Assalamualaikum dan Salam sejahtera reader sekalian. Straight to the point, aku nak story tentang kawan. Maybe orang akan cakap, cliche nya story and maybe ada yang pernah lalui sama macam aku lalui.
Cuma aku nak kongsikan ada point yang aku jadikan pengajaran dan korang pun boleh sama-sama take note. And please sori sebab story agak panjang, so siapkan lah popcorn or jajan yang boleh korang makan sambil layan. Okay, here we go!
Kisahnya bermula, ketika aku menyambung degree di sebuah IPTS. Dan aku pula lebih selesa menginap di hostel sepanjang pengajian kecuali di tahun akhir (akan aku ceritakan kejap lagi).
Sejenis aku, roommate yang hidup dengan aku semuanya aku pilih berlainan course sebab aku tak suka bila ada berlaku kejadian tak diingini di bilik dibawa keluar hingga ke kelas. Sebab pernah jadi dalam persekitaran aku sendiri, dari rapat terus renggang.
So aku memang pegang prinsip, rapatlah macammana pun, bilik ada lah ruang privasi aku. Lagi pun tak berkembang hadap orang yang sama.
Aku punya kawan sekuliah yang sama course, and memang kami ini selalu satu group assignment. Hubungan kami memang baik2 saja, tambahan pulak tak sebilik, cuma berjumpa di kampus atas urusan kelas dan tugasan.
Aku pun selesa sebab tiada urusan peribadi yang mempengaruhi hubungan kami. Cuma yang aku tahu dia ada masalah dengan kawan rapat yang lain tapi aku malas masuk campur. Sekadar dengar luahan dan diam.
Sampailah tahun akhir, yang memerlukan kami untuk intern. Satu semester awal sebelum intern, dia sudah awal lagi ajak untuk intern bersama dengan dia, dan aku pun okay ja sebab yelah last semester kan, why not kita spend time together gitu.
Sumpah, aku memang silap besar masa tu sebab aku abaikan prinsip aku sendiri. Aku excited nak intern walaupun masa tu diuji dengan musim COVID dan PKP.
Jujurnya intern aku sangat mencabar sebabkan perlukan pertemuan secara face to face dengan klien (yup, course yang melibatkan sains sosial kemanusiaan gitu).
Silap besar aku juga adalah aku tidak tahu nak drive, walaupun sudah banyak kali parent aku suruh belajar tapi sebab pernah trauma dengan accident buat aku terus stop drive and selesa lagi berjalan kaki.
Sebab tu aku tak pernah duduk luar kampus, lagi rasa selamat duduk hostel. And dia pula ada transport dan of course boleh drive. Kiranya awal tawaran dia ajak intern tu, memang dia pun on untuk drive sebab dia pun tahu aku memang takut untuk drive.
Sampailah time intern, kami duduk rumah sewa dekat dengan kampus, masa tu alhamdulillah kena WFH ja walaupun kami sepatutnya perlu lapor diri di tempat intern di negeri utara.
So far kami layankan ja WFH walaupun rasa sakit nak hadap sebab kami ada planning dan perlu kejar tugas intern. Risau juga sebab antara syarat untuk lulus intern, tugasan besarnya adalah pertemuan face to face like sesi dengan klien.
Cumanya masih ada tugasan kecil yang dapat diselesaikan dulu iaitu pertemuan online. Struggle weh dengan masa tu SV dah push sebab risau bila dah due kami tak dapat kejar and kena extend.
Aku ni jenis tak banyak bergaul, tapi orang masih kenal aku. So boleh kira berapa ja yang aku kenal dan rapat. Dia pulak memang aktif dan pegang beberapa jawatan di kampus.
Untungnya dia, dia dapat jalankan tugasan besar sikit dengan rakan-rakan sejawatan yang masih menetap di kampus.
Aku okay ja, sebab itu memang rezeki dia. Dan aku pun bukan jenis give up, aku pulun cuba siapkan tugasan kecil dulu sambil tu cari jugak klien yang boleh aku jalankan pertemuan bersemuka.
Pendek cerita, kami masuk lapor diri, and start jalankan tugasan besar tapi tak dapat hasil yang SV inginkan disebabkan keadaan PKP ramai yang WFH ditambah kes tinggi di kawasan tersebut masa tu.
Jadi kami decide balik semula duduk rumah sewa dekat kampus dan SV bantu kami masukkan kami ke sekolah asrama penuh untuk kami dapatkan klien. Bermula lah kami menjadi guru di situ, dia akan drive pergi pagi balik petang.
Begitu rutin kami setiap hari termasuk hari cuti, demi menyiapkan tugasan intern. Setiap kali naik kereta, memang aku hulur duit minyak walaupun dia tolak. Kadang tu aku selit duit kat tepi pintu kereta sebab dia memang tak nak ambil.
Kami masih berborak, makan dan sama-sama usaha siapkan tugasan intern, bertukar pandangan. Memang tiada masalah sepanjang kami jadi rakan sebilik. Sampailah satu hari, dia tiba-tiba dingin.
Aku mula perasan bila dia bagitahu dia nak tukar bilik lain sebabkan alasannya kami perlukan ruang luas untuk simpan fail-fail dokumen intern kami. Kebetulan dalam rumah tu ada lagi dua bilik kosong. Aku pun iyakan saja, sebab untuk keselesaan dia.
Bila esok paginya, nak ke sekolah dia tak bertegur dan cuma terus pergi ke kereta. Aku fikir dia bad mood sebab kan tugasan atau masalah lain, jadi aku diamkan saja dan ikut pergi ke sekolah. Duit masih tak lupa aku hulurkan.
Sampailah kami habis urusan di sekolah, dia cuma bercakap sepatah dua saja. Aku mula pelik. Dan sejak itu setiap pagi dia akan berkelakuan seperti itu. Tiada lagi teguran atau ajakan mesra seperti selalu.
Aku tak adalah kemaruk nak orang pelawa siap bentang red carpet, sebab aku sedar diri aku cuma tumpang tapi aku jadi tak sedap bila dia tak bersuara. Aku cuma tahu dia nak gerak bila dengar pintu biliknya dibuka.
Aku jadi risau juga kenapa dia berubah begitu, aku ada bertanya tapi jawapan dia selalu tak ada apa. Aku terfikir juga dia tak suka aku tumpang ka atau macammana, tapi itu jawapan yang sama dia bagi.
Kalau betul dia tak suka, dia boleh jujur Dan aku pun boleh ja cari alternatif lain sebab aku tak nak dia rasa terbeban.
Macam aku kata, rutin kami pagi hingga petang di sekolah tapi ketika rehat petang, dia bagitahu dia nak ke kampus sebab ada tugasan dengan klien sana and dia minta aku balik sendiri sebab takut dia terlewat dan tak mahu aku tunggu lama.
Aku siap cakap jangan risau dan okay dengan senyuman lega sebab dia mula bercakap dengan aku.
Tapi aku sangka kami baik-baik saja rupanya makin keruh. Dia terus tak bersuara kecuali aku tanyakan soal mahu makan bersama atau SV minta kami bincang mengenai tugasan. Selalunya aku akan pergi ke bilik dia untuk berbincang atau ajak makan bersama.
Sekali tu, selepas beli makanan malam, dan aku bawak masuk bilik aku dahulu makanan kami berdua sebab nak mandi and dia pun bagitahu suruh aku makan dulu, dia mahu ke kampus selepas maghrib.
Selesai mandi, aku lihat makanan dia sudah tiada, aku jadi risau lalu aku terus ke bilik dia dan lihat dia tengah makan.
Aku terkedu jugak, bukan soal eleh biarlah dia nak makan dulu tu pun nak besarkan isu. Aku cuma terkedu dan sentap juga bila aku ingatkan makanan dia aku tertinggal dalam kereta, dan dia cuma respon aku makan dulu, takut tak ada selera bila makan sekali nanti.
Aku pun macam okay ja padahal masa tu nak tahan nangis. Apa yang aku buat sebenarnya sampai dia berubah macamtu.
Aku asyik salahkan diri aku, menangis setiap malam sebab cari jawapan kenapa dia begitu begini. Aku tak pernah kongsi pada sesiapa pun termasuk keluarga sendiri.
Aku pendam sendiri. Aku lihat keadaan diri dan bilik, adakah sebab terlalu semak dengan fail dokumen atau bagaimana.
Aku siap tunjuk keadaan bilik pada rakan ku lain tapi sekadar tunjuk macam konon weh tengok ni bilik aku besar. And dia pun cakap lapang betul bilik tak banyak barang, siap cakap selesa tu nak berguling atas lantai.
Aku buntu sangat, sebab tak cukup tidur, and esok pagi nak fokus tugasan intern. Aku tanyakan lagi dia, aku ada buat salah atau dia tak suka aku tumpang, dia cuma jawab tak ada apa.
Oh ya dia juga cuma bersuara bila nak pinjam iron, dia akan datang ketuk dan bukak pintu bilik sebelum aku respon and kata nak pinjam iron dan terus keluar bilik.
And sekali tu iron dia guna dan disimpan dalam bilik dia, aku nak guna jadi aku ketuk pintu dia bagitahu nak pinjam iron.
Dia tak respon apa-apa, aku fikir dia tak dengar, so aku ulang lagi. Dia tak tidur ya sebab dari luar aku dengar dia tengah nyanyi.
Aku cuba pulas tombol tapi kunci. So aku pun tak apalaa kejap lagi minta iron. Aku pun pergi sidai baju dulu, and that time aku dengar pintu bilik dia dibuka dan dia dah bersiap nak keluar.
Aku senyum dan kata kat dia aku nak ambil iron tau kat bilik dia. Dia cuma cakap ambil jerlah, kenapa nak cakap dengan aku, tanpa toleh Aku pun. Aku macam ermm. Fragile betul aku masa tu.
Aku tahu korang akan marah aku kenapa nak soft sangat. Tapi tulah sepanjang aku duduk sebilik dengan roommate aku kat hostel tak pernah lagi aku menangis sebab kawan. Sumpah, tak pernah!
Again, aku menangis malam tu. Salahkan diri aku yang aku pun tak tahu apa puncanya.
Aku sampai dah give up and aku fikir nak stop study sebab aku fikirkan awalnya tugasan intern yang terlalu berat. Banyak kali cakap dengan ibu aku nak berhenti study tapi ibu suruh bertahan sebab sikit lagi nak habis.
Kemuncaknya, bila SV cadangkan sesiapa yang tak siap lagi tugasan intern untuk cari alternatif tempat intern lain bagi dapatkan lagi banyak klien memandangkan tempoh intern dah nak sampai due, lagi sebulan dua nak tamat lepas cuti sekolah.
Aku pilih untuk stay ja di tempat sama sebab ikutkan jumlah klien yang aku dapat in syaa Allah lebih dari cukup. Tapi ujian lagi bila sekolah itu perlu ditutup disebabkan ada Kes COVID yang berlaku disitu. Aku pun mula ajak berbincang dengan dia soal penempatan baru.
Belum sempat nak berbincang, dia bagitahu dia akan pindah ke tempat intern lain ikut kawan lain dan dia tekankan ayat yang dia akan stay sana. Aku macam terkejut jugak tapi aku tahankan reaksi muka dan respon wahh steadylah, pantas bertindak.
Aku puji tindakan pantas dia sebab dia memang berazam nak habiskan intern cepat. Dia pulak cuma balas, kau carilah tempat intern kat sini sebab ada Kawan ni tengah cari partner cuma kau kena ada transport lah.
Aku pun okay, walaupun nak melalak dah masa tu. Bukan sedih sebab tak boleh berdikari, sebelum nie memang aku hidup sendiri cuma terkilan beria ajak intern bersama, sekurangnya bincang dulu bukan tinggal begitu saja.
Tapi apakan daya aku sedar aku tumpang so aku terus call parent bagitahu balik cuti aku nak drive sebab aku akan berulang alik ke tempat intern dari rumah keluargaku.
Aku pun packing barang sikit untuk dibawa ke rumah, sebelum aku balik, aku siap tulis surat meminta maaf dan ucapkan terima kasih sebab banyak membantu aku terutama dari pengangkutan dan aku juga selitkan duit dalam surat lalu aku letakkan di bawah pintu bilik dia.
Aku tak pasti dia baca atau tidak, aku pun balik tanpa berjumpa dia sebab dia keluar jalan ketika itu.
Selepas dari itu aku cuba juga chat dia tapi hanya bluetick dan slowly aku stop contact dia. Cuma aku boleh cakap aku mula start fokus betul-betul untuk intern bila aku duduk di rumah. Aku kejar balik semangat aku untuk tamatkan intern. Dia?
Aku tidak tahu bagaimana proses yang dia lalui, cuma setiap kali meeting dengan SV dalam talian aku lihat dia baik-baik saja. Aku masih tidak tahu apa salahku jadi aku beranggapan dia marah aku sebab selalu tumpang dia untuk ke tempat intern dan dia rasa terbeban.
Jujur aku cakap, aku bukan kaki jalan nak merayap minta dia bawak aku ke sana sini, nak makan pun kalau malas masak aku akan order grab. Kalau dia ajak teman baru aku ikut tu pun tak selalu, sebab aku jenis memerap dalam rumah.
Bila aku duduk rumah sendiri, baru aku story dengan roommate aku yang paling aku rapat ketika stay di hostel. Teruk aku menangis masa tu sebab aku rasa mental sangat bila duduk rumah sewa dengan orang macamtu.
Rasa di torture yang sangat dalam sampai tak selera nak makan, tak tidur setiap malam and kerja menangis salahkan diri sendiri.
Roommate aku sangat marah masa tu sebab dia sendiri cakap aku tak pernah menangis sebab kawan bila duduk hostel dan dialah banyak brainwash aku untuk tak salahkan diri sendiri.
Bila aku bagitahu sekarang aku tenang duduk dalam bilik di rumah aku sendiri and aku boleh fokus intern aku, dia cakap sebab aku dah keluar dari circle yang toksik. Aku sentak weh sebab aku rasa macam sangatlah betul apa dia cakap.
Dia ajar aku untuk tidak downgrade diri aku, and just fokus pada apa yang perlu aku fokus. Dia juga cakap aku sudah berusaha perbaiki keadaan, dia yang pilih untuk toksik so biarkan dia, dan aku pun boleh pilih jalan aku.
Sumpah, aku kena sental betul masa nie, dan aku mula start fikirkan diri sendiri, perasaan sendiri.
Sampailah kami tamat intern dengan jayanya, aku mahu ambil barang yang aku tinggalkan di rumah sewa. Aku perasan ada kereta dia di garaj, aku excited nak tegur dia,
Dan bila aku bagi salam dan masuk, dia yang sedang berdiri di ruang tamu hanya diam dan terus duduk bermain phone.
Aku pun terus masuk bilik aku untuk ambil barang dan aku terdengar pintu lain dihempas kuat. Aku terkejut dan baru aku tahu pintu bilik dia yang dihempas. Selesai aku masukkan barang dalam kereta, aku ketuk pintu bilik dia untuk bersalam kali terakhir tapi tidak dibalas.
Aku tahu dia dengar sebab suara dia tengah bercakap dalam Telefon sangat kuat dan jelas boleh didengar dari luar. Aku bagitahu yang aku nak balik nie and aku minta maaf. Masih tidak dibuka pintu. Sedar yang aku cuma mengemis, aku pun balik.
Anehnya, kali nie tidak lagi aku menangis walaupun rasa macam hinanya aku dilayan begitu. Tiada lagi aku nak salahkan diri seperti sebelum ini.
Aku rasa lapang selapangnya sebab aku tahu aku dah cuba untuk berbaik sehingga saat akhir aku keluar dari rumah itu, aku masih berusaha untuk berbaik.
Aku meminta maaf untuk salah yang aku tidak tahu sehingga hari ini saat akhir aku keluar, depan pintu bilik dia. Dan aku maafkan dia ketika itu, kerana aku tahu dia mungkin tidak sengaja disebabkan ada yang aku buat dia terasa lalu berjauh hati dengan aku.
Secara rasminya, hubungan kami yang awalnya baik belaka sebelum intern menjadi titik hitam yang tragis dalam hidup aku. Aku tak pernah buang dia, tapi aku syukur dia sendiri menjauhkan diri dari aku.
Tipu tak sedih dan terluka, tapi biarlah. Mungkin keadaan lebih baik bila kami tidak berhubung. Aku sekarang more happy dengan life aku sekarang, tanpa keadaan toksik dan sekarang lebih self loving gitu.
Baru aku sedar yang aku nak quit study bukan sebab tugasan intern yang berat, tapi keadaan sekeliling aku yang memaksa aku untuk berhenti dan duduk rumah saja.
Alhamdulillah hikmah besar juga bila jadi keadaan begini, aku berani untuk cabar diri drive semula dan sekarang dah berani menjadi pemandu yang boleh pergi jalan jauh lagi.
Paling penting aku mula care diri sendiri dan tak perlu sampai nak blame diri sendiri sampai jejaskan kesihatan diri.
So for you guys, yang lalui apa aku lalui mohon undur diri bila sedar kau ada dalam circle toksik macamtu. Orang yang toksik akan tetap play victim Dan akan manipulate kita sampai lah kita rasa kita terpaling jahat dan bermasalah.
Kau akan rasa down sentiasa, and tak nak keruhkan keadaan, kau sanggup jaga hati dia sampai terlalu berhati-hati dalam apa jua tindakan atau percakapan tak nak bagi dia terluka padahal diri kau dah koyak rabak.
Trust me, sebelum kau dimainkan better kau keluar dari permainan orang yang macamnie. Kau deserve untuk dapatkan life yang lebih baik,
Dan sebenarnya kau boleh hidup tanpa orang macamtu. Gerak sebelum keadaan melarat. Kita yang pilih kita. Baik yang kita pilih, baiklah keadaan diri kita. Begitulah sebaliknya.
Maaf sebab terlalu panjang. Harap sama-sama dapat pelajaran dan kita belajar untuk sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain.
Dia pun sayang diri dia, takkan kita tak sayang diri sendiri.
Jangan jadikan diri itu sebagai pilihan sebab diri sendiri adalah keutamaan untuk kau.
From me to myself.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit