Assalamualaikum. Entah bagaimana nak mulakan yer. Saya Kak A, dah 5 series, panggil untie pun boleh.
Ketika saya di sekolah rendah, menjadi mangsa cabul bapa2 saudara dan abang sepupu. Ayah dan mak bekerja, kami adik beradik dijaga @ dipantau oleh nenek yang selalu cengeng.
Tiada memori dibelai dipeluk oleh nenek. Mungkin sebab taraf hidup dan pekerjaan ayah dan mak yang peringkat bawahan, taraf buruh2 kasar. Ayah dan mak balik petang da penat, memang kami kurang perhatian.
Adik2 bila saya balik sekolah @ cuti saya yang uruskan sebab saya anak perempuan sulung, atas saya, abang. Disebabkan tanggungjawab kena jaga adik, pemangsa ambil kesempatan atas saya. Siap ugut lagi jangan bagitahu sesiapa.
Pernah kami sekeluarga pergi tonton tv di rumah nenek waktu malam. Saya tertidur, ayah dan mak biarkan saya tidur dirumah nenek.
Pemangsa memang tunggu peluang, bayangkan saya yang berusia 8@9 tahun terkejut dari tidur bila ditindih dan dilondehkan seluar.
Suasana gelap, datang kekesalan kenapa saya ditinggalkan disitu untuk disakiti. Saya mematikan diri, berpura-pura tidur kerana takut. Tapi, pemangsa celaka tu tahu saya sedar.
Selepas dia puas, macam biasa disusuli ugutan. Saya masih ingat dalam hati, saya marahkan tuhan. Marah sangat2!!.
Sebenarnya permulaan ‘benda’ ni berlaku adalah secara rela. Saya dimomokkan ianya suatu permainan. Disogok dengan gula-gula, diberikn perhatian yang saya tak dapat.
Memang la suatu perasaan yang seronok bila kita diberi perhatian dan hadiah walau cuma sebutir gula2.
Dalam jamban luar, dalam tong banting padi dekat pondok sawah, dalam bilik bujang, saya diperlakukan.
Namun bila saya merasa permainan itu sesuatu yang menyakitkan, saya mula mengelak dan menolak. Kemudian ia berlaku secara paksa.
Kemudian, atas faktor kerja pemangsa2 telah berhijrah ke bandar @ negeri lain. Alhamdulillah, saya rasa lega sangat2. Adik saya makin bertambah dan rezeki kami juga bertambah.
Ayah dan mak dapat beli rumah, kami pindah agak jauh dari rumah nenek. Selama ni kami cuma menumpang atas tanah nenek. Mak berhenti kerja jadi surirumah.
Berpindah rumah, berpindah juga sekolah. Saya dah menengah waktu ni. Di sekolah baru, saya tak duga menjadi perhatian beberapa pelajar lelaki.
Suatu kejutan bagi saya. Tapi, saya sentiasa rasa diri saya kotor, jijik dan rendah diri. Ianya suatu tekanan bagi saya. Bukan saja disekolah, malah diperumahan baru itu saya juga diminati beberapa budak lelaki.
Cuma kerana ayah saya garang, mereka cuma minat dari jauh. Paling2 berani pun cuma utus surat. Zaman tu memang saya banyak dapat surat cinta.
Dalam ramai2 peminat tu, saya putuskan nak couple dengan sorang senior kat sekolah. Kami tak keluar dating, cuma jumpa kat sekolah jer.
Waktu ni saya rasa, cuma nak rasa macamna rasa ada ‘pakwe’ jer kot. Suatu hari pakwe ajak join pergi rombongan kawan2 dia berkelah.
Saya ajak kawan saya teman supaya dapat izin dari ayah. Ditakdirkan, rombongan tu pulang malam, bodohnya saya sebab sangka paling lewat pun kami balik petang. Tu la kali pertama dalam hidup saya keluar rumah balik malam.
Ayah saya memang menyinga la, dia da standby luar rumah. Dekat luar rumah tu juga, dia marah jerit2kan saya. Allah, malunya saya dengan orang lain, dengan jiran2. tapi, saya memang jenis diam tak melawan.
Dalam hati saya pertikaikan kenapa sibuk nak jaga maruah sekarang? Sedangkan maruah saya da lama tercemar.
Saya mengelak dan tak bertegur ayah lama. Bila duduk sorang2 saya cakap dengan diri sendiri. Saya benci apa yang berlaku, kenapa saya tak dijaga betul2 dari kecil.
Kenapa bila dah remaja baru nak jaga saya betul2? Saya da kotor dari kecil…. dah lama kotor, jijik. Andailah ayah dan mak tahu…..
Tapi saya tak sanggup nak cerita. Tak sanggup buat ayah kecewa, sedih atas perlakuan ahli keluarga dia. Saya akui, saya lebih sayangkn ayah saya dr emak.
Walaupun saya pernah diberitahu oleh ‘saudara’, sejarah lampau ayah yang pernah terlanjur dengan orang lain sewaktu bujang. Saya sempat terfikir adakah apa yang berlaku kepada saya adalah kifarah atas dosa ayah saya?.
Saya tak sanggup nak dedahkan kisah saya pada ayah. Pasti dia sedih, kecewa dan bermacam2 lagi. Biarlah saya pendam.
Selepas SPM, saya dapat sambung belajar tapi ayah tak mampu. Zaman tu belum ada pelbagai bantuan, ptptn bagai. Adik2 berderet masih perlu disekolahkan.
Saya bekerja kilang saja atas sebab disediakan transport. Nak cari kerja lain, transport tiada. Bas awam kat tempat kami hanya satu, jenuh nk tunggu. Nak sewa rumah ayah takkan bagi.
Alam pekerjaan bermula. Tengok sorang2 kawan yang bertemu jodoh. Yang bercouple lain. Bila bagitahu saya tiada pakwe, ramai yang sangsi dan pelik.
Entah kenapa, budak2 lelaki kat kilang tu, tak nak ngorat saya. Bohong la tak sedih kan. Kita cantik2, kulit putih tapi orang tak ingin.
Suatu hari tu kawan saya bagitahu, kebetulan kawan saya ni ada couple dengan abang technician kilang tu. Rupanya budak2 lelaki kat kilang tu takut nak ngorat saya sebab dorang tengok saya ni ‘muka budak baik’.
Yelah saya bertudung, pakai pun sopan jer, bukan jenis gedik2. Tkut pula dorang nak ngorat. Aduh, andailah dorang tahu sejarah kelam saya.
Saya tak ‘sebaik’, ‘sesuci’ yang dorang sangka. Begitu la saya, sepanjang bekerja disitu memang tiada pengalaman bercinta.
Diusia ini, ramai kawan2 yang da bertemu jodoh, saya pun ada keinginan yang sama tapi, rasa rendah diri sentiasa ada. Adakah lelaki yang mahu terima aku?
Suatu ketika seorang kawan nak kenalkan saya dengan kenalan dia. Pendek cerita, saya beranikan diri untuk mencuba.
Ada pula kawan yang komplen, saya layak dapat lelaki yang lebih baik, lebih kacak tapi saya sedar, situasi diri saya tidak melayakkan saya untuk terlalu memilih. Saya perlu terima seadanya.
Berkahwinlah saya dengan suami. Selepas berkahwin, saya terus ikut suami duduk rumah dia. Sebenarnya, rumah pusaka arwah mak dia. Dia duduk sorang sebelum tu.
Alhamdulillah, saya lega tak duduk satu rumah dengan mak lagi. untuk pengetahuan hubungan mak dan saya sangat tak rapat. Nak duduk bersama berbual memang jangan harap. Disebabkan itu, bila mak kat dapur, saya dalam bilik. Bila mak ngemas2 luar rumah saya masak.
Memang tiada langsung perbualan @ pertanyaan hal2 berkaitan perempuan@hal2 lain antara kami. Sebab tu saya selalu cemburu bila tengok kemesraan kawan2 dengan mak dorang.
Sampaikan saya berazam, andai saya ada anak perempuan, saya nak buat dia macam kawan. Boleh berbual bermacam2 topik, boleh bergurau senda.
Ok. Setelah ikut suami, masuk jer rumah dia, saya nampak 2 longgok pakaian kotor diatas lantai seakan 2 bukit kecil.
Nampak ada mesin basuh separa auto. Tak ape la, nanti cepat jer settled. Rupanya, mesin tu rosak, cuma boleh guna bahagian pengering.
Saya cuti kahwin seminggu. Orang lain pergi honeymoon, saya settled kan baju2 kotor dia. Semua cuci tangan.
Rupanya, bukan setakat mesin basuh jer rosak. TV, peti sejuk pun rosak . Iron gosok baju pula langsung tiada. Nak masak untuk makan 2 orang tapi yang ada periuk untuk masak makan 10 orang. Pendek kata banyak yang perlu dibeli dan disediakan.
Perlahan2 saya beli satu2. Bulan pertama, saya beli iron sebab malu asyik pinjam jiran. Takkan nak pergi kerja pakai baju dan tudung kedut2.
Lepas tu saya beli kuali, periuk, blender, peti sejuk, oven bulat dll. Zaman saya dulu, kawen banyak dapat hadiah gelas, cawan, pinggan dan jam dinding jer. tak macam sekarang dapat barang2 letrik dan macam2 keperluan.
Ok la takpe2… baru kahwin, masih manis semua.
Ohh.. lupa nak cerita, waktu akad nikah, nak batal air sembahyang terjadi sesuatu yang saya tak kan lupakn, memalukan bagi saya.
Tak sangka hari pertama bergelar isteri, saya telah ditipu. Rupanya suami tak sediakan cincin untuk batal air sembahyang. Cincin yang disarungkan rupanya cincin pinjam. Selepas majlis, kena pulangkn semula pada tuannya.
Saya bermasam muka, kecewa tak dapat cincin kawen. Ayah saya perasan riak wajah saya dan tahu apa yang berlaku. Beruntung suami saya, ayah saya tidak memarahi dan memalukan dia.
Esoknya, ayah saya ke pekan dan belikan saya sebentuk cincin. Terubat sikit hati saya. Suami minta saya pulangkan kepada ayah saya semula. Katanya, dia akan belikan saya cincin kemudian.
Tapi, saya tak sampai hati, takut ayah kecik hati pula. Ternyata janji suami tidak pernah ditunaikan sampai saat ini.
Malam pertama.
Ianya suatu yang sangat saya gusarkan. Bagaimana jika, suami tahu saya dah tak suci lagi?
Tetapi Alhamdulillah, ternyata saya masih ada dara lagi. Nampak saja darah, suami ucap terima kasih sebab saya pandai jaga diri. Saya pula macam blur kejap.
Pendek cerita, entah kenapa, suatu hari tu suami cerita la kisah dulu2 masa dia bujang. Bagaimana dia pernah terlanjur. tapi dia cakap sekejap sangat. Macam tak berapa nak terlanjur. Dalam hati saya, mm..
Mungkin betul la Allah bagi dia berjodoh dengan saya. Sebab dua2 tak berapa nak suci.
Saya pula dengan jujur nak adil konon @bodoh sebenarnya pergi la cerita kisah saya pula. Dia pun ok, minta saya lupakan.
Masalahnya, benda ni memang tak boleh kau lupakan. Mustahil. Ianya memberi impak pada pemikiran, sikap dan emosi saya.
Boleh kata, setiap kali ‘bersama’ suami saya akan teringat, saya jadi benci, jijik. Lebih jijik lagi bila saya terpaksa berpura-pura ok . Lebih parah bila suami suka janji akan belikan saya sesuatu jika saya penuhi keinginannya.
Ianya sama seperti igauan lalu saya. Sesuatu yang dia belikan tu pula seperti pakaian dalam @ baju tidur s3ksi. Entah kenapa saya rasa terhina sangat2. Tapi saya pendamkan saja, pura2 suka.
Setakat ini dulu luahan saya, InsyaAllah jika ada masa terluang dan ada permintaan saya akan sambung kisah saya lagi. Panjang lagi rasanya.
Maaf, hanya cara ini saja saya boleh meluah. Banyak yang saya pendam.
– Kak A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit