Biasanya kita suka atau rindu dekat orang bukan sebab diri dia. Bukan sebab hidung dia mata dia ke apa. Tapi sebab apa yang dia buat kita rasa dan percaya.
Ok, aku ambik contoh aku sendiri waktu dulu. Sebelum ni aku ada satu kepercayaan bahawa semua perempuan cantik jahat.
Aku pun tak tahu, mungkin movie dan filem dah tinggalkan imprint kepercayaan ni pada aku. Sampai satu tahap aku jumpa sorang ni dia cantik, dan dia sangat baik, dan dia suka aku. Cukup lengkap la kan.
Tahap baik dia tu memang selfless. Jadi semua semua tu buat aku rasa dia unik dan special sebab dia ubah view aku. Ubah perspektif aku yang lama kepada yang baru.
Lama² kepercayaan yang berubah tadi tu buat aku jadi taksub. Dari percaya “yang perempuan cantik lain pun baik jugak”, pelan² jadi “eh tak, dia sorang je perempuan cantik yang baik, orang lain tak, sebab tu dia special”
Otak aku yang mula idealize dia, idolize dia. Bila kita fikir macam ni maksudnya kita dah kalah. Kalah sebab dia yang in control. Kalah sebab dia yang bina naratif tu dalam kepala kita.
Dia tanam masa kita lemah. Dia tanam dengan bisikan² dia “Luqman, you memang takkan boleh lupa I sebab you takkan jumpa perempuan macam I lagi dah lepas ni”
Dan atas sebab keadaan tak mengizinkan kita tak boleh teruskan hubungan, tapi kepercayaan² yang otak aku sendiri bina tu buat aku susah nak move on.
Aku akan selalu rasa dia sorang je yang terbaik, orang lain tak. Masa ni otak, hati akan berbalah². Jadi, hati aku tutup terus dari tengok orang lain sebab tengah ghairah dengan ilusi tu.
Ilusi dia tu ialah candu yang buat aku leka dalam fantasi². Takut nak keluar dari ‘comfort zone’. Perangai orang yang taknak berhenti hisap dadah.
Orang hisap dadah ni dia fikir, “kalau aku berhenti mesti hidup aku jahanam”, padahal dadah tu yang buat dia jahanam.
So hati dah tertutup, otak pun dah khayal. Tapi hakikatnya rindu orang yang bukan milik kita ni sgt meruntun jiwa.
Gelisah, murung, tertekan. Semua ni jahanamkan bani Adam. Berapa ramai orang tak produktif hanya semata² benda ni.
Dekat sini aku cuba selamatkan diri dengan faham cara syaitan buat kerja. Apa objektif dia. Apa fokus dia. Matlamat dia takde lain nak jahanamkan bani adam. Ha, dekat situ dah jumpa root cause dia.
Sebenarnya apa yang kita rasa ni semuanya boleh dibentuk. Contoh, pendosa dia akan terus rasa dia pendosa, dia tak ada pride langsung dengan diri dia.
Bila dia asyik percaya diri dia pendosa, maka dia akan kekal buat dosa la. Sebab apa? Sebab otak dia register dia pendosa. Apa yang bentuk otak? Lisan, bisikan². Bisikan syaitan, bisikan kawan²
Syaitan akan pastikan kita bawa identiti lama kita. Bagi kita rasa ragu² untuk buang diri lama kita. Selesa dengan identiti lama. Padahal buang sifat lama ni biasa je. Sebab tu islam tekankan konsep hijrah.
Allah janji dalam surah An-Nisa ayat 100. Mafhumnya “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan dapat bumi allah yang luas dan rezeki yang banyak…” janji Allah itu benar.
Kan Allah kata syaitan ada dalam kalangan jin dan manusia (Surah Annas). Jadi kawan² kita yang bisik benda² negatif, ragu² pada diri, tu semua syaitan tu. Musuh nyata tu, jauhkan. Kawan dengan orang² baik² je lain kali.
“Alah kau bukan jenis boleh berhenti minum arak pun, ko ni acah² pulak nak berhenti”
“Ko nak solat? Weh, apa yang ko tau pasal solat, niat pun tak reti baca, alfatihah pun salah tajwid, ko tak payah acah nak solat la, tuhan pun tak terima la solat pendosa macam kau ni”
Dia rasa macam dia ikut perasaan dia, dia ingat dia sedang fokus jadi identiti dia iaitu pendosa. Padahal apa yang dia ikut ialah bisikan syaitan. Akhirnya syaitanlah menang.
Rupanya selama ni aku duk layan bisikan syaitan.
Jadi bila aku sedar, aku terus reframe apa yang otak aku fikir. Aku tengok gambar dia, aku tengok gambar orang lain. Aku dapat rasa la, bukan lawa sangat pun, ni lagi lawa.
Aku pun fikir balik saat² kurang baik yang dia buat pada aku. Ha ah kan, bukannya baik pun.
Aku pulak tengok diri dia as a whole. Aku pegang yang manusia ni tak perfect. Then aku rasa,
“Eh banyak nye lah kekurangan. Dia tak boleh kalau terkejut² kita buat prank ke apa dia jadi marah. Dia tak boleh tu, dia tak boleh ni. Dia tak faham tu dia tak faham ni.”
Makin lama rasa unik, rasa special tu pudar, hilang dengan sendiri aku tak tahu pun bila pudar. Kunci dia ialah nak lawan bisikan² syaitan.
Jadi, dari ikut apa syaitan bisik. Aku dengar apa yang aku bisik sendiri pulak.
Punca kepada segala mekanisma ni diinspirasikan oleh Mufti Menk. Dia kata ada kawan dia nak berhenti hisap rokok. Lepas tu dia ajar, tiap kali nak hisap rokok, ambik wuduk solat 2 rakaat.
Kawan dia buat la. Awal² tu banyak kalah, tapi dia tetap solat 2 rakaat tu. Lama lama boleh kurang rokok secara signifikan. Dia tanya la kenapa benda ni efektif.
Jelas dia, syaitan ni memang nak suruh kita hisap rokok. Tapi solat tu dia tak suka. Lama² bila dia tengok tiap kali bisik rokok je terus solat, seolah² macam dia bisik kita suruh solat pulak, so kalah la dia.
Ooo gitu, jadi syaitan ni pun ada perang saraf dia sendiri jugak. Jadi cakap yang baik² pada diri. Jangan percaya benda negatif yang syaitan kata pasal diri kita. Kita beritahu semula.
– Luke (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya nak komen sikit bab rupa paras dan jahat baik ni. Bila kita berdepan dengan yang menulis begini satu perkara perlu kita tanya, berapa ramai yang mereka kenal yang memang cantik rupawan atau sungguh handsome begitu. Kerana ‘bias’ macam ni selalu berlaku kerana tidak kenal.
Mereka yang ada pemikiran begini, mereka fikir secara ‘black and white’ tiada pertengahan.
Maksudnya nak kata manusia ni sebenarnya mereka semua ada positif dan negatif ‘trait’ mereka yang juga dipengaruhi kejadian yang berlaku disekeliling mereka, latar belakang, cara membesar, apa dilihat dan sebagainya. Sifat manusia juga tidak rigid, boleh berubah dengan bimbingan.
Ada juga manusia berada di dalam keadaan wrong place wrong time dan nasib malang menimpa mereka. Seperti orang handsome dan baik kemalangan akibat kecuaian orang lain.
Untuk yang berdepan hal begini, kita perlu beri mereka peluang untuk desensitize bila berdepan dengan fikiran begini (Cantik/handsome=jahat).
Maksudnya, kena beri lihat kehidupan sebenar seorang individu itu. Pernah kan baca cerita eh kanak-kanak lelaki ni membesar jadi seorang yang disukai, tak sangka semasa kecil perit kehidupan mereka atau orang cantik juga struggle nak score exam.
Hal-hal begitu yang lebih ‘memanusiakan’ seorang individu lebih daripada rupa paras sahaja. Sebab kalau tidak buat begini, orang handsome yang baik pun akan dikata jahat dan orang cantik yang tidak buat apa-apa pun dikata jahat. Kita tidak boleh ‘be blind’ kepada perkara positif yang mereka lakukan kerana itu tidak adil.
Kita juga tidak boleh mereka-reka apa yang tidak dilakukan kerana itu sememangnya tidak benar. Dan itu hanya mendatangkan dosa kepada kita bila kita katakan.
Apapun kecantikan itu subjektif dan kita tidak boleh mencela kejadian Allah SWT. Tiada keperluan mengaitkan orang handsome/cantik itu sebagai bila kita ingat mereka itu kerana syaitan atau tidaklah handsome/cantik sangat ke apa ke sebab kalau begini orang akan fed up sebab kenapa pula mereka nak kena dikata begini sebab bukan mereka minta pun nak lahir dengan rupa paras macam tu. Ada yang diri sendiri tidak rasa mereka handsome atau cantik pun.
Kalau ini berlaku ditempat kerja, boleh ke kita tidakkan pencapaian seseorang based on KPI misalnya hanya kerana dia handsome, dan dari pemikiran ‘bias’ kita, orang handsome ni jahat. Semestinya orang lain akan fed up kerana kenapa pula perkara begini terjadi kepada mereka.