Kisahku dan Fibroadenoma (Breast lump)

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia iium confessions. Terima kasih kepada admin kerana sudi publishkan cerita aku. Maaf kalau confession nie terlalu panjang.

Selepas membaca confession “kisahku dan ovarian cyst” (https://iiumc.com/kisahku-dan-ovarian-cyst/) (Maaf confessor, pinjam tajuk), aku rasa terpanggil (taktaula siape yang panggil) untuk kongsikan pengalaman aku pula menjalani pembedahan membuang lump di breast (payudara).

Untuk pengetahuan korang, terdapat beberapa jenis lump di breast antaranya; cysts, fibrocystic, mastitis, fibroadenoma dan lain-lain. Bagi case aku, aku di diagnosis mempunyai Fibroadenoma. Fibroadenoma nie die macam fibroid kalau kat rahim. Tapi, macam aku die berada kat breast. Hahh.. itulah uniknya penyakit perempuan kalau korang nak tahu :)

Macam mana aku boleh detect aku ada fibroadenoma? Sebenarnyaa, aku pun tak tahu. Sebab takde rasa sakit pun di breast. Cumanya, bila aku buat self-examine dekat breast, memang aku boleh rasa ketulan tu dan boleh digerak-gerakkan.

Untuk pengetahuan korang, lebih kurang 2 tahun dah aku simpan khazanah (ketulan) tu dekat breast aku. Kenapa sampai 2 tahun? Sebab sikap acuh tak acuh endah tak endah dengan diri sendiri yang membuatkan aku sampai terlupa nak consult doctor pasal lump di breast aku nie. Mula2, aku beranggapan yang ketulan tu biasa aje. Normal tissue yang ada dekat breast. Aku siap compare both breasts, tengok macam sama. So, okey la nie kot. In denial mode turn ON.

Fast forward 2years later, aku perasan ada nipple discharge dekat both breasts aku. Sikit je tak banyak. Colournya macam susu, melekit sedikit. Die keluar apabila ditekan. Kalau ikutkan normal lah kan bila cecair keluar dari breast. Masih dalam in denial mode. Tapi…. ia jadi tak normal bila kau belum kahwin dan cuma ade anak tekak je! Muhahahahaha…

So, aku pun consult orang keliling (masih degil taknak jumpa doktor). Depa nasihatkan pergi jumpa doktor. Aku pun dengan berat hati pergi lah ke klinik berdekatan. Aku bukan ape, bab2 check private parts nie memang aku jenis malu nak kasi orang tengok. Tunggu jela time aku bersalin ke kan. Barulah aku merelakan untuk orang lain tengok. Sebab dah takde pilihan kan?

Ok teruskan. Aku pilih klinik swasta yang mempunyai facilities untuk check orang pregnant. Sebelum aku jumpa doktor, aku tanya kat receptionist, doktor oncall time tu doktor lelaki ke perempuan. Ofcourse, aku pilih doktor perempuan kan. Bila jumpa doktor, aku utarakan kebimbangan yang aku hadapi. Lalu doktor pun minta izin untuk buat pemeriksaan. Alamak…. time nie, aku dah lemah dah. Doktor suruh baring diatas katil yang disediakan, aku pun merelakan doktor untuk check breast aku. Doktor kat klinik tu lah orang pertama yang tengok private parts aku. Aher aherr…

Time doktor examine breast aku, doktor jumpa sesuatu. Ahhaa… Gotcha! Seketul lump di kiri breast aku. Haa.. anggapan aku yang sebelum ini ia normal adalah salah lah ye. Lepastu, sonographer buat Ultrasound untuk dapatkan result yang lebih tepat. Doktor di klinik terus buat surat refer ke pakar. Seketul lump berukuran 2x3cm dikesan. Tak besar mana pun. Paling besar ia boleh pegi pun tak silap aku 5cm-7cm.

Minggu tu juga, aku terus buat appointment dengan pakar bedah payudara di Hospital Azzahrah. Sebelum aku pergi, aku call buat appoinment dulu. Kenapa aku pilih Hospital Azzahrah? Sebab aku dah buat research sikit, ade pakar breast kat situ dan yang paling penting pakar tu Perempuan!. Lagipun, pakar ada hari sabtu sahaja. Jadi, senang lah aku tak perlu apply cuti. Waktu jumpa doktor pakar, doktor buat benda yang sama. Examine, buat ultrasound. Then, buat biopsy, untuk tahu samada cell tersebut cancer ataupun tidak.

After one-week result biopsy keluar, Alhamdulillah cell tu bukan cancer. Doktor suggest untuk bedah dan buang. Sebab, lump tu akan membesar by times. Jadi, hipotesis yang doktor buat, semakin besar lump tersebut, semakin besar parut operation. Hahaha… jadi ofcoursela, operation untuk membuang lump dipilih!

Untuk aku yang tak pernah mempunyai pengalaman menjalani pembedahan, tentulah takut kan. Dengan orang sekeliling yang menyampaikan dakyah pembedahan itu menyakitkan lagi lah buat aku cuak.

Rupanya sangkaan aku salah, yang mana pembedahan mengambil masa 10 minit sahaja dan total time untuk aku sedar adalah dalam 1 jam. Rase macam baru lelap sekejap, sed menyakitkan ar2 pembedahan dah settle. Plus, recovery phase pun tak. Lebih kurang 4.5cm panjang jahitan. Malah, lepas operation pun aku solat berdiri macam biase je. Tak perlu solat macam orang sakit. After 2-3 hari luka dah kering sikit. Aku pun tak pantang makan bagai. Makan je macam biasa. Lepas seminggu operation, follow up dengan doktor untuk check jahitan. Doktor pun cakap okey je.

Kalau korang tertanya2, apa punca aku boleh dapat lump nie. Aku pun tak tahu. Nak kate pemakanan, aku bukan lah jenis pemakan fast food ke.. tonggak air bikarbonat ke… boleh dikira dengan jari je aku makan dalam setahun. Family history pun takde yang menghidapi cancer atau seangkatannya.

Boleh jadi sebab hormone laa. Hormone aku memang tak stabil. Kitaran haid pun tak menentu. Aku rase aku dah jaga dah tahap stress aku. Tapi, tak berapa nak menjadi jugak.

Oleh itu, aku disini nak beri sedikit sebanyak kesedaran pada pembaca2 wanita sekalian, untuk check payudara kalian. Sayangi lah payudara anda. Kalau ade rase something pelik kat payudara, jangan takut dan malu untuk consult doktor. Jumpa doktor yaa.. bukan bani jamu ke supplements ke ape. Jangan korang harap supplements tu boleh mengecut kan lump korang tu. Kalau boleh, doktor awal2 lagi dah suggest kan korang makan jamu jahhh.

Korang rajin2 lah follow Prof Dr. Imelda Balchin, Dr. Rafidah Abdullah dan seangkatannya untuk mengikuti tips2 diorang menjaga kesihatan. Benda free je depa bagi kat facebook. Selain itu jugak, Dr. Hamid Arshat jugak banyak share tentang penyakit orang perempuan nie.

Akhir kata, kalau korang disahkan menghidapi penyakit perempuan macam nie. Janganlah korang rase down, marah Allah. Korang kene tengok hikmah disebalik kejadian. Macam aku, bila dapat tahu ade lump nie, aku terus perbanyakkan berdoa, bangun tahajud. Nak bangun tahajud tu jadi mudah sangat. Mestilah aku banyak berdoa sebelum operation kan, supaya operation dipermudahkan dan tidak berlaku sebarang komplikasi. Mungkin Allah rindu nak dengar rintihan aku lalu diberikan sedikit ujian macam nie.

Selain itu juga, sekarang nie aku lebih concern untuk jalani hidup yang sihat. Aku pergi jogging. Aku letak target untuk lari atleast 5km sehari. Kalau dulu, balik keje je, aku terus terdampar di atas katil macam dugong di persisiran pantai. Kalau comel takpala jugak -..-“. Pemakanan pun aku kawal. Dah malas dah nak makan fast food. Takde faedah langsung untuk diri. Kalau kita makan benda2 yang tak beri nutrient pada tubuh, ibarat kita masukkan sampah ke dalam tubuh badan je, kate seorang dietition yang pernah aku dengar la. Korang jangan triggered pulak kalau korang jenis yang suka makan fast food. Slow2 korang kurangkan lah yea.

So, girls, Health is Wealth. Jagalah kesihatan kita sebaiknya. Menjaga kesihatan diri kita ini satu amanah tau and being sick is not cool at all. Nikmat yang paling besar Allah bagi kat kita adalah nikmat kesihatan yang kadang kala kita lupa nak ucap terima kasih pada Allah setiap pagi. Kalau korang tak percaya, cuba korang sakit terlantar. Korang akan realize that, betapa besarnya nikmat bila kauorang sihat. Bukan menjadi kaya je yang korang nampak itu sebagai nikmat.

Lastly (ya Allah dah berapa banyak last dah nie), aku mohon maaf sekiranya penulisan aku memeningkan kepala korang. Maaf aku tak pandai menulis. Kalau term term yang aku guna pun tak sesuai, maaf kan yaa..

Finally, thank you again for reading! I love you all. Semoga Allah berkati kehidupan kita semua dengan kesihatan yang baik. Assalamualaikum…

– Cik Kuntum

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *