Assalamualaikum para pembaca sekalian. Semoga kalian semua diberkati Allah SWT. Kali pertama Aku cuba menulis disini. Terima kasih kepada admin seandainya kisah ini disiarkan.
Cukuplah sekadar K sebagai nama samaranku disini. Dan kisah ini aku karangkan ditepi hiway LDP sementara menunggu order masuk. Dan jam juga dah menginjak ke angka 1 pagi. Baru taip mukadimah ade order masuk ni. Alhamdulillah. Rezki halal daripada Sang Pencipta. Jap lagi aku sambung.
Sedang menunggu order siap, kelihatan pelakon komedi bersama si isteri dan 2 rakan sedang menjamu selera di satu sudut. Sejujurnya aku dah ambik kesempatan untuk bergambar dengan mereka sewaktu pickup order sebelum ni tadi, kira kira 30 minit sebelum coretan ini aku tulis. Jap ye… hantar order jap. Last dah ni. Hahaha (lough in Vietnamese).
Fuh….memang nak dijadikan cerita la malam ni. 1.24 pagi, aku smpai di rumah dalam kadaan basah lencun. Hujan lebat pulak seusai aku selesaikan penghantaran terakhir untuk malam ni. Alhamdulillah, semoga hujan yang turun ni dapatlah mengurangkan sikit jerebu yang sedang melanda negara sekarang ni. Dan yang paling seronok, aku achieve target pendapatan aku untuk hari ni. Alhamdulillah.
Ok, sekarang kembali pada cerita asal. Kisah seorang penghantar makanan. Apa yang aku tulis kat atas tu adalah situasi sebenar yang aku hadapi. Dan ini adalah lumrah bagi semua yang bekerja macam aku ni. Sejujurnya aku bagi tau, aku bukanlah penghantar makanan sepenuh masa. Hanyalah freelance.
Walaupun freelance, kebiasaannya seminggu aku memang akan buat kerja ni dalam 3 atau 4 hari. Untuk pengetahuan jugak, aku dah merasai bekerja sebegini dengan 3 company. Beg kuning, beg pink dan sekarang beg hijau. Hahaha
Hakikat sebenar untuk aku bagi tau kepada semua pembaca, kerja sebagai penghantar makanan ni adalah 1 pilihan. Dan ini adalah jalan yang memang aku pilih. Aku cukup tak berkenan sebenarnya bila ada masyarakat termasuklah page page utama di sosial media yang terlalu memandang simpati kepada individu yang memilih kerjaya macam ni.
Kami penghantar makanan adalah 1 profession dalam rantaian supply and demand untuk memenuhi keperluan dan kehendak industri. Tolong laa jangan terlalu memandang rendah profession kami. Sesungguhnya kami berkecil hati. Kami berhak untuk dipandang secara professional.
Sekarang ni aku cuba untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang kerjaya sebagai penghantar makanan ni. Sebenarnya, diluar sana masih banyak jawatan kosong untuk diisi dalam pelbagai sektor. Tapi kenapa kebanyakan anak muda memilih kerjaya sebegini. Jawapannya mudah.
1 – Pendapatan
2 – Masa
Untuk penghantar makanan yang buat sepenuh masa dalam tempoh 10 – 15 jam sehari, pendapatan harian boleh la diletakkan purata RM10/jam. Bergantung kepada rezeki, kerajinan dan juga cuaca. Kalau didarabkan dengan 26 hari. Maka kau dapatlah jumlah gaji bulanan yang boleh dikategorikan berbaloi. Alhamdulillah.
Untuk faktor masa pula, senang cakap, kerja penghantar makanan ni memberikan pilihan waktu kerja yang bebas. Baik untuk beg pink atau beg hijau. Masa bekerja adalah pilihan sendiri. Memang ada syarikat yang sediakan jadual bekerja. Tapi segalanya masih dipihak kau sendiri untuk memilih.
Bagi aku, jumlah masa yang aku peruntukkan untuk bekerja adalah berbaloi dengan pendapatan yang aku dapat. Dan yang paling seronok, aku bekerja tanpa tekanan. Sungguh! Aku rasa sangat bebas masa bekerja. Aku boleh menyanyi sambil tunggang motor. Boleh kentut tanpa segan silu. Boleh makan dan minum bila bila masa. Dan boleh solat pada waktunya. Alhamdulillah.
Tapi sedikit kekangan bila aku memilih kerjaya macam ni. Antaranya, KWSP. Ini adalah isu yang paling besar dibincangkan bersama rakan rakan aku. Ye, memang kerja sebegini tidak dicarumkan dengan KWSP. Tapi jangan la pulak pandang orang yang tak mencarum KWSP ni tak ada masa depan.
Isu lain adalah makanan halal dan non halal. Bagi penghantar makanan macam aku ni, company memang dah pecahkan halal rider dengan non halal rider. Jadi, pokoknya masih pada individu sendiri nak pilih yang mana.
Risiko. Aku doakan semoga semua rider atas jalan raya yang bertungkus lumus mencari rezeki halal sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.
Kepada reader dan masyarakat umumnya, tatkala anda membuat pesanan makanan, percayalah bahawa disitu ada seorang individu yang meletakkan nyawa di atas jalan raya untuk memastikan perut anda dan nafsu makan anda dipenuhi. Tapi hakikatnya, semua pekerjaan ada risiko tersendiri. Ajal maut itu rahsia Allah.
Dan lain lain isu, perkembangan kerjaya. Sesungguhnya pada pendapat aku, penghantar makanan ni memang akan terhenti disitu sahaja kerjayanya. Tapi dalam keadaan ekonomi malaysia sekarang ni. Pendapatan yang tinggi adalah menjadi keutamaan. Pangkat atau pandangan masyarakat, kita tolak ketepi.
Trust me if I said kebanyakan jawatan kosong yang ada dalam industri sekarang adalah sangat tidak kompetetif dan tidak berbaloi dengan taraf hidup yang tinggi. Boleh tengok iklan jawatan kosong. Masih ada syarikat yang berani buat tawaran gaji basic RM1k dan ke bawah kepada bakal pekerja. Dah nak masuk tahun 2020 dah ni. Nak makan apa dengan basic 1k nak oiiii.
Jadi, selaku penghantar makanan, aku doakan semoga kita semua akan berjaya didunia dan akhirat. Memang setiap individu ada kisah tersendiri, ada alasan tersendiri kenapa memilih jalan hidup sebegini. Tapi sematlah dalam hati, setelah ribut melanda, pasti sinar cahaya muncul kembali.
Ingatlah, kita penghantar makanan.. dan kita PROFESSIONAL!!
Kepada yang selalu order makanan tu, selit lah sikit tip untuk rider. Lifestyle dah macam omputeh.. Follow lah sikit perangai omputeh yang suke bagi tip ni.. kahkahkah (lough in Spanish). Hilang terus professional sebab mintak tip.
Ok lah, jam pon makin lewat. Hujan pon makin lebat. Selamat malam Malaysia.
14/9/2019
02:41 am
– Mr K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit