Kisah Siti Ini Mengajar Kita Supaya Tidak Berputus Asa

Assalamualaikum semua.

Nak bagitau satu perkara kat orang yang selalu dapat markah rendah, “Jangan pernah rasa diri anda bodoh atau lembap bila dapat markah rendah.”

Mari sini aku nak cerita sikit. Masa sekolah menengah, aku duduk sebelah Siti (bukan nama sebenar) dalam kelas. Kami semua duduk asrama. Siti selalu dapat markah rendah dalam semua subjek. Semua subjek tau. Masa tu SPM kami ambik 10 subjek. Siap ada yang fail lagi.

Siti ni baik dan sempoi orangnya. Rajin belajar. Ada jadual untuk belajar sebab dia sedar yang markah dia selalu rendah. Kalau nak exam, dia akan study sampai pukul 3-4 pagi.

Aku pulak orang yang sangat malas belajar. Dalam kelas aku susah nak tumpukan perhatian. Sambil cikgu ajar, aku melukis, berangan. Subjek yang aku suka je aku dengar betul2. Tak pernah aku ada jadual belajar. Sekadar siapkan homework yang cikgu bagi je. Setiap kali nak exam, aku akan duduk sekali dengan geng2 study group kat tepi dorm. Dari pukul 11, sampai pukul 12 tengah malam. Tapi aku tak study. Aku duduk situ, borak je. Aku tak bawak buku pun. Bila pukul 12, aku masuk tidur. Tapi Alhamdulillah aku selalu dapat A walaupun pemalas macamtu.

Satu hari siti datang kat aku, “konah.. (bukan nama sebenar) aku tengok ko ni dalam kelas tak dengar. Nak exam tak study. Tapi ko boleh dapat markah tinggi. Aku jarang tengok ko study. Macam mana nak jadi pandai macam ko? Aku sedih la konah. Aku study banyak, markah aku macamtu jugak.” Aku tengok air mata dia dah bertakung. Aku pun jawab, “erm.. siti, janganlah cakap macamtu. InsyaAllah satu hari nanti markah ko naik. Jangan la risau. Ko boleh!”

Sejak hari tu aku baru sedar yang aku macam kufur nikmat. Aku belajar sambil lewa, tapi markah tetap tinggi. Aku rasa aku ni sekadar bernasib baik je. Dah la ibadah so so. Sekadar cukup 5 waktu solat.

Satu hari aku perhati si Siti study, memang dahsyat dan gigih dia study. Kadang tu sampai sengguk2 dia punya study sebab dah terlalu lama. Aku mula rasa sedih sebab aku sayang Siti ni. Dalam hati aku doa, “Ya Allah, kau mudahkan la siti memahami pelajaran.”

Lepastu aku slow2 mula study dengan Siti. Aku ajar dia mana yang dia tak faham. Banyak kali aku terangkan, baru dia boleh faham. Baru aku sedar kawan sebelah aku struggle rupanya nak fahamkan benda yang selalunya aku dengar sekali, dah terus faham.

Masa result SPM keluar, aku dapat straight 10A. Siti cuma ada dalam 3-4A. Tapi takde yang gagal. Dia gembira sangat takde yang fail.

Then, kami bawa haluan masing2 ke universiti yang lain. Siti masuk matrik. Aku buat foundation kat satu universiti swasta. Kami still keep in touch. Aku dapat tau, siti ambik engineering. Kami tak pernah cerita pasal result exam. Aku pun tak pernah tanya sebab takut dia terasa. Satu hari ada kawan yang satu matrik dengan siti bagitau yang siti perform gila kat matrik. Dekan sentiasa. Sampailah dia sambung degree kat satu IPTA, pun aku dengar khabar dia tiap2 semester dapat DL.

Masa tu bila aku dengar, aku rasa gembira sangat untuk siti. Aku rasa tak sia2 dia struggle study selama ni. Rupanya ganjaran study dia selama ni Allah nak bayar bila dia masuk universiti.

Jadi, kalau korang dah usaha kuat untuk dapat keputusan cemerlang tapi tak dapat, korang jangan putus asa. Jangan rasa diri bodoh. Teruskan usaha. Ganjaran korang belum sampai lagi. Jangan compare diri dengan orang yang bernasib baik macam aku. Tak usaha, tapi cemerlang. Aku bukannya pandai, tapi aku cuma bernasib baik. Atau maybe ujian Allah?

Percayalah satu hari nanti Allah tetap akan balas segala usaha korang. Aku tiap2 hari takut sebab tak tau dugaan apa yang Allah akan bagi kat aku sebab aku belum pernah rasa dugaan macam orang lain rasa. :(

– Yang Bernasib Baik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit