Kisah Tentang Jodoh

Ramai orang berkeluh kesah tentang jodoh lately.

Jodoh satu rahsia Allah. Tiada siapa yang tahu dengan siapa kita dijodohkan. Entah orang kaya, orang miskin, orang berpendidikan , orang tak berpelajaran. Kita tak tahu.

Sekadar nak berkongsi cerita tentang takdir jodoh dan cara kita melalui takdir yang telah tertulis.

Aku seorang wanita yang pernah dan sedang melalui pelbagai fasa kehidupan. Namakan apa sahaja stage kehidupan sebagai manusia kebanyakan telah aku lalui.

Aku kahwin lewat. Orang gelar aku anda***.

Aku kahwin berkali-kali. Aku temui pelbagai karenah manusia bergelar lelaki. Dan aku pernah juga hidup menjan** beberapa tahun.

Pada aku itu proses kehidupan. Setiap fasa yang aku lalui aku syukur. Ketika kahwin lambat aku syukur dapat berbakti buat ibu tercinta. Aku puas berjalan ke sana sini dengan bonda tersayang. Hanya kami berdua.

Kemudian aku bernikah. Pun aku lalui juga fasa bahagia itu. Pernah rasa sangat disayangi dan dilayani bagaikan puteri.

Aku juga pernah melalui fasa disakiti pasangan. Berpisah dan aku tidak pernah serik untuk mencari jodoh yang baru. Aku sentiasa berminda positif dengan kehidupan.

Ketika solo aku nikmati fasa solo sebahagia-bahagianya. Terbang sana sini. Pergi ke mana-mana tiada yang marah dan larang. Tak perlu minta pendapat atau keizinan orang untuk buat sesuatu. Ya aku buat apa yang aku suka tanpa melanggar batas agama.

Ketika bergelar isteri aku belajar menjadi isteri yang taat. Masakkan masakan kegemaran suami. Layan suami terbaik. Teman suami ke mana-mana.

Aku tak suka biarkan suami aku rasa dia berpasangan tapi bersendirian. Fasa perkahwinan aku cuba cipta seindah mungkin bersama pasangan.

Kini pasangan ku telah kembali menghadap pencipta. Aku kembali single. Tapi aku tidak persoalkan Allah kenapa biarkan aku single kembali.

Aku isi masa sendirian aku dengan buat apa yang aku suka dan seronok lakukan. Aku suka travel ya..

Kini aku travel sorang-sorang. Aku tak kisah pun booking tiket dan fly sorang-sorang. Pada aku hidup ini sebuah perjalanan. Teruskan dengan senyuman. Apa pun yang datang seringlah bersangka baik.

Jadi buat sesiapa pun usah sedih dengan kehidupan yang sedang kita lalui. Setiap fasa kehidupan ini indah jika kita terima seadanya. Jodoh pasti datang insyaallah, cuma cepat atau lambat. Berdoa banyak – banyak untuk dapat jodoh yang baik.

Allah tidak kejam. Allah akan hantar apa yang kita minta dengan syarat kita tidak jemu berdoa dan patuh perintah serta meninggalkan larangan-Nya.

Buat yang belum berjodoh, semoga orang yang sesuai akan datang buatmu.

Buat yang sedang melayari alam rumahtangga semoga bahagia menguliti hidupmu. Aamiin…

Terima kasih admin sekiranya sudi menyiarkan confession pendek ini… semoga bermanfaat buat semua.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *