Assalamualaikum
Ada terbaca sorang sis share pengalaman bersalin. Aku pun nak share jugaklah. Sebab bagi aku betul-betul berharga pengalaman aku tu.
Rezeki kami datang agak awal aku kira. Baru kahwin dah dapat berita aku mengandung. Perasaan masa tu? Bercampur semua rasa. Excited, takut, tak percaya, happy..semua ada. Time tu aku masih belajar. Tahun keempat. Alaham teruknya lahai. Muntah-muntah, sensitif sangat terhadap bau, tak boleh duduk di tempat yg bising dan crowded, cahaya terang sangat tak boleh, etc etc. Annoying kan? Memang masa tu aku rasa macam kosong gila. Hilang nikmat. Nak study tak boleh, dengar lecturer ajar kat depan aku rasa serabut. Balik rumah aku duduk dalam bilik gelap. Tak boleh nak buat apa-apa pun!
Selera pulak memang kelaut. Aku tak boleh makan langsung. Paksa jugak makan tapi muntah lagi banyak dari yg masuk. Air masak tak boleh minum. Cuma 3 jenis benda yang boleh telan ; air 100 plus, tembikai and bubur nasi kosong yg letak garam je. Thats all! Sampaikan kena admit sebab dah dehydrated sangat-sangat. Lepas tu okey lah sikit. Dah boleh makan sikit-sikit.
Belum campur dengan emosi tak stabil lagi. Cengeng tak bertempat. Aku tinggal dengan keluarga mertua,suami kerja jauh. So faham lah kan?tapi alhamdulillah mertua and ipar aku baik sangat-sangat layan je morning sickness aku yang tak kira pagi ke petang, siang ke malam. Ada yg cakap tu psikologi je, kena kuat lawan. Tapi cuba lah berada dalam situasi tu.
Tarikh jangkaan bersalin jatuh pada 2 hari lepas habis final exam untuk final sem dah. Time tu aku dah takut sangat weh. Fikir nak exam lagi, fikir takut tak sempat habis exam lagi (aku nak bersalin kat kampung.kampung aku jauh). Semua benda aku fikir. Selalu cakap kat baby ‘jangan keluar lagi. Tunggu balik kampung baru keluar’. Berkat doa jeluarga jugak aku sempat balik kampung.
Bila sampai tarikh jangkaan tu aku still takde tanda-tanda nak bersalin. Siap boleh pegi shopping, tengok baby lawan-kawan. Seminggu lepas tu aku kena serah diri di hospital. Pergi check in hospital macam check in hotel. Siap makan kfc dan suami belikan sudu candy crush sebab time tu suka sangat main candy crush pastu meroyan nak makan gula-gula.
Lama tau aku di wad. Dari kelas ketiga ditransfer ke kelas kedua. Aku kena induce 3 kali weh! Lepas 3 kali induce bukaan baru 3cm. Cek bukaan tu banyak kali, aku rasa nak sepak nurse yang buat tu. Bukan sebab benci tapi sebab sakit ya ampun. Result CTG pulak makin lama makin tak cantik. Doctor cakap tu antara risiko induce, baby stress. Contraction pulak kuat tapi tak lama. Nurse and doctor semua dah panik.
Hari ketiga kat wad, petang pukul 6 doctor cakap aku kena masuk labour room dah. Perasaan time tu macam nak mati. Sayu je rasa cakap dengan husband pun sebak je. Mak aku time tu baru je balik rumah sebab dah berapa hari tunggu aku kat wad. Call mak pun nangis.huhu.
Bila doctor bagitau kena masuk LR (labour room), aku pun balik ke katil,kemas-kemas barang baby yang kena bawak sekali, tunggu nurse datang ambil kat katil. Sampai ke LR, doctor pecahkan ketuban. Ada trace meconium. So not good. Result CTG makin drop. Sampaikan tak boleh detect langsung. Doctor masukkan alat nak detect heart beat baby ikut bawah. Tampal kat kepala baby. Lagi sekali rasa nak tendang doctor tu. Lepas tu masukkan tiub kencing pulak. Sumpah tak selesa. Dahlah sejuk. Katil basah dengan air ketuban dah. Dengan tiub berselirat. Sakit pun boleh tahan sampai husband aku kena cakar time contraction tu datang.
Pukul 6 petang masuk LR, time tu first terawikh utk tahun 2015. Aku mintak husband solat maghrib dan join terawikh tu sambil doakan aku. Walau aku tak sanggup nak tahan sakit sorang-sorang, aku redha. Dia pun ada tanggungjawab pada Tuhan. Maka aku pun bertahan sorang-sorang dalam ward tu. Sesekali nurse and doctor masuk. Tiap kali tu diorang akan tanya ‘awak takde rasa nak teran ke?’ Aku hanya mampu geleng..sakit,tapi suara imam tengah imamkan solat di masjid berdekatan buat aku rasa tenang dan sayu. Macam ajal dah dekat sangat-sangat.
Tak lama tu doctor masuk lagi, risau dia tgk result CTG. Makin ramai doctor masuk. They decided aku kena emergency ceaser. Aku lega time tu sebab aki dah tak tahan sakit. Kah! Doctor cakap pukul 10.00 malam masuk o.t. oh ya hari yang sama birthday mak aku jugak. Aku siap tanya nurse, ‘kalau masuk o.t pukul 10 sempat ke baby keluar sebelum pukul 12 malam?’ Dia cakap sempat, maka happy lah aku dapat hadiahkan cucu untuk birthday mak aku.
Pukul 9 lebih almost 10 tu time ready-ready nak masuk o.t, minum ubat taknak bagi muntah lepas operate. doctor bagi masa untuk aku minta restu semua tu dengan husband, aku pun sempat call parents aku semua. Nangis mak aku tahu!
Sumpah sedih time tu. Sebab aku tak ready lagi nak mati. Huhu
Rasa macam jauh sangat diorang bawak aku. Suami aku masih ikut lagi. Sampai masuk 1 bilik tu diorang angkat aku ke katil lain. Tu last aku jumpa husband aku sebelum operation. Then tolak masuk o.t dah. Tukar katil lagi. Doctor suruh peluk bantal, duduk tegak-tegak. Tapi time tu contraction kuat. Mustahil aku nak duduk tegak kan. So diorang tunggu aku ok sikit. Kena bius, diorang mintak aku baring. Tangan aku diikat then diorang selimutkan aku and masukkan macam udara panas gitu sebab sejuk gila! Still aku menggigil.
Bila dah baring tu doctor tanya..kaki rasa panas tak? Aku mampu angguk je. Yelah mulut aku pakai topeng oksigen tu. Then diorang start lah. Aku rasa okey pisau tu lalu atas perut cuma takde rasa sakit. Mula-mula sikit je. Ada one of the lady yg tengok mimik muka kita. Then dia cakap okey baru doctor teruskan belah perut aku. Aku memang sedar time tu. Kalau boleh bawak fon aku boleh whatsapp sambil perutku digodek-godek. Boring tau. Aku nampak tau apa yang diorang buat. Aku nampak reflection pada lampu bedah tu. Kuikuikui. Aku rasa badan aku kekiri kekanan maybe sebab nak tarik baby kot. Tak lama tu baru dengar baby nangis. Alhamdulillah. Pukul 10.37 pm baby keluar,sama dengan birthday mak aku. Beza umur mak and anak aku 60 tahun. Hadiah birthday paling seksa nak tunggu tapi paling berharga.
Aku tanya, boy ke girl? Dia taknak cakap, dia nak aku tengok sendiri dan bagitau dia. Okeylah aku layankan sahaja. It’s a girl. Comel macam aku. Setel jahit semua tu almost 11.00. Kejap je kan? Lepastu nurse tolak aku ke luar o.t. tunggu situ dalam half an hour baru tolak masuk wad. After operation tu nurse tak bagi angkat kepala langsung. Kena baring flat atas katil. Mak and husband masuk, sapu minyak di tapak kaki dan pakaikan stokin dan aku tido macam biasa.
Bangun pagi tu bius dah takde. Pastu aku muntah. Allahu sakit tau dak perut aku kat kena belah tu sebab tekanan time nak muntah tu. Pastu doctor datang dia tanggalkan tiub kencing. Dia suruh aku bangun pergi buang air kecil. Aku bangun jalan menggeletar sebab dah rasa bisa sikit pada tempat luka. Aku takde rasa nak kencing pun weh. Tapi bila aku duduk tu aku kencing je. Paham tak?lepastu mak aku dtg mandikan aku, dia takut tgk darah kat belakang badan aku. Sisa yg operate malam tu. Nangis mak aku time tu. Aku pun nak nangis tapi tahan jelah. Baby still kena tahan kat NICU sbb on antibiotik. Aku curi masa tu untuk rehat. petang tu baru aku pegi tgk baby kat atas. Malam tu baru nurse hantar baby ke katil maka bermulalah kisah hidup mak-mak aku.
Panjang kan?ada lagi nak cerita tapi aku dah malas nak taip. Siapa yg tau siapa aku, diam-diam jelah eh. Tapi besar sangat hikmah lepas aku bersalin ni tau dak. Aku jadi sangat rapat dengan mak aku. Setiap hari aku akan call mak aku. Semua benda aku buat aku akan ingat mak aku. Memang berubah sangat hubungan aku dengan mak aku. Alhamdulillah.
Kalau aku rajin aku cerita pulak kenangan lepas bersalin yg buat aku hampir-hampir meroyan.
– Ibu muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit