masa tu ada guru-guru yang pandang serong. Mungkin ada andaian buruk2 tentang aku. Tapi alhamdulillah masih banyak guru yang sayang dan prihatin.

Itu peristiwa last berlaku. Sebab aku tekad nak berubah.. PMR aku buktikan sehingga dapat 5A, tapi masa ni
Mama dengan abah masih dalam proses memaafkan. Jadi diorang just buat tak tahu.

Next spm. 7A.. alhamdulillah mama dan abah bangga..

Dulu aku selalu berharap aku hilang ingatan. Haha. Tapi rasa macam mustahil. Yang lepas tak akan kita dapat ubah apa-apa. Tetapi masa depan kita insyaaAllah kita masih buleh corakkan dengan izin Allah..

Jadi, aku pilih kebahagian dari terkenangkan kisah silam.

Sekarang ni aku dah bahagia dengan suami yang mampu terima kisah silam aku, dan bahagia juga bersama ibubapa yang masih ada untuk dihargai dan dibalas budi..

Kisah ni aku tak pernah lupa pon, cuma aku letak dekat satu sudut yang aku tak nak dah kenangkan lagi.

Kadang-kadang aku menafikan/tipu diri aku bahawa semua itu tak pernah pon aku lalui, haha.

Semoga Allah sentiasa melindungi aku dan aib aku sehingga ke akhir hayat ku.. Aamiin..

– Ava (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Subhanallah kuatnya awak adik… ♥️♥️♥️ I nangis baca ni tambah2 part di perlakukan soperti binatang. Memang orang jahat tu ramai. 😭😭😭 Teruskan kuat. Nak lupakan tu memang mustahil tapi perlahan lepaskan… semoga Allah gantikan dgn kebahagiaan seumur hidup sampai ke syurga 🫶🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *