Assalamualaikum pembaca,
Aku terdetik nak luahkan pengalaman aku dimadukan kepada korang semua. Sekadar nak meluahkan apa yang aku rasa sepanjang bergelar “isteri pertama” aka dimadukan oleh suami.
Aku tak tahu dari mana nak mulakan cerita. Rumahtangga aku dan suami memang tak ada masalah. Suami sorang yang penyayang, bukan panas baran, nafkah cukup serba lengkap. Cuma kami belum dikurniakan rezeki anak walaupun usia perkahwinan hampir 2 angka..
Tiada perubahan suami sebelum dia nyatakan hasrat untuk madukan aku. Ada juga sesekali aku berseloroh minta dia untuk cari isteri baru tapi respon suami hanya diam..
Jujur aku katakan, terkadang aku redha jika tiba2 suami setuju untuk carikan aku madu. Tapi bila fikirkan perasaan apabila terpaksa berkongsi kasih, maka aku menidakkan perasaan redha aku itu.
Suami, tak pernah dia berseloroh atau nyatakan keinginan mencari isteri kedua walaupun aku tahu keinginan dia untuk mempunyai anak sendiri itu tersangat besar. Jika ada yang tertanya, kami telah menjalani ujian kesuburan, malangnya aku lah yang bermasalah bukan suami..
Bila suami nyatakan hasrat nak berpoligami, pada mulanya aku naik hantu. Tak sangka suami diam selama ni turut simpan keinginan untuk menambah isteri.
Aku mengamuk tuduh dia curang belakang aku. Macam2 aku ungkit dan amuk, suami hanya diam dan biarkan aku lampiaskan amarah aku.
Dipendekkan cerita aku setuju untuk jumpa perempuan tu. Dalam pertemuan tersebut, macam2 soalan aku asak dia. Bermacam gelaran aku panggil dia.. Rasa geram, itu pun belum cukup untuk hapuskan sakit yang aku rasakan. Itu baru sikit. Tapi dia diam sahaja.
Kisah terlalu panjang untuk aku huraikan apa yang terjadi sepanjang pertemuan pertama itu. Tapi sepanjang pertemuan tu, aku dapat rasakan yang ni mungkin takdir yang sudah tertulis untuk aku.
Lama juga aku ambil masa untuk bersetuju dengan keinginan suami, perkataan cerai memang tak lepas dari mulut aku sepanjang waktu itu. Layanan aku pada suami pun turut berubah. Suami masih tetap dengan keinginannya, mungkin sudah tangkap cintun dengan perempuan tu.
Aku akhirnya setuju setelah pujukan demi pujukan dari suami. Aku sendiri yang hubungi pihak perempuan, kerana syarat yang ditetapkan perempuan itu pada suami ialah hanya dengan persetujuan dari aku barulah dia bersetuju untuk teruskan hubungan itu.
Dipendekkan cerita akhirnya aku dimadukan. Diawal perkahwinan macam2 yang aku lakukan sebabkan sakit hati. Contohnya aku sengaja bawak baju kotor suami aku pegi rumah madu aku, minta dia basuhkan.
Setiap waktu makan, aku suruh suami pergi minta madu yang masakkan.. Bila balik rumah mertua aka ibu suami, aku sengaja bermanja dengan suami depan madu aku. Gosok2 dan bergelak ketawa bersama ipar duai yang lain.
Aku perasan suami cuba untuk elak aku tunjukkan aksi tu depan madu aku. Tapi aku berkeras. Madu aku? Dia banyak mengalah.. Apa aku suruh dia buat je selagi itu tentang suami.
Sejak bila aku sendiri pun tak pasti, lama kelamaan aku makin selesa. Layanan suami tetap sama pada aku, nafkah tak pernah culas malah ditambah lagi sejak ada “adik” baru ini.
Kalau bukan giliran aku, kini aku boleh bertenang tanpa perlu fikirkan makan minum suami. Boleh “me time” dan cantikkan diri.
Kadang2 aku bawa ibu dan ayah aku berjalan dan luangkan masa lebih kerap dengan mereka. Perkara yang aku tak mampu buat dulu kerana aku berkahwin awal.
Madu aku, sudah seperti adik aku sendiri.. Urusan rumahtangga kami tak campur adukkan.. Kadang2 dia terlebih manja bersama aku berbanding dengan suami kalau kami bertiga jalan2 bersama. Dia memang langsung tak pernah tunjuk lagak mesra dengan suami didepan aku.
Apa2 majlis atau urusan yang memerlukan suami aku membawa pasangan, dia meminta untuk aku hadir. Dia sejenis low profile dan sangat private, sosial medianya tidak terupdate kecuali dengan sekeping dua gambar majlis perkahwinan dulu.
Selebihnya, kemana2 dia pergi langsung tidak dimasukkan dalam media sosial.
Alhmdulillah. Ini takdir dan rezeki untuk aku.. Aku diuji dengan apa yang aku paling syang iaitu suami aku.. Setelah aku redha, satu demi satu kebaikkan yang aku nampak untuk ujian ini.
Perasaan cemburu tetap ada tapi tak keterlaluan seperti dulu, mungkin berkat suami yang sentiasa usaha untuk beri aku rasa cukup dan tenang. Setiap rajuk aku dilayan seperti awal bercinta dulu.
Dan juga mungkin rezeki aku dapat adik madu yang seperti dia, banyak mengalah dan melayani aku seperti sorang kakak.
Aku harap hubungan ini kekal selamanya. Sepanjang berpoligami ni, madu aku banyak minta maaf pada aku. Kadang2 tiba2 datang minta maaf tanpa sebab. Aku tahu dia masih rasa bersalah pada aku.
Tolong doakan baby kami selamat dilahirkan bulan 4 ni insha’Allah.
Terima kasih semua..
– Isteri Pertama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah, kuatnya akk,, bukan mudah nak terima semua ni. Saya doakan akak sekeluarga bahagia sentiasa