Kita dan Mereka

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita ni. Dan terima kasih kepada yang sudi membaca.

Okay straight to the point, pernah tak dengar peribahasa melayu, “to put yourself in someone else’s shoes”?

Jadi pernahkah anda sendiri letakkan diri anda dalam kasut orang lain?

Mari saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya berada dalam lingkungan beberapa jenis golongan berbeza.

Yang pertama, golongan ada-ada. Bukanlah ada-ada yang berketurunan bangsawan ataupun anak tan sri. Tapi saya pernah bekerja di sebuah multinational company, gaji ribu riban, dan rata-ratanya bawak kereta buatan luar negara. Jadi, ada apa dengan golongan ada-ada ni?

Tentulah mereka lebih berwang. Walaubagaimanapun, taraf hidup mereka di bandar KL ni masih dikira sederhana (gaji antara RM3000-RM5000). Berada dalam golongan ini tidak dinafikan sudah terasa mewah bagi saya. Tapi tetap di penghujung bulan masih sesak menghitung hari gaji seterusnya (betullah, lebih besar periuk lebih banyak keraknya). Belum lagi ditambah rungutan-rungutan tentang beban kerja melampau dan juga overtime sini sana.

Tak terkecuali saya. Sehinggalah saya resign, dan disebabkan kesukaran mendapat kerja baru pada zaman ni, ended up saya dapat kerja di satu syarikat kecil.

360 degrees changes. Bermulalah rutin hidup saya dalam golongan miskin bandar (gaji bawah RM2000).

Lain pula halnya dalam lingkungan ni. Kadang-kadang saya terfikir boleh ke hidup dengan gaji sedikit? Dengan nak bayar rumah, kereta dan belanja harian lagi. Dan mendengar luahan rakan-rakan sekerja, rasa simpati juga.

Sebab walaupun beban kerja mungkin kurang dari golongan ada-ada (seriously work-life balance game is strong here), tapi tidak dinafikan tengah bulan je mesti dah mula sesak dompet.

Memang gaji bawah RM 2000 boleh hidup, tapi banyak benda perlu dikorbankan. Memang gaji lebih RM3000 lebih berbaloi, tapi kita masih rasa tak cukup.

Kenapa?

Lama saya berfikir. Sampailah saya sedar, kita semua ni sama sahaja. Sama walau tak serupa. Apa yang kita ada, orang lain mungkin takde. Begitu juga apa yang orang lain ada, kita mungkin takde. Berada dalam dua golongan berbeza ni membuatkan saya nampak persamaan dalam perbezaan.

Rungutan masih ada walaupun berbeza cerita. Kesesakan wang masih sama walaupun berbeza gaji. Ternyata, kita semua sama. Jadi sebelum kita nak mendabik dada siapa antara kita yang lebih hebat/lebih susah antara semua, sebelum kita nak tayang kesusahan/kekayaan kita, sama-sama kita letakkan diri kita dalam kasut orang lain.

Sebab ternyata, kasut tetap kasut. Walau berbeza tapi fungsinya tetap sama. Seperti itu jugalah dengan hidup. Walau berbeza tapi ujiannya tetap ada.

Tiada siapa lebih, tiada siapa kurang, kita semua sama di sisiNya. Jalani hidup tanpa putus percaya akan qada’ dan qadrNya.

Semoga memberi manfaat. Sekian, terima kasih.

– K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit