Assalaamualaikum dan hai pembaca iiumc sekalian.
Nama pak cik Iskandar. Biar lah pak cik bahasa kan diri pak cik ni pak cik. Pak cik ni tak lah tua sangat dan tak muda tapi di media sosial ni banyak orang muda betoi tak? Lebih mesra alam kata orang, haha. Apa yang pakcik bakal nak luahkan ni pakcik tak kisah kalau akan dapat hujuman dan hentaman di ruang komen. Serius tak kisah. Pak cik ok je.
Sebelum membebel panjang, pakcik nak bagitahu yang pakcik bukan lah orang yang arif dan selayaknya bercakap tentang agama dan hukum hakamnya. Pakcik orang biasa-biasa. Orang kampung dan buat kerja kampung. Latar belakang keluarga pakcik pun biasa saja. Ayah pakcik orang kampung mengajar muqaddam. Sesekali sempat mendengar kuliah maghrib di surau. Sesekali pakcik suka membaca artikel di ruang iium ini dan komen komen pembaca yang mempunyai pelbagai ragam dan pemikiran.
Baca luahan dan nukilan di sini kadang rasa lucu, sedih dan semangat dengan motivasi yang diberikan. Tetapi, apa yang membuatkan membuak hati pakcik tercetus untuk membuat luahan di sini adalah berkait dengan sensitiviti agama dan pemikiran masyarakat di malaysia khususnya beragama islam.
Isu yang pakcik nak cuba luahkan ini ialah tentang terlalu memandang negatif dengan agama sendiri. Iaitu agama islam. Betapa banyak pakcik terserempak tajuk tajuk confession yang negatif “perempuan tudung labuh ketiak busuk”, “suami ku ustaz bernafsukan syaitan” , “makcik masjid suka mengumpat” “ustaz ustazah hipster nak show off “dan macam-macam lagi luahan sampah yang berlungguk di di medsos ni. Adakah pakcik sentap? Pakcik tak sentap. Sebab adik adik pakcik pun dua perempuan dan dua-dua bukan ustazah tapi pakcik selalu nasihat suruh diorang ikut pakaian islam walaupun diorang doktor dan pegawai kerajaan.
Persoaalannya, perlu kah kita nak label kan tudung labuh( kenapa tak label tudung bawal? Haa ni jawap sendiri), ustaz, masjid, tok imam, ustazah, dengan label yang negatif? Efek dan kesannya membuatkan orang yang jahil tentang islam akan menambah kebencian pada islam. Dengar perkataan masjid pun orang dah seram sekarang ni. “alaaahai dah benda betul. “haha. Persoalannya lagi, perlukah guna perkataan yang suci ( suci sbb perkataan2 ni menaikkan martabat seorang mukmin) ini buat jadi tajuk konfess dan membawang korang?
Apa kata pak cik cadang lepas ni confess perempuan pakai baju ketat ketiak busuk? Haha korang marah tak?. Suami ku arkitek bernafsukan syaitan? Pernah dengar tak? Haha confirm geng arkitek bagi serangan padu. Apahal pulak kait dengan kerjaya? Kalau sebut ” budak iium ketiak masam ” ” laki bini show off kat instafamous ” tak boleh kah? Kita nampak benda ni simple. Padahal kesan buruknya sangat besar. Tembakan peluru tu terkena pada agama kita.
Nak tau apa kesannya? Tengok pada komen-komen ” sebab tu aku tak suka pakai tudung labuh ” , ” sebab tu aku tak suka pergi masjid “. Nampak? Akan ada dalam diri takut pada islam. Rasa jijik. Menyampah. Itulah dia islamophobia. Korang sendiri pun jadi takut dan takkan pakai pakaian tudung labuh etc, pakai lebai putih, simpan janggut betul tak? Bimbang orang panggil diri tu ustaz ustazah dan pandang negatif walhal itu panggilan yang mulia. Risau nak masuk panggung wayang nanti orang kutuk, nak pergi karoeke nanti orang pelik? Takut pergi masjid nanti makcik makcik bawang pandang negatif?
Hahaha. Pakaian ikut syara’ ni bukan nak tunggu jadi ustaz ustazah baru pakai, bukan tunggu waktu insaf. Pakcik cabar, sebelum kita nak mengata kat orang, kita sendiri buat dulu. Pakai tudung labuh, pakai kopiah putih, pakai pakaian yang sampai orang panggil korang ustaz ustazah. Tutup aurat elok-elok. Lepas tu keluar bergaul dengan masyarakat baik baik nak tengok sejauh mana baiknya kita? Boleh kah kita jaga mulut kita? Boleh kah kita jaga akhlak kita? Lepas tu baru korang tau langit tinggi rendah. Sebenarnya boleh. Tapi kadang kadang terlepas jugak. Sbb kita ni manusia biasa yang banyak dosa. Bukan maksum macam nabi. Sebab tu islam suruh menuntut ilmu agama. Supaya nafsu terdidik.
Ingatlah. Ustaz ustazah itu sekadar title sahaja dalam fahaman masyarakat melayu iaitu orang yang berlatar belakangkan pendidikan agama. Imej tudung labuh, kaki masjid, lebai bukan untuk title ustaz ustazah sahaja, sepatutnya kita yang dilahirkan islam ini tak kira apa saja latarbelakang pendidikan, kita perlu tonjolkan imej islam yang terbaik. Kita adalah duta kepada agama kita. Kalau bukan kita yang nak naikkan nama islam siapa lagi? “perbaikilah diri kamu, dalam masa yang sama ajaklah orang lain jadi baik” peganglah kata kata ini. Apapun latarbelakang kita perbaikilah diri sendiri dan cuba menyeru kearah kebaikan dan sentiasa positif dan bersangka baik demi islam. InsyaaAllah pakcik yakin boleh. Sekian ceramah pakcik.
– Pakcik Iskandar
hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit