Kisah Taaruf

Assalamualaikum warga pembaca IIUM Confession. First and foremost, jika confession saya disiarkan, saya mohon pendapat pembaca untuk menasihati dan mendoakan saya dalam pencarian jodoh.

Saya Ilya (Bukan Nama Sebenar), umur dah 25 dan dalam fasa bertaaruf dengan seorang lelaki dalam satu Apps cari jodoh.

Nak dijadikan cerita, saya download aplikasi tu selepas saya tengok feedback daripada Aplikasi tersebut yang berjaya menyatukan pengguna sebagai sepasang suami isteri.

Diorang juga adakan event macam Pasar Jodoh, seperti buat pertemuan secara random di kafe-kafe dan berkenalan di situ secara face-to-face. Saya tak berpeluang pergi ke event tersebut sebab jauh dari rumah jadi saya cari dalam Apps sahaja.

Dan daripada orang-orang yang ‘like’ gambar saya, ada seorang yang saya pilih dan berkenan. Saya namakan dia sebagai Jeff (Bukan Nama Sebenar). Dari situlah bermulanya perbualan saya dan dia.

Saya ni agak berani dan straightforward jadi saya yang mula approach dia dulu. Macam biasa saya bagi salam dan perkenalkan diri saya. Saya betul-betul niat nak cari jodoh dan seorang suami yang boleh membimbing saya. Jadi dalam conversation tu saya tulis apa tujuan saya join apps ni.

Dan dia pun beri komen yang lebih kurang sama jugak. Sedang dalam fasa mencari someone yang boleh jadi isteri dia. Kalau korang pelik kenapa tak cari je kawan-kawan sekolah lama yang masih single dan available?

Secara jujurnya saya pun tak tahu.. mungkin dulu saya ni seorang yang agak pendiam jadi bila saya nak approach balik diorang macam agak mengejut dan tiba-tiba sangat.

Start kitorang berbual tanya apa hobi, makanan kesukaan apa semua… saya mula tanya dia “Awak prefer talking stage berapa lama”. Dan dia pun jawab “Saya prefer tak lama sangat, saya prefer face-to-face, lama-lama tak tahu nak bual apa dah”.

Dan dari situ saya assume dia betul-betul nak cari someone dan serious. Sebelum ni pun saya banyak refer cara bertaaruf dari Encik Aiman Azlan. Bagus soalan-soalan yang disediakan dalam fasa taaruf. Dan saya follow step-step yang mana saya boleh follow. Alhamdulillah some of them menjadi.

First meet after 1 month berbual di Apps tu, kitorang set jumpa di kedai makan. Orangnya bersahaja dan quite match dengan saya punya vibes. Banyak jugak topik yang kitorang bual sambil makan. Dia banyak sembang pasal family, tempat kerja dia, bos dia yang problem.. kelakar jugak.

Waktu masuk time solat, dia cari surau untuk solat. Nampak air muka dia baik. Then dari situ saya mula betul-betul jatuh hati dekat dia.

As someone yang belum pernah ada relationship dengan sesiapa, saya rasa itu kali pertama saya rasa macam saya bercinta. Tapi not good la kan cinta sebelum kahwin ni, tak dapat pahala. So I decided untuk teruskan taaruf sampai ada hasil la (engage & marry).

Tapi mesti korang tertanya kan apa reaksi parents saya? Alhamdulillah parents saya dua-dua open-minded so diorang kata go for it..bagi ada hasil berkawan tu.

Saya dah dapat restu dari parents so apa lagi saya go on saja. Settle satu bab. Orang kata kalau jodoh insha Allah smooth je. Jadi saya berpegang teguh pada kata-kata tu.

After kitorang jumpa.. still lagi sembang macam biasa… tapi dalam dua tiga minggu lepas tu saya perasan dia dah tak reply sangat macam dulu macam first-first kitorang sembang. Dia ada bagitau dia sibuk sebab kerja. Saya pun ok la kan. Tapi lama-lama saya hantar mesej dia lambat sangat reply.

Kadang-kadang saya tanya something dekat dia… esoknya petang baru dia jawab. Saya bukannya apa.. saya tak nak syok sendiri dalam hal ni, saya dah berkenan jadi saya fight sebab benda tu tak mustahil. Kena usaha. Biar la orang kata perigi mencari timba pun. Saya bukan buat benda tak elok.

Then satu hari dia bagitau saya dia dapat offer kerja di oversea. Career yang dia nak sangat akhirnya dapat. Saya baru teringat waktu first kitorang jumpa dia ada bagitau dia dapat interview dari company luar negara.. dan dia tengah prepare la untuk interview tersebut.

Saya pun doakan la supaya dipermudahkan urusan dan saya bagitau dia “Insha Allah ada rezeki awak, jangan risau”. Perasaan saya bercampur, sedih dan gembira.

Lepas je dia bagitau, saya terus buat keputusan untuk nak berjumpa dengan dia buat kali kedua. Untuk bincang tentang future plan. Dia pun setuju cuma tu la dari tone dia hantar mesej tu, nampak sangat hambar..

Dia akan ke sana dalam September. Jadi saya minta dia set awal bulan 9 untuk berjumpa sebelum dia pergi ke sana.

Saya mesej dia panjang jugak, saya kata “saya bukan senang nak kenal orang, once saya dah kenal dan selesa saya teruskan je. Tapi ikut awak la. Saya follow je mana-mana. Nak teruskan boleh, tak nak teruskan pun tak apa, hak masing2, saya tak boleh paksa.”

Untuk clearkan sebelum saya sorang saja yang syok sendiri. Dia tak pun. Then dia balas, “Saya pon Tengah fikir jugak nak teruskan ke tidak”. Means dia tak boleh buat keputusan lagi.

So saya bagi option kat dia. Senang. Nampak la saya yang terhegeh-hegeh. Desperate kan.. hahahahaha.

So sekarang ni, saya tengah tunggu jawapan dari dia la, sama ada nak teruskan ke tidak. Apa-apapun jodoh pertemuan semua Allah SWT dah atur. Kita hanya manusia biasa. Jangan putus harapan dan sentiasa bersangka baik dengan takdir yang Allah swt tentukan.

By the way, in case kalau dia dah tak nak teruskan, I think I will be bawling for days..and I will be responsible for that… sebelum betul-betul move on… hahahahaha.

Terima kasih korang baca kisah taaruf saya yang tak seberapa nih. Doakan saya tau.

– Ilya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dik Ilya, since awak baru first time taaruf dengan orang macam ni, satu je la akak nak cakap. Lelaki ni kalau dia betul nak/berkenan dekat awak, dia akan cepat je bagi jawapan. Dia akan beria dan dia akan buat awak tak tertanya-tanya. Kalau dia buat awak question kedudukan awak dkt hati dia, itu maknanya dkt hati dia tu lgsg xd awak pn sbnrnya.

    Takde response itu pun response jgk sbnrnya.

    Kalau dia kata dia tengah pikir-pikir tu, paham-paham je la, sbnrnya dia tak berkenan dekat awak, tp dia tak sampai hati nak reject awak terang-terangan. Benda ni modus operandi biasa lelaki dik, jgn nk husnuzhon sgt.

    Bawak2 la move on kenal dengan orang lain, umur awak baru 25, muda lagi, banyak lagi lelaki baik dekat luar sana. Kenapa nak mengharap dekat lelaki yang wishy washy cm tu, nak2 dia kononnya nak g oversea tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *