Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera readers. Thanks admin kalau siarkan cerita ni! Tetiba rasa nak meluah, harap sudi baca.
Nama aku Bunga, berumur 27 tahun. Luahan ni saja nak cerita condition kulit aku yang dipanggil atopic dermatitis (eczema).
Sebenarnya memang dari kecik lagi kulit aku problem. Asal pergi klinik je doctor cakap kudis/kudis buta. Lepas SPM baru tahu rupanya kulit aku ni sebenarnya eczema. Kebanyakan orang memang tak tahu pun eczema tu apa dan selalu je samakan dengan kudis (scabies).
Eczema dengan scabies ni nampak je sama tapi sebenarnya lain. Eczema takkan berjangkit tapi scabies, ya memang akan berjangkit. Korang google la gambar eczema tu kalau nak tahu macam mana, Eczema aku ni jenis tebal dan kering. Bila gatal memang tak boleh tahan nak menggaru, lepas tu berair lekit lekit dan luka.
Kadang tak garu kuat pun, gosok sikit sikit je pakai jari pun boleh terkoyak kulit dan keluar air. Boleh imagine tak? Mak aku selalu tak bagi aku garu kalau gatal disuruhnya aku tahan. Hahaha, tak boleh laa weyyh.. gatal memang gatal gila. Orang cakap dia punya gatal macam kena gigit dengan 1000 ekor nyamuk, haha.
Sebelum ni aku pakai je krim steroid doctor bagi tapi boleh redakan sekejap je lepas tu jadi balik. Kulit aku tak pernah bersih dari eczema. Ya aku ngaku jela kulit aku memang buruk, banyak parut, luka sana luka sini package dengan bulu kaki sekali, haha. Kalau korang tengok pun mesti nak muntah aku tak suka tengok kulit aku.
Oh ya, eczema aku ni ada dari peha sampai kaki. Dulu dekat tangan pun ada tapi sekarang alhamdulillah dah tak ada. Untuk elak aku sedih dan rasa down gila, aku memang tak tengok sangat pun kaki aku. Punya teruk eczema aku sampai lalat pun boleh kerumun kaki aku. Pedih :( hakikat yang aku tak tipu.
Aku memang tak selesa nak solat dekat surau ke masjid kalau pergi jalan-jalan sebab masa nak ambik wudhu’ kena basahkan kaki jadi kenala aku angkat kain atau seluar aku so kalau aku angkat kain atau seluar, nampak laa kaki aku yang teruk tu.. aku malu gila >.< so, aku memang takkan angkat kain atau seluar aku tinggi-tinggi.. basah pun basahlah, huhu..
Selain tu, aku tak suka masa nak mandi or ambik wuduk sebab kena air rasa pedih. Yelaa dah luka kan mestila pedih. Bila tengok kaki kawan-kawan perempuan aku yang lain deep down inside memang aku jeles. Cantiknya kulit diorang.. Kalau korang lelaki pun aku rasa kaki korang lagi cantik dari kulit aku.. percayalah, haha.
Aku pernah jugak pakai hand sock dekat kaki sebab masa tu sarung kaki aku habis, hahaha.. tapi sekali jela aku buat macam ni. Punya aku nak cover takut kain aku terselak kalau angin kuat, hahaha..
Aku pernah ada pengalaman masa naik tangga dekat sekolah angin punya kuat sampai kain aku terangkat. Tak yah cerita laa terkejut dia macam mana.. tambah terkejut lagi ada member lelaki kat belakang aku. Of course laa diorang nampak kaki aku kan! tTak tau nak letak muka kat mana masa tuh.
Kalau kat rumah pulak, memang aku suka pakai seluar pendek je sebab yang macam aku cakap eczema aku ni akan berair dan lekit so aku tak suka nanti melekat dekat seluar. Rimas! So kalau dah berseluar pendek kat rumah, memang aku tak suka orang datang rumah aku. Asal orang bagi salam je.. mesti aku orang first lari masuk bilik dulu.. jawab salam pun tak! Aku takut orang nampak kaki aku..
Kadang-kadang kawan mak aku datang rumah sembang-sembang. Kalau dah sembang, mesti lama. Lepas tu, aku emo sendiri lambatnya acik ni nak balik! Aku tak bebas kat rumah sendiri kalau ada orang lain.
Ada sorang kawan mak aku ni selalu datang rumah sampai dia fikir aku tak suka dia sebab selalu je mengelak kalau dia datang, sobsss. Ya tahu salah aku kan. Sepatutnya kita kena raikan tetamu. My bad. Tapi nak buat macam mana aku tak selesa.
Aku dah mention tadi umur aku dah 27 tahun kan, aku tambah stress bila orang tanya bila nak kawin. Jujur dari hati, aku takut nak kawin, takut nanti lelaki aku tak boleh accept aku. Kang ada yang kawin sehari je. Memang la nak kawin tapi…. dengan keadaan aku macam ni memang low self-esteem habis.
Oh ya! Untuk lebih jelas, rupa paras aku selalu dapat pujian cantik atau comel. Hehe, tapi walauu beribu orang cakap aku cantik pun, tak pernah aku rasa aku cantik sebabkan keadaan kulit aku dan rambut aku ;’( cop! Kenapa rambut aku? Rambut aku pun satu hal. Sangat sikit dan nipis macam rambut lepas buat chemo. Jarang sangat-sangat. Aku pun tak faham kenapa. Aku tak pernah buat chemo pun.
Rambut ni buat tambah depress aku lagi. Dah laa kulit buruk, rambut pun buruk. Sedihnya! Kadang – kadang tertanya jugak kenapalah keadaan aku ni menyedihkan. Kenapa aku tak normal macam kawan-kawan perempuan aku yang lain.
Weyh aku bukan tak bersyukur…. tapi salah ke aku nak rasa sedih sikit. Banyak kali jugak aku ingatkan diri aku untuk sabar, ramai lagi orang yang nasibnya teruk dari aku. Tauuuu ujian aku ni tak seberapa sangat.
Aku ni bukan tak ada yang nakkan aku, ada jee.. kalau aku tolak sorang, sorang lagi akan datang. Kebiasaanya macam tu laa.. boleh kata ramai yang minat atau suka pada aku. Aku selalu bagi alasan aku belum bersedia lagi.
Bagi diorang, diorang faham aku tak bersedia sebab aku anak sulung, ayah dah tak ada, diorang fikir aku tak bersedia sbb tanggungjawab aku dekat mak and adik-adik aku. Tapi sebenarnya diorang tak tahu aku tak bersedia sebab kulit dan rambut aku ni.
Aku pernah je cuba berkawan untuk satu hubungan yang serius.. lepas tu aku decided to let him go sebab aku tak yakin dia boleh terima kekurangan aku. Aku berlagak tenang macam tak ada perasaan je masa aku cakap tak nak teruskan relationship kitorang tapi sebenarnya aku sedih gilaa… aku tak berani nak confront pasal kulit aku.
Dari kecik sampai besar macam-macam aku usahakan walaupun doctor cakap eczema tak boleh pulih tapi boleh dikawal sahaja, aku usaha jugak perubatan alternative lain. I be like…. mustahil tak boleh sembuh! tak kira nak jugak sembuh! Nak jugak! Hahaha (in denial) Yelaa penat la aku nak sapu cream and lotion.
Hari-hari menggaru pun pakai tenaga tahu tak, dah lukaa aku sedih lagi dan sapu cream tak sudah-sudah. Bilanya nak berakhir… macam-macam dah aku cuba. Sekarang ni sebenarnya aku tengah down. Sekejap rasa nak give up sangat tapi kejap lagi mesti aku semangat balik lepas tu give up balik, haha.
So, kalau korang nak share rawatan atau pengalaman handle eczema dewasa. Sila lah komen nanti aku tengok satu-satu mana tahu ada yang dapat membantu. Thanks in advance!
Oktober, 2019
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit