Kita Cantik Dimata Yang Tepat

Aku nak kongsi satu luahan hati. Aku tahu mungkin ada sesetengah yang merasai pengalaman seperti aku, tak semua tapi pasti ada segelintir.

Alkisahnya, aku seorang gadis biasa, berumur awal 20-an, nak kata cantik sangat tidaklah, tapi manis tu masih ada, kulit tidak putih tidak tan juga, cerah jugak lah. Kulit ade jerawat sikit-sikit, biasalah aku manusia bukan alien kan?

Tapi aku sering dipandang rendah, dijadikan bahan gurauan tidak bertempat hanya kerana fizikal aku.

Mungkin dengan perwatakan aku yang agak pendiam, gelabah dan sebagainya, aku sering menjadi senda gurauan. Perkara ni sudah aku lalui semenjak zaman sekolah lagi.

Tapi waktu ini aku tak heran sebab aku memang mengaku agak comot dan selekeh. Tapi apabila sudah makin meningkat remaja ni, seri di wajah semakin terserlah.

Tapi masih lagi aku diejek, direndahkan dan sebagainya lah. Aku pernah dihina kerana rupaku, penampilanku ditertawa oleh kaum hawa sendiri tidak pada kaum lelaki.

Aku sendiri hairan mengapa kaum wanita menjatuhkan wanita yang lainnya. Sungguh busuk hati, kalau yang mengata tu muka spec bidadari tidak mengapa, ini jauh lebih comot dari aku.

Kejamnya kata-kata sehingga menjadi tajam seperti tusukan pedang. Zaman remajaku menjadi trauma, tiada kawan, tiada istilah keluar bersama, tiada kenangan.

Aku sempat berangan mempunyai sahabat, yang menerima sisi baik atau burukku, lalui zaman remaja seperti orang lain, ada gambar selfie bersama, di “expose” di social media, tetapi semua hanyalah angan-angan.

Aku kerap menjauhkan diri, aku menjadi pemalu dan kurang keyakinan diri.

Aku tidak mampu untuk menyerlah. Sehingga ramai yang tidak menyadari kewujudanku.

Tapi aku ada juga peminat dari kalangan lelaki, ada juga nota cinta dan coklat hehe, macam yang aku cakaplah, manis ayu tu masih ada, mungkin kaum hawa sahaja yang dengki, haha.

Maka dari itu aku cuba mengubah penampilan diri, merawat muka supaya aku diterima dikhalayak umum.

Tujuan aku bukan untuk nampak cantik atau menggoda, cukup supaya mereka menerima diriku seadanya.

Pada aku, kalau aku cantik seperti definisi cantik yang mereka maksudkan, mereka senang berkawan dengan aku, tapi aku silap.

Tingkah dan kata-kata mereka masih berbaur hinaan dan kejian. Yang dianggap cantik sahaja yang dipandang dan disanjung, Yang dianggap cantik sahaja yang didekati.

Apakah Nasib diriku yang sederhana ini, diketepikan dari tiap segi. Dihancurkan dengan kata-kata sehingga hilang rasa bersyukur dalam diri.

Aku cukup stress memikirkan perkara ni, emosi aku selalu terganggu. Kerap juga menangis menahan kata-kata dan hinaan orang sekeliling.

Menangis di hadapan cermin aku lah juara. Cukuplah diri sendiri yang memujuk hati.

Pernah merasa putus asa kerana kecewa dengan sikap manusia. Bukan mahu ambil hati sangat, tapi kata-kata tu cukup mengguris hati bagai disiat-siat.

Paling sakit apabila keluarga sendiri yang mentertawakan kekurangan diri tanpa rasa simpati.

Tiada sokongan mahupun semangat, sebaliknya hinaan yang membuat diri ini terasa semakin kerdill sehingga aku sempat berfikir aku tidak punyai sesiapa di dunia kejam ini.

Kini aku sudah bekerja, sudah tinggalkan zaman yang tidak indah dalam kamus hidup aku. Aku cuba menjadi diriku dengan versi yang lebih baik.

Aku dapat merasa penerimaan orang terhadap diriku.

Aku cuba menerima bahagian perit yang tuhan selitkan dalam perjalanan hidupku menjadikan aku lebih yakin dan berani hadapi ujian yang mendatang.

Sebenarnya, untuk lebih yakin bukan sahaja dari diri sendiri, orang sekeliling juga memainkan peranan, carilah circle yang positif supaya kesihatan mental kita terjaga.

Cantik memang beauty privilege yang tidak dapat kita sangkal, Cuma cantik adalah subjektif, terlalu banyak definisi cantik yang berbeza bagi setiap manusia.

Buat wanita diluar sana yang masih obses untuk menjadi cantik, ubahlah persepsi. Kita cantik di mata yang tepat.

Doakan aku, aku akan bertunang hujung bulan ini dengan si dia yang menganggap aku Istimewa.

– Sofya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kita cantik di mata org yg tepat🥺 tq sis utk semangat.. btw selamat bertunang,semoga bahagia kekal smpai syurga💙 doakan sy jgk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *