Bismillah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih in advance kepada admin. Terlebih dahulu aku nak cakap yang aku bukan pelajar iium. Tapi pelajar IPTA di Borneo sabah. Aku seorang perempuan.
Pertama dan selamanya mohon sangat-sangat kalian bersangka baik dengan setiap bait-bait tulisan ini. Aku ulang mohon bersangka baik dengan setiap bait-bait tulisan ini!
Ada orang belum dibaca keseluruhan cerita terus saja mengomen kata² kesat terus saja membash² caci hina segala. Baca dulu ya.
“Sekecil-kecil dosa pun akan dihitung diakhirat kelak. Ini kan pula dosa menyakiti hati orang lain. Walahi kau sendiri pun tak akan tahu kata² kau mampu buat orang sakit hati atau pun tidak. Maka jaga percakapan”
(Peringatan untuk aku juga)
Tahun 2014. Aku mendapat tawaran ke matrikulasi. Tinggal diasrama dan hidup dalam suasana pelajar matriks. Tak perlu aku terangkan kot suasana nya macam mana. Matrikulasi kan terkenal dengan pembelajaran yang sangat singkat! Singkat nya kurang lebih 10 bulan tolak cuti sem cuti midsem.
Waktu orentasi dulu, fasi² selalu ulang perkataan ini “semua pelajar muslim di matrikulasi ini adalah sahabat surau”. Tak kisah lah kau datang surau ke tak. Kau tetap ahli surau. Nampak tak hikmah dia disitu. Walaupun kau ni jenis yang tak rajin ke surau kau tetap dikatakan ahli surau sahabat surau. Bukankah setiap percakapan itu satu doa?
Dan aku nak cakap yang surau matrikulasi aku ini sangat² lah hebat walaupun usang tapi berjaya melahirkan ramai pemuda pemudi yang hebat. Berjaya melahirkan ramai pejuang agama yang hebat. Menangis aku bila saat akhir tamat matrikulasi. Maka tulisan ini aku wujudkan untuk aku kongsi kan cerita tentang kisah menjadi tetamu surau.
Awal kemasukan ke matrikusi. Memang aku tertarik untuk menjadi AJK surau sebab tertarik dengan montaj tayangan senior terdahulu. Manis nya ukhuwah mereka. Ada fasi sampai menangis teresak² bila lihat montaj tu balik. Nak gambarkan betapa manis dan sedih nya bila kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Even aku sendiri pun tahan air mata masa tu.
Nak dijadikan cerita aku pun try lah join nak jadi AJK surau. Tapi masa tu aku masih lagi tergolong dalam golongan yang meremehkan aurat.
Tudung 45 bidang. Handsock tak pakai. Stokin kadang pakai kadang tak pakai. Ikut mood dan suasana. Nak cakap yang pakaian aku masih lagi menutup aurat. cuma bila sebut pasal stokin je aku jadi liat sikit nak pakai stokin.
Dan apa yang aku nak cerita kan disini aku tak terpilih menjadi AJK surau. Cukup hanya sebagai sahabat surau tetamu surau. Haa ni lagi satu situasi yang buat aku terpana bila sedikit demi sedikit hikmah itu datang pada aku. Ada sebab kenapa Allah tak izinkan aku jadi AJK surau. Faham kan ayat ini “Allah tak akan ambil sesuatu tanpa Allah gantikan dengan yang lebih baik lagi”
Bayangkan lah perasaan sedih tu macam mana. Kau teringin nak jadi AJK surau tapi kau tak terpilih untuk bersama mereka. Aku yang pada masa tu berfikiran buruk beranggapan bahawa “mungkin budak tudung labuh je kot boleh jadi AJK surau. Siapa lah aku ni nak jadi AJK surau.” Berani betul cakap mcm tu. Sedang kan sesuatu perkara hanya berlaku apabila Allah mengizinkan nya. Allah dah rancang siap² dah perjalanan hidup ni. mengapa kita nak bersangka buruk? Astagfirullah.
Panjang pulak cerita. Sebenarnya aku nak cerita tentang kisah aku yang menjadi tetamu surau. Disebabkan aku bukan AJK surau maka aku cuma jadi pemerhati atau tetamu surau je lah. Tau tau ada program disurau aku pun turun ke surau. Sini aku nak cerita tentang Amir dan Amirah (of course lah bukan nama sebenar). Siapa amir? Siapa amirah? Bagi aku kisah mereka ni buat aku tersedar sangat². Demi Allah terasa bersyukur sangat Allah tunjukkan aku dalam diam² hikmah di sebalik kisah dua orang manusia ni.
Si Amir ni dia AJK surau. Malah lebih tepat lagi Ketua surau. Hmm tak perlu aku terangkan lah rasanya. Bila sebut ketua surau confirm pakej yang lengkap. Handsome beragama tawaduk semua lah perangai alim ada pada dia. Dia budak modul 2 budak physics science computer. Aku pernah sekelas dengan dia tapi aku tukar modul sebab aku minat modul 3 biology science computer.
Bila dah tukar modul ni aku pun kenal lah dengan Amirah ni budak satu kuliah dengan aku. Amirah ni budak second in take. Dan AJK surau juga. Tapi aku tak sure dia AJK surau bahagian apa. Amirah ni kata orang berhijrah ikut trend. Last² terfutur dan tak istiqomah.
Persamaan mereka. Dua² AJK surau. Tapi mempunyai cerita yang berbeza. Si Amir ni dia rajin ke surau. 5 waktu kot berjemaah ke surau dengan geng² nya yang lain. Ciri² lelaki suami soleh betul. Pemalu dan tegas. Memang kau boleh nampak lah kesungguhan dia terhadap agama. Bila ada program je dia dengan geng dia bertungkus lumus menjayakan program tu. Nampak sangat lah keikhlasan dorang tu. Bila berurusan dengan muslimat mata langsung tak pandang muslimat tu. Siap bawa kawan lagi sebagai peneman. Kiranya dia betul² menjaga la. Ramai betul peminat. Dan aku juga salah satu nya termasuk lah amirah ni. Tapi tu dulu zaman hati sedang lagha dan gedik².
(Aku start move on tak minat dia bila aku sedar aku lebih tinggi dari dia. Tak padan lah pulak kalau aku berdiri sebelah dia macam zirafah dengan kuda gitu. Punya jauh fikir haha)
Si amirah ni pulak perempuan yang biasa² sama macam aku. Tapi se biasa² dia ni agak tabaruj lah juga. Dengan tudung nya lilit². Hampir semua fesyen tudung dia pernah cuba. Bila si amirah ni terpilih untuk jadi AJK surau je dia mula pakai tudung labuh. Berhijrah ikut trend. Si amirah ni pergaulannya masih lagi tak terjaga. Walaupun tudung labuh tapi ikhtilat tu masih lagi lemah. Kalau bukak fb Instagram dia banyak sangat gambar² dia yang cun². suka selfie lah kiranya. Lagi² si amirah ni agak jarang turun surau. Nak kata blok asrama jauh dari surau tak juga sebab asrama lelaki lagi jauh dari surau. Asrama lelaki belakang padang kot.(Aku mohon korang bersangka baik ya)
Nak dijadikan cerita amir dengan Amirah ni ada skip kelas selama seminggu. Si Amir terpaksa balik ke rumah bila dia dapat berita mak dia meninggal. Sedih kot. Si amirah ni pulak kena balik ke rumah sebab kena serang chicken pop. Bayangkan jadual matrikulasi ni sangat padat. Satu hari kau akan belajar dua subjek. Dan satu hari boleh habis satu topik chapter. Dah kalau kau skip kelas selama seminggu berapa chapter berapa subjek yang kau terlepas? Bukan kah itu kerja gila? Budak science lagi tu. Haaa. Gila kan? Haha. Tapi dorang ada reason tersendiri.
Lagi² time dorang skip kelas tu time dekat dengan exam. Haa sudah. Mana nak cari masa nak study lagi assignment lagi tutorial lagi lab report lagi. Haa sini aku nak share surah Muhammad ayat 7. Maksud dia lebih kurang macam ni lah “jika kita menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kita”
Cerita si Amir ni tersebarlah satu Matriks. Tapi cerita si Amirah ni tak lah fames mana. Fames antara kuliah aku je lah. Cuba pandang situasi si Amir ni. Dah lah mak nya meninggal (semoga mak nya di tempat kan dikalangan orang² yang beriman Aamiin) lepas tu dia banyak tertinggal silibus lepas tu nak dekat final exam pulak tu. Haa..bayangkan lah macam mana susah nya nak cover topik yang tak pernah belajar. Kalau aku mesti aku nangis. Takut tak Lulus matriks lepastu takut kena repeat dua tahun.
Tapi korang tau tak benda yang memang aku kagum sangat dengan surah Muhammad ayat yang ke 7 tu. Seolah² Allah mcm nak tegur aku. Si Amir ni dia berjaya lulus dalam final exam. Dan si Amirah ni tak lulus dan kena repeat lagi satu tahun. Can you imagine that? Bila kita bantu agama Allah nescaya Allah bantu kita.
Si Amir ni dapat sambung degree di uitm tapi si Amirah ni masih lagi repeat matriks. Dan paling tragis aku tak boleh nak terima sebab si Amirah ni kembali dengan pakaian lama dia stokin handsock dah tak pakai dah tudung pun singkat tabaruj lagi. Allahu Rabbi. Tengok percakapan dia di fb pun berubah terus.
Tapi..
Siapa kita nak menilai kan..pengakhiran kita dengan pengakhiran dia kita tak tahu. Mungkin hari ini dia tergedik siapa tahu suatu hari nanti dia lebih baik dari kita. Dan mungkin suatu hari nanti kita pulak yang tergedik sebab terfutur dan lemah. Siapa tahu bukan?
Cerita si Amir ni yang aku tahu dia dapat uitm dan memang dia masih lagi kuat dengan kerja dakwah semua.
Si Amirah? Lepas dia habis repeat matriks dia dapat sambung degree. Cumanya lewat setahun lah ambik degree. Doakan yang terbaik sahaja lah untuk si Amirah ni.
Moral of the story is
1. Jika kita membantu agama Allah nescaya Allah membantu kita. Surah Muhammad ayat 7
2. Jangan mudah menilai orang sebab kita tak akan tahu pengakhiran macam mana.
3. Bila nak berubah tu niatkan hanya kerana Allah. Niat tu mampu berubah .maka rajin rajin lah berdoa supaya di tetapkan iman.
Alhamdullilah setakat ini sahaja kisah aku tetamu surau. Nanti ada masa aku cerita lagi ya. Bersangka baik dengan setiap bait-bait tulisan ini. Terima kasih kerana rajin membaca.
– peladang akhirat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit