Kisah Tour Guide

Orang anggap kerja sebagai tour guide atau tour leader ni syok memanjang. Yela, jalan merata dunia. Pergi sini sana. Gambar cantik-cantik.

Tapi tahu tak kadang-kadang tour guide ni tidur berendam air mata? Anda fikir semua orang mampu nak berurusan dengan makhluk yang namanya manusia? Kalau kucing nakal boleh jentik telinga, kalau manusia takkan nak jentik hidung? Silap haribulan kita kena pelangkong maut balik.

Ok, contohnya begini.

Ada client dia bayar harga pakej RM100. Tapi dia nak services yang RM1000. Bukan setakat servis, tapi hotel, kereta dan makan semua nak yang harga RM1000. Bayangkan dia bayar RM100 je tadi itupun nak minta diskaun lagi jadilah RM99.99.

Tapi, jangan pulak korang cakap elehh, itu pun nak berkira. Layan jela dah kerja korang kan. Lagipun kerja apa yang tak penat, semua penat (eh over pulak kau).

Anda yang dikasihi, ketahuilah antara ciri-ciri utama nak jadi seorang tour guide ni adalah dia mesti seorang yang tak kenal langsung erti berkira.

Walaupun pakej harga RM100, tapi biasanya servis yang diberikan adalah hampir bernilai RM1500 tau! Betul, tanyalah pada semua tour guide, kalau servis mereka tak bagus, mereka boleh tidur tak lena ok!

Dan client kalau dah tahu harga yang dibayar RM100, janganlah asyik merungut hotel katil kecil la, kereta tak laju lah, makan tak sedap lah macam2 lah. Jangan begitu. Berhentilah jadi manusia yang suka merungut itu ini. Belajarlah untuk redha dan menerima.

Dan kesian juga pada guide yang terpaksa hadam setiap rungutan dari anda walaupun kadang2 terbukti bukan salah mereka. Mereka pun manusia ada hati perasaan kan? Walaupun sentiasa tersenyum, hati mereka kadang-kadang koyak juga.

Ya, benar. Mungkin sesetengah rungutan itu penting kerana ia mampu membuat penambah-baikan untuk tour guide tersebut, tapi sebelum tu fikir dulu layak tak komplen yang perlu dibuat?

Andainya harga pakej anda RM5000, tapi layanan berharga RM100, mungkin wajarlah anda komplen kaw kaw sampai travel guide boleh berhenti kerja dan travel agensi boleh bungkus tikar. Tapi kalau sebaliknya, fikir-fikirkan lah ya.

Tapi, tak semua client macam tu.  Ada juga client yang Allah turunkan sangatlah malaikat punya perangai. Ada juga yang bayar RM2000 tapi kadang2 guide terbagi servis RM1500. Baca; bukan sebab guide malas atau curi tulang ya.

Kadang2 guide baru je kena maki dengan management sebab mungkin dia melakukan kesilapan. Lepastu dapat pulak client yang banyak songeh. Jadi mungkin mood dah lari, dan sebab tu terbagi servis yang kurang dari sepatutnya.

Tapi client seperti malaikat tu tak kisah, happy je. Guide pula, kalau dapat client baik macamtu jangan ambil sambil lewa, dan pijak kepala ok. Ingat client yang baik juga rezeki berharga dari Allah SWT.

Ada juga tour guide perangai macam haram. Tak dapat dinafikan itu. Tapi ketahuilah, kami sentiasa ingin memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Dan ketahuilah orang yang jadi guide sejati ni bukan suka2 sebab dia nak jalan sana sini, tapi sebab itu dia punya passion.

Kadang2 gaji sikit pun tak kisah, kerja dari pagi sampai malam pun hadap je. Sebab apa? Sebab kerja sebagai guide ni memang minat azali kami.

Pucuk pangkal, kita semua manusia. Berbaliklah pada pada fitrah manusia yang ada akal fikiran. Ada hati dan perasaan. Marilah kita sama-sama saling hormat menghormati, saling sayang menyayangi.

Walaupun dia kerja sebagai tukang cuci, hormatilah pandangan dia. Jangan ingat kita kerja bagus, jadi nampak orang bawah2 ni tak bagus. Ingat, setiap manusia yang Allah cipta ni ada kelebihan masing2.

Yang penting, jadilah manusia yang penyabar. Kerana sabar itulah ciri khas yang hanya ada pada manusia yang tiada pada haiwan disebabkan kekurangannya dan tiada pada malaikat disebabkan kesempurnaannya sebagai hamba yang mempunyai sifat taat paling agung padaNya-(Imam Ghazali)

Ok, bukan nak membebel apatah lagi nak merungut sebab setiap kerja tu kan rezeki dari Allah. Kan?Tak baik merungut dengan rezeki dari Allah kerana sesungguhnya ia adalah yang terbaik untuk kita.

Tapi, sekadar meluahkan apa yang terpendam di hati setiap tour guide atau tour leader. Sebab kami, masing2 mempunyai cerita berbeza tetapi serupa.

Yang ikhlas,

Tour guide dan tour leader yang comel dan ceria yang bekerja di travel agensi.

– Kak Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *