Hi Assalamualaikum semua pembaca. First sekali terima kasih sudi membaca coretanku ini. Niatku bukan untuk membuka aib keluargaku sendiri tetapi mungkin ambil ianya sebagai pengajaran.
Namaku Fateha, berumur 30an dan sudah berkhawin mempunya anak seorang. Alhamdulillah hingga sekarang aku bahagia dengan keluarga kecilku ini, Suamiku seorang yang bertanggungjawab dan baik.
Apa yang hendak ku ceritakan ini berkaitan dengan ibuku sendiri, aku anak sulung perempuan dalam keluarga adik-adik yang lain semua lelaki.
Dulu aku selalu nak sangat ada peneman adik atau kakak perempuan untuk jadi kawan tempat mengadu dan sebagainya.
Tapi hakikatnya aku seorang sahaja perempuan jadi memang aku sangat rapat dengan ibuku sendiri. Semua benda aku kongsi dan bercerita dengannya.
Tetapi mungkin nak katakan ini dugaan untuk keluarga ku sendiri, ibuku berubah seperti orang lain.
Apa maksudku berubah adalah semenjak ada media social zaman sekarang ni macam-macam benda yang dah terdedah senang nak dapat.
Mulanya aku tak perasan lagi, tetapi ada hari yang aku dapat tangkap ibuku kantoi whatsapp/call dengan lelaki lain bukan ayahku sendiri. Dan lelaki yang dikenali nya tu lebih dari seorang ada yang dah khawin dan ada yang belum berkhawin lagi.
Bila aku dapat tahu aku sangat terkejut kenapa ibuku tiba-tiba berubah macam ni, walhal tiada gaduh tiada masalah apapun dengan ayah, ayah pun seorang yang kuat bekerja dan baik memang dia jaga keluarga dengan baik.
Ibuku sudah lewat 50an sudah tua, tetapi dia boleh menyamar jadi orang lain dengan mengatakan umurnya baru 30an dan single. Padahal aku ni anak sulung dia yang umur 30an,
Dia juga menipu identiti nya sendiri seperti nama orang lain, tempat tinggal di KL kononnya dan bekerja sebagai guru. Padahal semua tu adalah bohong sama sekali.
Saya check di telefon nya ada beberapa gambar yang tidak menutup aurat dia hantarkan pada lelaki-lelaki yang dikenalinya tu. Selalu call dirumah senyap-senyap ketika ayah saya keluar bekerja,
Bila call memang keluar semua panggilan manja abang sayang sedangkan dengan ayah saya tak pernah pulak dengar dia panggil manja begitu.
Semenjak berkenalan dengan lelaki lain kerja-kerja rumah pun dah diabaikan. Kusyuk dengan phone sahaja.
Ayah saya sudah marah, mengamuk dan merampas phone nya tetapi ibu saya terus jadi macam orang kena rasuk nak bunuh diri, nak minum racun dan sebagainya. Ibu saya ada sakit meroyan ke?
Banyak kali bila ayah tegur ibu akan playvictim taknak mengaku dan dia akan buat ayah serba salah.
Pernah juga ayah membawa rawatan islam alhamdulillah semuanya okay tiada apa-apa.
Kenapa ya ibu saya jadi seperti itu? Sedih dan hampa hati saya sebagai anak melihat ibu sendiri dah lain tak sama dah macam dulu, saya rasa dah kehilangan ibu walaupun dia masih wujud lagi.
Dia pun dah takde whatsapp saya hendak tanya khabar atau apa senyap je. Rasa dah semakin jauh dengan keluarga sendiri.
Masalah ini masih lagi berterusan hingga sekarang, ayah masih lagi belum buat apa-apa keputusan. Sama ada hendak melepaskan atau tidak.
Doakan masalah keluarga saya ini akan selesai dalam masa terdekat ni.
Terima kasih..
– Fateha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit