Kisah Suami Member Yang Anti-V4ksin

Salam sejahtera semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih kerana menyiarkan luahan hati. Tadi aku terbaca luahan confession sorang ni pasal insan yang dia sayang anti v4ksin.

Aku sekarang ni tengah geram bercampur sedih. Aku ada member, baru setahun dua juga kahwin. Sayangnya laki dia juga antiv4ksin.

Dah antiv4ksin lepastu dihasut semua ahli keluarga jangan v4ksin dengan cara share video2 ntah sapa2 kat group2 keluarga.

Mujurlah keluarga dia dan keluarga isteri tak termakan dakyah antiv4k dia. Semua dah cucuk 2 dose kecuali suami isteri ni. Isteri dia ni kira isteri yang taat la. Ikut cakap suami tak v4ksin.

Nak dijadikan cerita, diaorang ni duduk sekali dengan family belah isteri. Ada beberapa family dalam 1 rumah termasuk baby.

Nak dijadikan cerita,suami kawan aku ni dia ni dah close contact dengan member dia yang positif. Laki dia dok lepak rumah member dia, keluar masuk rumah sendiri, tidur dengan bini.

Mujur Diaorang belum ada anak. Sekalinya member laki dia yang selalu lepak sama-sama positif covid.

Malangnya laki dia diamkan berita yang dia dah close contact dengan kawan dia walaupun dia tau kawan dia positif. Still keluar masuk rumah, pergi kerja balik kerja macam biasa.

Sampailah 1 hari si isteri tu sendiri mengadu sakit tekak, hilang selera makan, hilang deria rasa dan isteri tu sendiri buat swab test dan mengesahkan dia positif covid.

Malangnya si suami hanya menempelak si isteri. Salahkah si isteri sebab pergi buat swab test sendiri. Aku macam whatttt???!!!

Korang paham tak ???

Dan dari situlah terbongkar kisah yang member laki dia pun positif dah lama. Dan laki dia diamkan perkara ni sebab tak nak dia dipersalahkan.

Masalahnya 1 rumah dah positif asbab laki ni diam. Kalau dia bagitau lebih awal at least 1 keluarga dah boleh berjaga-jaga. Dah buat kuarantin lebih awal. Dah boleh telan apa yang patut untuk pencegahan awal.

Dalam rumah tu dah la ada mak ayah, 1 family adik yang dah ada baby. Mujurlah diaorang ni semua dah v4ksin kecuali baby.

Yang kesiannya si isteri tadi. Disebabkan simptom dia agak teruk dia diambil oleh ambulan dan dibawa ke Maeps untuk pemantauan.

Baru 2 hari di Maeps keadaan dia dah stage 4, sukar bernafas dan terpaksa di bawa ke hospital.

Sekarang dia makin lemah maka doktor terpaksa tiarapkan dia sebab oksigen makin kurang.

Korang, tolong doakan member aku ni diberi kemudahan untuk sembuh,sihat dan balik jumpa keluarga semula.

Yang aku heran tu laki dia takde pulak simptom teruk-teruk tu. Kau yang selfish habis semua orang sekeliling kau menderita! Geram aku.

Untuk semua antiv4ksin, aku paham kau ada sebab sendiri kenapa tak mau div4ksin. Tapi jangan pentingkan diri sendiri.

Biasanya orang antiv4k ni banyak membaca. Antiv4k ni biasanya educated dan kaya raya. Sebab tu boleh telan berpuluh2 vitamin setiap hari.

Kau ingat habatusauda, olive oil, madu tu murah? Diaorang antiv4k ni pulak tak bercampur dengan orang lain. Campur set2 diaorang je.

Nasihat aku untuk yang tak brapa nak kaya ni ambiklah v4ksin. Anggap la tu salah 1 ikhtiar hidup untuk kau selamatkan diri dan orang tersayang.

Kewangan kau dah lah terkesan sebab covid. Nak beli habatusauda untuk family kau tak mampu! Pastu kau paksa isteri kau jangan ambik v4ksin!

Pastu kau plak kena keluar kerja cari rezeki. Kena bercampur dengan orang luar yang risiko tinggi untuk kau kena covid. Lepas tu kau sanggup diam tutup mulut sebab tak nak orang salahkan kau. Apooo!

Nak mengikut orang tu biarlah logik. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Kau dok follow orang tu, dia jual baju pun kau beli. Dia kaya raya,kau papa kedana.

Nabi pun ajar kalau nak bertanya tentang sesuatu tanyalah pada ahlinya atau pakar sesuatu bidang tu. Ni ntah sapa2 yang kau follow.

Aku pun dah melalut ni tapi untuk orang yang paham tu dia akan paham apa yang aku cakap.

Semoga kawan aku ni cepat sembuh,sihat sepenuhnya dan boleh balik jumpa family dia.

Aku bukan nak bukak aib sesiapa tapi aku nak semua tau, covid ni bukan main2. Walaupun kes kat hospital dah tak seteruk dulu sebab dah ramai ambik v4ksin tapi still kena ambil langkah berjaga-jaga.

Sebab covid ni akan bermutasi dan sekarang ada macam2 variant. Still kena ambil langkah berjaga-jaga, follow SOP walaupun kita dah v4ksin.

Semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua. Sekian!

– Timah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *