Kisah Taaruf II

Assalamualaikum semua.. bagi sesiapa yang belum baca Part I.. Boleh baca dulu kisah saya yang ni https://iiumc.com/kisah-taaruf/

Sambungan dari confession kat atas, this is his answer. Jawapan yang saya tunggu-tunggu selama ni…

Yes. Dia dah kurang berminat untuk teruskan taaruf. Betul tekaan kebanyakan yang memberi komen dekat confession saya haritu. Saya baca kesemuanya. Terima kasih kerana memberi gambaran sebelum saya terjun kepada overthinking yang lagi mungkin di luar jangkaan saya.

Saya tidaklah muda.. Pertengahan 20-an yang Allah hadirkan rasa ingin berkeluarga, rasa ingin mempunyai suami dan anak dari rahim yang Allah swt kurniakan untuk saya. Perasaan ni hadir sendiri. Fitrah manusia Allah cipta.

Untuk komen yang menyatakan bahawa umur saya masih muda, capailah cita-cita dulu.. Ya saya sekarang sedang menyambung Diploma Pendidikan. Insha Allah jika ditakdirkan rezeki saya, saya akan menjadi guru satu hari nanti. Asbab mak abah saya.. saya akan pegang dulu janji tersebut. Bi iznillah.

Responnya berbunyi begini “Saya rasa mungkin saya slow2 rasa kurang berminat..maybe sebab busy kerja. Saya anggap awak macam kawan macam tu. So macam tu lah. Sorry kalau terasa”. Sangat bersahaja gaya dia. Dan waktu tu saya tahu saya yang syok sendiri rupanya.

Menitis jugak la air mata yang dah lama kering kontang ni. Saya tidaklah attached cuma saya sangat sedih dengan cara dia yang macam nak main-main dengan saya. But it’s okay. Saya nak ambil masa heal dulu buat sementara waktu. Account apps tu pun saya dah delete.

Actually ada lagi beberapa orang yang approach saya betul-betul untuk berkenalan, tapi saya tak nak buka ruang lagi dan tak nak beri harapan macam mana saya kena. Saya tak nak sakitkan hati orang-orang yang tak bersalah.

Saya yang dulu tidak ada rasa untuk berkahwin, slow-slow terbuka hati untuk ke arah tu. Serba sedikit saya belajar ilmu rumah tangga. Ilmu parenting. Ilmu on how to be a good wife and a good mother.

Ingat kalau betul-betul jadi baru nak ambil kursus kahwin. Dulu tak pernah pun sentuh semua ni. Rasa macam diri ni tak layak untuk berkahwin. Tapi Allah swt is the Greatest.

Saya mula rasa nak berkenalan dan start mencari. Saya belajar masak lauk tengahari dan pasta. Seronok mak abah saya tengok anak diorang ada rasa nak berkahwin dan slowly pandai masak kat family.

Jeff dia suka tomyam dia kata. So saya try la masak sekali. Alhamdulillah menjadi. Mana tau nanti ni saya boleh masak untuk dia. Tak kesampaian hasrat tu rupanya.

Macam-macam jugak saya masak tapi saya tak pernah bagitau saya pandai masak kat dia. Nanti fikir dah halal baru nak expose saya punya skill masak tu.. hahahaha.

It’s okay buat masa ni saya nak masak kat family saya dulu. Sebak saya tengok mak abah makan masakan saya. Sedap diorang kata. Nanti fikir dah kawin bila lagi saya nak masak kat diorang. Kena merantau ikut suami.

Perancangan Allah swt lebih hebat. Saya nak berkhidmat dekat parents saya dulu. Ladang pahala saya dekat situ.

In the meantime saya kenal Jeff, saya juga study pasal family dia. Saya terjumpa FB kakak dia, so saya jumpa gambar family diorang. Stalk la orang kata.

Saya tengok muka parents dia. Mak dia cantik sangat. Ayah dia pun smart tengok. Dia banyak ikut muka ayah dia. Teringin jugak saya nak jumpa parents dia kan. Tak kesampaian jugak hasrat tu. Sedih betul fikir balik.

Dia ada kata waktu kitorang sembang dia kata boleh bawa parents dia jalan kalau dapat menantu jauh. By the way, dia dari Melaka dan saya dari Utara Tanah Air. Parents dia suka berjalan.

Saya dah start bawling my eyes out..macam saya cakap I will be responsible for that.. tapi untuk kesekian kali, saya mungkin tak akan buka hati untuk sesiapa dalam masa terdekat ni. Betul macam dalam komen post saya haritu, talking stage ni penat rupanya… saya je yang lalai cewahhh.

Untuk Jeff, I wish you the best of luck, for your future endeavors. It was nice to meet you. See you again.

– Ilya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *