Assalamualaikum wbt. Namaku Aliya. Berumur 40an. Aku ingin kongsikan kisah hidup ku untuk menjadi tauladan kepada gadis2 diluar sana.
Aku lahir dalam keluarga toxic. So kebanyakkannya aku belajar tentang hidup dari kesilapan aku sendiri.
First marriage aku semasa berumur 20 tahun. Aku dinikahkan dengan seorang lelaki yang cukup baik. Selama 3 tahun berumah tangga, biasalah aku muda lagi waktu tu, kami diuji suamiku mati pucuk.
Maksudnya dari awal perkahwinan kami, aku masih anak dara. Mula2 aku tak kisah. Sebab bagiku cukup suami yang baik. Tetapi sanak saudara pulak menekan dan cuba masuk campur dalam urusan kami.
Aku menjadi stress dan minta cerai. Masih aku ingat dengan linangan air matanya, dia ceraikan aku.
Hingga ke hari ini aku begitu menyesal kerana bagiku dia adalah lelaki sempurna walaupun tidak keupayaannya sebagai lelaki. Tetapi dia menjaga aku dengan sempurna.
Berbalik dengan kisah ku ini, aku dipertemukan dengan lelaki lain. Setelah penceraianku yang pertama, aku menjadi sukses dalam career.
Dengan lelaki ini aku menjadi gila bayang, sampaikan seluruh duit simpanan aku habiskan untuknya. Kononnya nk support si dia publish buku. Aku gadaikan segalanya sehingga hutang keliling pinggang.
End up, seminggu sebelum tunang, emaknya menelefon ibuku dan mengatakan dia tidak berkenan denganku kerana status janda. Sungguhku keliru kerana sepanjang perhubungan kami, aku sudah banyak kali keluar dengan emaknya.
Tetapi tidak sepatah ayat pun keluar dari mulutnya yang dia tidak berkenan denganku. Rupanya disebabkan aku bukan bekerja gomen.
Cuma sebagai pegawai di bank. Aku menjadi sasau waktu itu dan hampir2 ingin bunuh diri.
Tetapi Alhamdulillah berkat semangatku sendiri, aku berjaya keluar dari kesedihan. Cuma yang menjadi masalah, aku terhimpit dengan hutang. Aku bekerja siang malam, sehingga berniaga di pasar malam semata2 ingin langsaikan hutang.
Kepada adik2, akak ingin nasihatkan, janganlah kita habiskan wang ringgit kepada seseorang yang belum tentu menjadi hak kita. Sehingga sanggup berhutang demi kerana dia.
Percayalah, disaat dia melangkah pergi tinggalkan kita, dia akan lupakan segala penat lelah kita selama ini kepadanya.
Setelah itu, aku dipertemukan pula dengan suami orang. Ini cerita akan cliche. Tapi disebabkan aku ini agak lurus dan mudah kasihankan orang, aku terjebak dengan cinta suami orang. Lelaki ini memang terkenal dengan istilah takut bini kat ofis aku.
Dia adalah salah seorang director di office dan kebetulan dia memerlukan khidmatku untuk menolongnya didalam satu project, start dari berbual, kami menjadi rapat dan dia selalu menceritakan kisah isterinya yang zalim.
Oleh kerana kasihan, aku terjatuh cinta dengannya. Biasalah orang berpengalaman, pasti pandai mengayat perempuan.
Aku yang percaya bulat2 dengan semua ceritanya, menyarankan supaya lebih dia bercerai dari hidup toxic seperti itu, tapi aku pelik.
Walaupun lidahnya mengucapkan kata tidak bahagia, tapi tidak pula dia mengambil tindakan apa2.
Sudah aku katakan kepadanya aku cintakan dia hanya kerana dia. Aku tak kisah kalau isterinya mengambil segala hartanya, bagi aku, kami boleh start kehidupan baru asalkan dia bahagia.
Tapi sehinggalah dia terkantoi curang dengan isterinya, mulutnya tutup rapat dan tidak langsung pertahankan maruah aku. Habis satu office tahu cerita ini dan menganggap aku wanita yang jijik.
Para pembaca sekalian, aku faham sekiranya ada yang komen negatif dalam hal ini, kerana hal ini cukup sensitif, tapi kadang2 kerana naifnya seorang wanita, wanita seperti aku ini mudah terjebak hanya kerana kasihan.
Sejak dari hari itu, aku kehilangan pekerjaan dan bawa diri ke negara lain. Lelaki tu? Dengan muka tak bersalah, terus ikut belakang isterinya dan meninggalkan aku.
Kepada adik2 dan wanita diluar sana, hindarilah bercinta dengan suami orang. Walaupun mungkin isteri pertama redha, tapi pandangan masyarakat terhadap kita akan kekal selamanya.
Aku belajar banyak dari pengalamanku ini. Walaupun ada mata yang mengeji aku, tetapi aku dapat rasakan yang aku menjadi lebih kuat untuk hidup.
Aku pernah juga menyukai seseorang yang boleh dikatakan berpangkat “ustaz”. Dia melayan aku seperti kekasih, setiap hari kami bermesej dan kadang2 dia mencariku sekiranya aku senyap.
Tapi rupanya sebilangan golongan seperti ini (tidak semua) hanya ingin mencari hiburan dan cukup bangga apabila ada wanita jatuh cinta kepada mereka. At last, aku tarik diri apabila aku rasakan dia hanya mempermainkan perasaan aku.
Buat adik2 dan wanita diluar sana, jangan kerana melihat mereka selalu ke masjid, mulut tidak berhenti dari hadis dan alquran, mereka adalah maksum. Mereka tetap manusia biasa yang tidak lari dari hasutan syaitan. Hati2lah dan don’t judge a book by its cover.
Dan akhirnya aku bertemu jodoh dengan suamiku sekarang. Kami bertemu diluar negara. Dan Alhamdulillah suamiku ini menerima segala kekuranganku dan kisah2 ku dahulu.
Memang sepatutnya dia tidak perlu tahu, tapi bagiku, lebih baik dia dengar dari mulutku sendiri daripada orang lain.
Alhamdulillah selama 5 tahun aku menyendiri dan trauma, aku dipertemukan dengan lelaki yang baik dan menyayangiku seadanya.
Melihat balik sejarah silamku, aku bersyukur sekurangnya aku tidak tewas dengan kata manis mereka sehingga hilang kehormatanku.
Hilang duit boleh dicari, tetapi hilang maruah akan menjadi titik hitam didalam hidup kita sampai bila2.
Aku bersyukur ya Allah kerana aku diuji dari dulu, itu membuatkanku menjadi lebih kuat dan lebih berhati2 dengan manusia yang bernama lelaki.
Itulah kisah hidupku untuk pengajaran semua. Dari single, hingga status janda, dihina kerana janda, terjebak bercinta dengan suami orang, ditemukan dengan golongan “ustaz”..
dan akhirnya Allah masih berikan aku ruang untuk merasai kebahagiaan walaupun diri ini cukup hina dan rasa tiada hak lagi untuk bahagia.
Adik2, ingat pesanan akak, hati2 dalam memilih bakal suami, jangan sesekali menjadi terlalu pemurah, murah dari segi duit dan maruah.
Jangan terlalu percayakan cerita suami orang. Kalau boleh jangan langsung ada contact dengan mereka. Jangan letakkan cara pemakaian seseorang itu sebagai ukuran.
Dan akhir sekali, akak doakan semoga semua dijauhkan dari segala dugaan seperti yang akak sudah hadapi ini.
Akhir kalam, berdoalah kepada Allah dan minta dijauhkan dari kezaliman dan niat jahat manusia.
Wassalam..
– Aliya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit