Terima kasih admin sebab approve. Okay, kisah yang sama ni berdasarkan daripada banyak confession-confesion yang aku kira lebih kurang sama dengan aku punya kisah. Mungkin kisah ni panjang tapi aku cuba pendekkan.
Pasal Mak, Abah, Kakak, jodoh dan kerja. Tapi sebab aku nak pendekkan aku cerita mak dan pasal kakak je.
Lepas aku baca confesion yang lebih kurang sama pasal mak yang suka maki-maki anak, mak yang suka sumpah anak, mak yg tak hormat suami sendiri, aku tak sangka ada jugak mak jenis yang sama macam tu dan ada jugak yang senasib mcm aku. Dan aku bersyukur atas hikmah yang terjadi. Tapi kalau cerita pasal mak dan kakak skali kat sini aku rasa akan jadi panjang, dan sebab tu aku cerita pasal kakak shj.
Aku anak bongsu daripada 5 org adik beradik. Dua lelaki tiga perempuan, dan 2 je belum berkhawin termasuk aku. Kakak merupakan ank kedua, dan dia kiranya kakak sulung sebab paling atas abang long. Aku perempuan umur 25, bukan UIA hanya lepasan politeknik. Adik beradik semua okay, hubungan akrab antara satu sama lain. Tapi akrab mcm mana pun mestilah ada yg terasa hati. Dan aku terasa hati dgn kakak sulung aku sendiri. Kakak sulung antara yg senang antara yg lain. Yg lain bukan susah mana cuma tak mewah. Aku tulis confesion ni sebab nak tau apa pendapat korang. Perlukah aku terasa hati atau benda nih normal sebenarnya?
Dari kecik lagi sebenarnya, umur aku 6 tahun dia tak pernah tunjuk sikit rasa kasih syg sbg kakak & adik. Tak pernah nak entertain aku masa kecik-kecik dulu. Marah pun selalu. Biasanya klau sepupu-sepupu dtg dekat rumah, jumpa sepupu rapat msti la borak2 gelak2 tp dia boleh jerit2 panggil aku suruh buat kerja, cubit tangan pukul dpn2 sepupu. Masa ni pun kira besar tingkatan 1 atau 2 kot. Serious aku tak paham, sebenarnya takde benda pun nak buat masa tu. Dan bila dia keluar rumah sbb study dan kerja jauh barulah kurang sikit tension yg aku rasa. Bila dia dah kahwin, aku terpaksa duduk sekali sebab dia tgh beranak anak kedua (tgh cuti sekolah) dan tolong dia jaga baby. Dan bila abg ipar aku ajak jalan-jalan bercuti (ofcourse bermalam di hotel) dia boleh cakap aku tanak ikut dan nak duduk rumah. Pdhal dia tak tanya pun masa tu. Dalam hati aku dah menangis huhu sedih sebab dianggap mcm org gaji je, tp nasib baiklah abg ipar baik jenis familyman, takde org ddk rumah klau keluar berjalan. Itu konsep dia. Dan aku ikut jgk biarpun masa tu dah tak happy sbb dia mcm tanak bagi ikut dan aku rela tnggal jugak sebenarnya kalau dibenarkan lepas dh mcm tu. Dan byk lagi yg buat aku terasa mcm org gaji, tapi kalau cerita semua nanti dah boleh buat novel kot.
Smpailah dah sambung study, sepanjang masa study adik beradik yg lain masa tu ada bagi duit, dia langsung tak bagi sesen pun.Langsung tak kirim duit, langsung tak hulur duit tapi adik abg ipar aku dia rajin pulak bagi. Tapi takpe aku ada adikberadik lain yg boleh diharap. Konsisten bagi siap tanya cukup duit tak?jgn membazir berjimat rajin study. Dan budi ni memang aku kenang sampai bila-bila dan aku janji aku balas balik budi yg ditabur. Dan dia? Bila ditanya, dia mmg sengaja tak bagi duit,kirim duit sbb tanak biasakan hidup bermewah2 etc berlagak mcm anak org kaya. Aku hanya mampu diam. Padahal adikberadik yg lain paham je kehidupan mcm mn study, dia pun pernah study tapi entahlah.
Dan skg bila dah kerja, aku duduk menumpang rumah dia. Budak fresh grade dgn gaji RM1800, tolak epf tinggal RM1500. Duduk KL tp kerja dekat kota kemuning. Ye, memang jauh tapi aku tau susah nak dapat kerja jadi mmg x boleh memilih. Aku teruskan untuk dapat experience dan mana tahu dpt rezeki lain. Dan dgn takde transport aku apply loan keta. Ni pun kakak aku yg bertegas suruh amik keta. Alhamdulillhah lepas, dan tinggal lah RM950 untuk byr ptptn, saving, bagi mak abah, minyak tol, hulur sikit dkt kakak, dan selebihnya duit utk survive sampai hujung bulan. Oh ya aku ingatkan tak perlu lah bayar sewa sebabkan dah menumpang rumah family sendiri. Tapi aku silap, kakak minta duit sewa RM300. Aku terasa dan tak sangka. Kebanyakan kawan2 yg duduk menumpang rumah kakak/abang sendiri semua tak byr sewa mcm aku. Ckup lah sekadar menghulur duit dan aku pn tak pernah tak hulur duit. Sebab aku tau aku menumpang. Dan bila kawan2 tau aku menumpang rumah kakak, semua perli untunglah tak pyh bayar sewa rumah. Jimat sikit. Aku hanya terdiam, klau cakap aku pun kena byr sewa mesti diorg pelik nanti.
Alhamdulillah kerja okay, dan gaji naik sikit. Masa nih aku dah lega sangat sebab dah boleh bernafas takdelah cukup2 makan nak bayar sewa, kereta. Tapi bila dia tau gaji naik, dia naikkan sewa bilik RM500. Katanya tu rate duduk KL, mana nak dapat bilik mcm tu harga RM500. Aku hanya tersenyum dan terpaksa akur. Dan kenapa aku tak pindah? Aku kesian dgn anak2 kakak aku ditinggalkan dgn maid. Atleast aku boleh tolong jagakan diorng kalau dua2 busy. Aku bertahan sbb diorang dan aku rasa mcm pentingkan diri kalau keluar dari rumah tu.
Tak cukup dgn tu, aku kena byr pulak setiap bulan RM200 untuk rumah yg baru dibeli. Rumah ni rumah kedua family kitorang. Bayar yang ni aku tak kesah sgt, sbb adikberadik yg lain dh byk keluar duit kecuali kakak sulung.Bila ditanya kenapa aku kena bayar? sbb komitmen skg pun dah kira byk bagi gaji yg tak seberapa je ni. Untuk rumah je dah keluar RM700.Dan dia jawab, zaman dia tlg fmly dah habis, skg zmn aku pulak. Pdhl yg aku ingat entah celah mana dia tolong family. Akhirnya aku akur. Aku tak kesah bayar, sebab ni kiranya tanggungjwb semua. Tapi yg aku berharap ialah dia kurangkan sikit sewa bilik tu. Takkan nak charge adik sendiri pn sampai RM500. Aku tak pernah berkira dgn anak-anak dia. Aku sll entertain, kadang2 terpikir jgk nak layan anak dia mcm mn dia layan aku masa kecik. Tapi aku tak sampai hati.
Dan sebenarnya byk lagi tapi aku dah malas nak taip. Bila birthday, aku tak dapat hadiah tapi yg lain dapat hadiah best-best. Klau ada benda dia nak jual atau bagi, dengan aku aku kena bayar. Yg lain klau nak takpayh bayar pn takpe. Yes benda kecik. Tapi lama-lama benda ni dh menggunung dan membuatkan aku persoalkan kenapa dia mcm berkira sangat dgn aku.
Sekian itu sahaja dan terima kasih kerana membaca.
– Lina