Hai. Lately aku perasan ramai yang share pasal derita nak meninggalkan p*rn ni. Harini aku nak share sikit pengalaman. Moga ada manfaatnya.
Aku memang asal dari keluarga baik2, solat tak tinggal, aurat terjaga, Quran pandai baca etc… dari sekolah agama,.. masuk uni pun ada tittle agama… Tapi lepas aku grad, aku tak pernah terfikir yang aku akan terjebak dengan ni semua.
Puncanya adalah, aku nak sangat cari pasangan untuk kahwin. Aku register macam2 matrimonial website. Berkenalan dengan banyak lelaki. Mostly semua lelaki baik2 sebab yang aku register semua islamic matrimonial website.
Tapi masalahnya aku punya insecurity sangat tinggi. Tiap kali ada orang mesej nak berkenalan, aku excited gila. And bila dia dah tak text, aku mula gelisah. Kenapa?? Apa salah aku?? Kenapa dia taknak aku?? Gitu.
Aku mula la subscribe website yang bagi tips pasal relationship ni. How to make him text again la macam2. Aku cari semua tu.
Masalah aku, insecurity tu dah buat aku kabur, tak pandang dah website tu selaras dengan panduan islam ke tak… Sampai la aku terjumpa tips2 pasal di ranjang i.e How to turn man on dll.
Mula2 aku tak tahu mende la istilah t*rn on tu. Bila dah mula baca, mula la triggered nak baca lagi. Sampai la aku terjebak dengan website p*rn.
Nak dijadikan cerita, aku tak addicted dengan p*rn ni. Maybe sebab aku tak rasa benda ni pleasurable sangat sampai mampu buat aku addicted. Aku bersyukur untuk tu.
Tapi masalahnya, benda ni dah buat aku addicted pada benda lain pulak iaitu m*sturbati*n. Dari situlah aku belajar benda m ni.
Aku start exploring myself, buat yang tak sepatutnya. Teruk sangat perbuatan tu. Bila dah rasa pleasure, otak pon rembeskan hormon dopamine, menyebabkan rasa seronok tu terpahat dalam memori. Memori ni lah yang buat aku addicted dengan benda ni.
Lagi teruk bila aku terjumpa dengan beberapa lelaki jahat dari salah satu website tu. Diorang ajak voice call. Aku accept saja, niat nak berkenalan untuk kahwin kan. Rupanya dia start s*xting. Dia sebut sebijik2 apa dia buat, seolah-olah dia ada dengan aku.
Mula-mula aku tergamam, mende dia buat ni. Tapi makin lama dia cakap, aku pun terbabas sekali. Sambil dia mengayat, tangan aku buat kerja. Macam tu lah ia bermula.
Benda ni berlarutan sampai beberapa kali dah dia voice call, sampailah kemuncaknya, dia minta buka camera nak tengok aku. Bila dah addicted benda jahat, otak tak function dah. Baik buruk halal haram tak dapat beza dah. Itulah sebabnya jangan mula buat jahat ni.
Akhirnya aku ikut weh. Bodohnya aku masa tu sebab aku dah buat otak aku bebal, tak waras. Selama ni aku m*sturb*te sorang, malam tu dia jadi penonton.
Bila ingat balik, aku malu sangat. Malu kat Allah, kat malaikat yang nampak apa aku buat. Kat tangan aku sendiri. Apa aku nak jawab kalau dia dakwa aku nanti weh.
Banyak kali aku nak stop. Tiap kali lepas buat tu, aku menyesal sangat. Mesti aku buat solat taubat. Istighfar. Aku janji dengan diri aku, takkan buat lagi. Aku block lelaki tu.
Tapi tak lama lepas tu, aku buat balik. Tangan ni yang gatal pergi unblock lelaki tu dan mula lah balik episod hitam tu.
Aku buntu, apa aku nak buat? Tiap kali aku dah bertaubat, mesti ada ujian baru. Mesti tiba-tiba lelaki tu mesej balik. Mengayat aku macam-macam. Aku tersungkur lagi. Otak dah bengong kan.
Aku pun cuba study macam mana cara bertaubat yang sebenar:
1. Berhenti dari dosa tu.
2. Mesti wujudkan rasa menyesal atas perbuatan tu.
3. Berazam taknak buat lagi.
Tapi bila aku buat, aku still rasa kosong, tak tenang. Waktu baca Quran, baru beberapa ayat aku dah rasa penatnya baca. Solat takyah cakap lah khusyuk ke tak. Sedar2 dah bagi salam saja.
Aku rasa lost sangat.
Sampai satu hari, aku termenung panjang. Kenapa aku boleh jadi macam ni. Aku dah bertaubat, tapi, kenapa?
Aku pun merintih merayu kat Allah. Ya Allah. Aku sangat lemah. Aku dah tak berdaya ya Allah. Engkau saja yang ada kekuatan. Engkau yang Maha Kuat, bagilah aku kekuatan untuk tinggalkan maksiat ni.
Aku merayu sangat ya Allah. Aku dah tak mampu nak tahan nafsu aku. Engkau yang maha Menahan, engkau saja yang mampu tahan nafsu ni untuk aku. Aku serahkan semuanya padamu ya Allah. Aku doa banyak2 macam tu.
Allah tu memang maha mendengar. Dia dengar rintihan aku. Tiba2 aku teringat doa sayyidul istighfar yang aku selalu baca dalam zikir pagi tu. Aku baca dan aku hayati betul2 maknanya.
Dari doa tu baru aku tersedar yang ada benda penting yang aku perlu buat untuk Allah ampunkan dosaku.
1. ADMIT ALLAH TU TUHANKU.
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت
Maksudnya, Dia saja yang mampu keluarkan aku dari masalah aku ni, iaitu terperangkap dalam dosa sendiri. Walau nampak macam mustahil sangat
2. ADMIT YANG AKU NI HAMBA.
خلقتني وأنا عبدك وانا على عهدك ووعدك ما استطعت
Means aku ni lemah, langsung tak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Dia. Tapi walaupun aku lemah, aku tetap akan sedar yang diri aku ni hanya hamba. Aku takkan melampaui batas Ya Allah. Itu janji aku.
3. MINTA PERLINDUNGAN DIA dari segala kejahatan yang aku dah buat.
أعوذبك من شر ما صنعت
Ye, Allah saja yang mampu lindung aku dari jatuh ke lubang tu lagi. Allah saja…
5. AKUI SEGALA NIKMAT DIA…
أبوء لك بنعمتك علي
Maksudnya semua nikmat yang Allah dah bagi, cuba kenang satu2, hadirkan rasa syukur untuk semua tu.
Ya Allah, kau dah bagi aku banyak nikmat, nikmat ada famili yang baik, anggota yang sihat, rezeki yang halal, kereta, rumah tempat berteduh, makanan minuman yang cukup tiap hari, mak ayah yang sentiasa menyayangi dll. Aku bersyukur sangat untuk semua tu Ya Allah.
6. AKUI DOSA AKU..
وأبوء بذنبي
Ye, aku mesti mengaku, aku cuba ingat semua benda jelik yang aku buat, aku senaraikan. Then aku mengaku benda tu semua adalah salah, dan aku mengaku aku yang aku memang dah buat semua tu.
7. MINTA AMPUN sungguh2 atas setiap dosa tu.
فاغفرلي، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
Aku minta sungguh-sungguh. Aku cuba bayangkan the worst thing yang akan jadi kalau aku tak diampunkan. Aku ni jenis sayang gila famili. Aku selalu doa dapat kumpul satu famili dalam syurga firdaus nanti.
So bila aku tengah minta ampun kat Allah masa ni, aku bayangkan semua famili yang aku sayang tengah berkumpul nak masuk syurga, aku nak ikut tapi tiba-tiba aku diseret nak dibawa ke tempat paling buruk tu.
Beriya aku meraung kat famili aku minta tolong. Diorang pun meraung panggil aku. Tapi diorang tak dapat tolong aku. Akku pun meraung minta ampun kat Allah. Itulah scene yang paling tragis aku boleh bayangkan. Wal iyazu billahh min zalik.
Lepas aku dah buat bersungguh-sungguh semua ni, barulah aku rasa tenang. Aku harap Allah ampunkan dosa aku. Harap sangat.
Point penting kat sini, aku tak boleh putus asa. Memang ujian Allah ni berat sangat untuk aku. Tapi, walaupun aku dah langsung tak nampak jalan untuk keluar dari musibah ni, tapi itu bukan sebab untuk aku putus asa dari rahmat Dia.
Aku masih ada Dia untuk tolong aku. Larilah aku ke mana sekalipun untuk cari penyelesaian, tapi takkan aku jumpa semua tu melainkan dengan lari balik ke pangkuan Dia. Hanya Dia yang ada penyelesaian untuk semua ni.
Jadi, apa yang boleh aku ringkaskan, aku, kau, kita semua pasti boleh menang. Yakinlah semua tu. Aku letakkan bawah ni amalan zikir yang pasti dapat membantu, inshaAllah. Yang penting kau tolong la amalkan sekali dengan fahami maksudnya. Biar berbekas di hati.
P/s: siapa nak pahala lebih tolong carikan teks doa/zikir berbaris sekali dengan maksud ye. Aku tak rajin nak mencari, dah penat type.
Thanks in advance.
1. Sayyidul istighfar. Boleh google kelebihannya. Baca pagi dan petang.
اللهم انت ربي لا اله الا انت خلقتني وانا عبدك وانا على عهدك ووعدك ما استطعت. اعوذبك من شر ما صنعت. ايوء لك بنعمتك علي وابوء بذنبي فاغفرلي،
فانه لا يغفر الذنوب الا انت
2. Ayat quran ni 100x sehari.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Maksudnya, cukupla Allah sebaik-baik pelindung.
3. Qunut Nazilah 3x sehari,
Yang ni sambil baca untuk hadapi Z*onis di Palestin tu, niatkan sekali untuk hadapi syaitan-syaitan dan musuh dalam diri tu
Baca dengan hayati maksud sekali.
Lepas aku amalkan, aku perasan yang aku dah tak ada hati sangat nak buat benda tu. Bila lelaki tu mesej berjela-jela mengayat pun, aku dah mampu reply balik kat dia, terangkan kat dia aku taknak buat dah.
Alhamdulillah dia tak ganggu dah aku lepas tu. Aku bersyukur sangat ya Allah.
Aku doa biar semua terlindung dari dosa terkutuk ni dan terus diberi kekuatan untuk lari darinya.
Sekian.
– Lala (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit