Kita dan Soalan Orang

Assalammualaiikum admin.

Bolehkah saya mencuri sedikit ruang disini bagi meluah tentang beberapa pekara yang bakal terjadi sempena lebaran nanti? Hal ini remeh sahaja. Tetapi hal ini lah yang meremuk redamkan banyak jiwa. Saya pernah melalui beberapa sistuasi dan mungkin ramai lagi yang turut mengalaminya.

Sisituasi 1 : Bila nak kahwin? Tak nak kahwin ke? Rugi kahwin lambat.

Sebagai manusia normal rata-rata manusia ingin berkahwin dan memulakan kerluarga sendiri. Sangat kecil jumlah manusia yang memang tidak mahu berkahwin atas muka bumi biar apapun warna kulitnya,bangsa dan kerakyatan mahupun dari ceruk mana datangnya. Jadi jangan soal individu yang tidak berkahwin terutamanya yang masih tidak memiliki calon dengan soalan “bila nak kahwin”. Ada sesetengah individu yang bercinta bertahun tapi tetap tiada jodoh. Ada yang merata mencari cinta rupanya jodoh sudah lama duduk depan mata. Begitu lah jodoh itu rahsia Allah. Bila datangnya waktu akad itu berlaku ia akan berlaku juga, cuma persoalan lambat atau cepat itu yang manusia tidak tahu..jd jangan la disoal. Dan tiada siapa pulak yang mahukan kerugian. Siapa yang tidak mahu untung? Yang bertanya ni Jangan ingat anda je yang tau untung rugi, dan orang lain tak tahu dan dan orang pula saje saje nak rugi. Baik juga anda tanya bila nak mati sebab mati itu pasti.

Sistuasi 2 :
Bila nak ada anak ni? Bila nak beranak ni? Tak mau anak ke. Beranak lambat rugi. Beranak lambat susah.

Tau kah anda yang bertanya, kebarangkalian jumlah peratusan pasangan yang mahukan anak dengan kadar segera selepas berkahwin ni mungkin 99%. Siapa yang tak mahu zuriat dengan kadar segera setelah sah menjadi suami isteri. Perihal rezeki anak ini sama jugak dengan jodoh. Ada manusia lambat dan ada manusia cepat. Ini semua urusan Allah. Jangan kejam sangat bila mengeluarkan soalan. Apatah lagi bila soalan itu di tuju kepada pasangan yang telah lama berkahwin.

Tak mau anak ke? Pasti la mahu. Lain la kalau individu tu pernah bagitahu yang dia tidak mahukan anak. Dan untuk penyataan anda “beranak lambat ni rugi”…”Beranak lambat nanti susah”.Adakah anda tau yang tiada siapa yang sukakan kerugian? Dan tiada siapa juga yang sukakan kesusahan. Suka saya ingatkan, jika anda mudah lekat atau mudah hamil.. jangan mendera orang lain yang sukar untuk hamil dengan soalan mengenai zuriat bila lebaran nanti. Hanya kerana mereka tidak mencanang usaha mereka untuk mendapatkan zuriat bukan bermakna mereka tidak mahukan zuriat. Perlukah individu yang sukar untuk hamil ini buat sidang media atau update status setiap masa untuk memaklumkan setiap usaha mereka? Rezeki hamil dan jodoh ini rahsia Allah SWT. Mati itu lebih pasti dengan setiap manusia berbanding jodoh dan zuriat. Hanya jika rezeki anda lebih baik dalam dua hal ini jangan ingat orang yang belum diberi rezeki dalam dua hal ini tidak mahu apa yang anda telah lalui.

Jika mendapat anak itu semudah membeli barang di tesco atau boleh kita perolehi dengan hanya satu click di on9 shopping umpama memesan barang di zalora atau lazada rasanya setahun dua kali pasangan yang tiada anak ini ingin beranak. Awal tahun sekali hujung tahun sekali. Tapi sebab ini semua rahsia Allah maka jalan terbaik hanya dengan rheda dan doa. Maka jangan lah anda buat sesiapa yang dalam sistuasi ini berduka dengan soalan dan pendapat anda. Lebih baik anda doakan mereka supaya cepat dikurniakan cahaya mata dari bertanya soalan yang boleh mengguris rasa.

Sistuasi 3 :
Bila nak beli rumah ni? Nanti dah tua nak duduk mana?

Dalam zaman ekonomi dan eko no money yang tak menentu ni…jangan juga lontar soalan begini. Terutama jika anda mendapat rumah harta terpijak atau senang cerita rumah warisan yang diberi atau dibelikan oleh ibu bapa anda atau mertua anda untuk anda dan pasangan.

Ramai yang mahu memiliki rumah sendiri tetapi belum berkemampuan. Jadi jika anda dah memilikinya jangan mendabik dada. Dan jangan juga kata nanti dah tua nak duduk mana tak kan nak menyewa. Orang yang anda tanya mungkin belum mampu dan tidak selancar anda rezekinya untuk memiliki rumah sendiri. Dan sepekara lagi pasti jangan anda canang di merata merata juga si polan itu sipolan ini tak beli rumah nanti nak tinggal mana. Hormat la maruah sipolan itu si polan ini yang anda canang ceritanya kesana kemari dengan topik duduk menyewa tidak mahu membeli rumah apa lagi jika anda dapat rumah warisan pusaka atau rumah yang dibeli kan oleh ibu bapa atau mertua anda sebagai hadiah. Mungkin nanti apa yang anda cerita sampai ketelinga individu tersebut.

Sistuasi 4 :
Anak awak pandai apa?
Anak saya pandai ni.
Anak awak exam macam mana? Anak saya macam ni.

Masalah perbandingan anak2. Jangan bandingkan anak orang dengan anak anda. Sama ada anak anda dah pndai berjalan..anak anda putih ..anak anda pandai dalam pembelajaran secara berlebih hingga membuat orang berasa kurang selesa mendengar cerita anda. Apa lagi kalau org yg anda buat perbandingan itu memiliki anak yang belum menguasi kemahiran yg anak anda kuasai. Atau tidak sebijak anak anda.

Jadi kesimpulan nya.
Jaga lah hati orang lain juga.Cuba lah menghindari hal2 yang tidak patut ditanya atau tidak sepatutnya dijadikan topik untuk memulakan perbualan apatah lagi untuk digurau sendakan mahu pun dijaja jaja kesana kemari akan perihal kekurangan orang lain.

Ingat …… !

Rezeki manusia ni berbeza. Jangan kerana mulut, di lebaran nanti ada hati yang berduka kerana soalan2 anda. Jika anda jenis yang suka bertanya soalan begini, Berhentilah dari jadikan kebiasaan. Hormatilah perasaan orang lain.

Ingat bukan anda je tahu mengenai untung rugi. Dan bukan anda sahaja yang mahukan kejayaan baik dari segi kejayaan anak2 atau pemilikan harta, Orang lain pun tahu juga.

Apapun maaf saya pinta atas keceluparan coretan saya. Semoga memberi pedoman buat saya dan juga semua yang telah membaca. Selamat berpuasa kepada para pembaca dan selamat menyambut lebaran.

Salam mesra !

– Bonda Cempaka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit