Assalamualaikum semua. Saya Atun (bukan nama sebenar). Saya nak bercerita kisah silam saya bukan bertujuan nak membuka pekung didada tapi, ambillah pengajaran disebalik kisah saya.
Juga bukan bertujuan nak mengalakkan melakukan kesalahan yang sama yang telah saya lakukan. Janganlah hampiri zina sebab sengsara atas perbuataan tu sangatlah azab didunia pun Allah dah tunjuk.
Kira kira berbelas tahun dahulu saya pernah melakukan kesalahan yang sangat besar dalam hidup saya. saya pernah melanjutkan pelajaran di ipta, saya seorang pendiam dan berasal dari keluarga yang sederhana.
Ditakdirkan Tuhan saya bertemu dengan seorang lelaki cinta pertama saya. Dia banyak menolong saya tapi rupanya bersebab. Kami terlanjur dan saya mengandung. Dia tahu kehamilan saya dan berjanji akan bernikah dengan saya. Tapi janji tinggal janji. Dia lari maka tinggallah saya dengan perut yang ada baby.
So, saya tak tahu nak buat apa. Saya malu. Pada waktu itu saya hanya fikir bunuh diri. Saya tak makan tak minum hanya menangis saja. Bergerak gerak baby dlm perut makin saya sedih makin kuat baby bergerak.
Waktu itu saya sedang berfikir mcm mana cara nk bunuh diri. Terjun lombong kah.. gantung diri kah.. sebab saya rasa tak layak untuk hidup. Keluarga saya sudah tahu mengenai kehamilan saya.. kesian ibu saya. Terpaksa menanggung malu atas perbuatan saya.
Sampai pada satu hari, saya nekad nak bunuh diri sebab tak sanggup nak tanggung malu pada hari mendatang. Sudahlah saya tak dapat menghabiskan pelajaran dan ada hutang pendidikan yang perlu saya bayar. Berat sungguh masalah saya. Saya menangis sepuasnya dimeja bacaan saya.
Pada waktu itulah saya terpandang sebuah tafsir Al Quran. Saya tergerak untuk mengambilnya dan saya selak pada selakan yang kedua mata saya terpaku pd surah An Nissa dimana terjemahannya berbunyi,
“San janganlah kamu membunuh diri sesungguhnya Allah maha penyayang terhadap kamu”. Allahu rabbi terasa laju air mata saya mengalir. Allah tahu apa yang saya sedang fikirkan.
Saya ambil wudu dan saya solat selepas sekian lama saya tinggalkan solat. Saya menangis semahunya dan saya minta ampun atas dosa dan niat saya yang mahu bunuh diri. Saya minta dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan untuk mengharungi masalah ini.
Dan benar benar Allah permudahkan urusan saya walaupun perit. Saya telah dimasukkan ke penjara atas kesalahan hamil diluar nikah. Tapi saya telah dijamin oleh kawan arwah ayah yang saya panggil Pakcik Mid (hubungan arwah ayah dengannya terlalu rapat sehingga dah dianggap seperti saudara) Beliau lah yang menanggung kos bersalin.
Pakcik Mid memilih di hospital swasta kerana mahu menjaga aib saya. Banyak bantuan yang saya dapat dari keluarga dan saudara mara saya.. tilam baby dan barangan baby. (Semoga Allah permudahkan urusan Pakcik Mid dan mereka yang menolong saya ini di dunia dan diakhirat)
Sampai waktu saya bersalin maka lahirlah seorang baby boy. Sebelum lahir baby ni saya dah berjanji nak serahkan kepada seorang wanita kak Era namanya yang berasal dari Kedah untuk diambil menjadi ank angkat sebab dia dah lama kawin tapi tiada anak.
Bila lihat wajah baby saya tak sampai hati pula nak serah kepada kak Era. Saya rasa sayang pada baby. Mujurlah kak Era faham dan kak Era tak jadi mengambil anak saya bila tengok saya meraung. Ibu saya pun tak sampai hati nk bagi cucunya pada orang lain.
Sekarang saya perlu mencari kerja. Allah mudah kan juga urusan saya. Saya dapat kerja yang berhampiran rumah dengan gaji RM350 sebulan. Terpaksa saya ikat perut sebab perlu membayar hutang ptptn. Anak saya alhamdullilah sihat dan sangat mudah menjaganya.
Sekarang baby boy tu dah berumur 19 tahun. Hutang ptptn yang berpuluh ribu mampu juga saya langsaikan dengan permulaan gaji RM350 pada tahun 2002 dan habis bayar pada tahun 2012.
Kehidupan saya? Saya menjadi seorang “single mother”. Bayangkan lah macam macam yang saya tempuh.. hinaan orang.. menjadi bahan umpatan.. Kalau nak cerita memang tak habis. Tapi saya tak kisah. Sebab saya dah ambil tanggungjawab penuh atas kesalahan saya. Orang nak mengumpat mengutuk biarlah saya hanya pekakkan telinga je.
Alhamdulllilah saya mampu menjalani ujian ini.. tanpa bunuh diri.. tanpa buang baby. Allah dah kata dia takkan uji seseorang melebihi kemampuan seseorang. Ye saya beruntung sebab family.. saudara mara.. jiran jiran banyak memberi sokongan dan bantuan.
Sebab itu lah jika ada masalah tak kira masalah apa pun rujuklah kepada Allah. Minta pada Allah permudahkan urusan. Sekarang baru saya nampak hikmah atas semua ni.. Allah kurniakan kepada saya anak lelaki yang baik dan banyak menolong saya.. kalaulah dulu saya buang dia.. saya lah sejahat jahat manusia.
Kepada lelaki yang menghancurkan hidup saya tu, mungkin sekarang dah berkahwin dengan seorang perempuan yang baik baik dan dikelilingi anak anak. Saya tak boleh kata apa dan dapat apa apa pun. Tapi suatu hari disana pasti saya akan dapat keadilan dari Tuhan yang maha Adil. Semoga kau bahagia dan baik baik ye.
Terima kasih pada yang sudi membaca luahan saya yang saya pendam berbelas tahun ni.
– Atun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit