Kita Hamba “Mereka”

Assalamualaikum w.b.t. Jam 1.47 pagi. Nama Adib (bukan nama penuh). Nak confess atau nak ceramah ke apa saya pun tak pasti. Cuma nak berikan pendapat serta pandangan saya mengenai masalah-masalah yang dikongsikan di IIUMC ni. Kalau tak faham, ulang sampai hadam.

Perasan tak, kebanyakkan masalah atau cerita yang dikongsikan oleh mereka ini terdapat hampir 1 persamaan? Masalah yang menyebabkan timbulnya masalah yang lain. Tau apa persamaannya? Mereka menghadapi masalah kewangan. Atau lebih mudah nak faham lagi, masalah duit. Ya, bermula dengan masalah duit maka timbullah masalah-masalah yang lain. Mesti korang baru perasan, kan?

Kebiasaannya, orang yang mempunyai pendapatan yang rendah atau tidak berkemampuan, sudah tentu ada masalah untuk menjalani kehidupan seharian mereka namun ada juga orang yang dari segi kewangannya sudah stabil a.k.a dah selesa katanya pun masih menghadapi masalah yang sama, i.e isteri nak tambah pendapatan. Hairan kan kenapa duit memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang pada hari ini. Sebab apa? Haa, ni nak story sikit kenapa.

Pertama sekali kita kena tahu siapa yang cipta duit ni. Siapa tahu sila angkat tangan. Okay, saya tak nampak ada orang angkat tangan. Baiklah, saya cerita. Duit ni dicipta oleh “mereka” untuk kegunaan manusia dalam aktiviti seharian sebagai nilai tukaran barangan mahupun perkhidmatan. Sebelum duit dicipta, kita guna sistem dinar dan emas tapi “mereka” hapuskan sistem tersebut dengan mewujudkan duit atau wang. Dengan duit, “mereka” boleh mengawal manusia seluruh dunia. Ya, seluruh dunia tunduk menyembah “mereka” termasuk kita tanpa disedari.

Kenapa saya katakan sebegitu? Sebab kita “diajar” untuk berkerah tenaga mencari duit untuk sesuap nasi atau membeli pakaian dan sebagainya. Kita anggap duit adalah segala-galanya. Kita sanggup melakukan apa sahaja kerana duit. Saya berbohong? Tengoklah di dada akhbar sekarang ni, skandal apa yang sedang hangat disiarkan? Skandal yang melibatkan duit. Manusia menjadi buta kerana duit, hilang pertimbangan kerana duit, pecah amanah kerana duit, dan banyak lagi. Sedih.

Ya, itulah tujuan “mereka” mencipta duit sebagai sistem pertukaran barang. “Mereka” mahu manusia hancur kerana duit, rosak kerana duit, lupa Tuhan kerana duit. Dan yang paling membimbangkan, kita sebagai umat Islam lupa kepada Allah kerana duit. Kita menganggap duit adalah segala-galanya sehingga kita sanggup mengerah tenaga dan masa, bekerja siang dan malam sehingga terlupa untuk melakukan kewajipan kita sebagai hamba Allah, malah kita lebih rela menjadi hamba “mereka” dengan mencari duit.

Masa kita dihabiskan dengan memikirkan pasal duit. Bangun tidur fikir duit, keluar rumah cari duit , balik rumah fikir duit, dah nak tidur pun masih fikir tentang duit. Sampai takde masa kita peruntukkan untuk Allah S.W.T. Sampai kita lupa siapa yang menciptakan kita, hingga kita lupa siapa yang beri kita kekuatan tenaga kepada kita untuk bekerja, sedang kita lupa siapa yang memberikan rezeki dan segala nikmat sekalian alam. Kita lupa, kita lupa dan kita lupa. Misi “mereka” tercapai andai ini yang berlaku pada kita.

Tak cukup dengan sistem duit yang “mereka” cipta untuk memusnahkan manusia, lebih-lebih lagi umat Islam, “mereka” tambah lagi dengan 1 sistem yang membuatkan kita terikat dengan “mereka” dan terus-menerus menyembah “mereka”. Hidup dan mati kita hanya untuk “mereka”. Sedang dalam solat kita berjanji ‘sesungguhnya hidupku dan matiku hanya untuk Allah’ tapi apa yang kita lakukan adalah bertentangan dengan apa yang kita lafazkan. Sistem apakah yang saya maksudkan ini? Haa, sambung nanti la, dah ngantok, mahu tidur. Kalau ada 3 komen yang mahu saya sambung, InsyaaAllah saya sambung.

Siapa yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan, baca semula sampai boleh hadam, jangan terus kecam. Orang yang suka kecam ni IQ dia rendah, jadi kalau terjumpa orang-orang macam ni, mohon simpati dengan mereka. Mereka ni malas berfikir dan bertanya, sebab tu mereka suka mengecam.

Pada Admin, kalau rasa apa yang saya luahkan atau kongsikan ini baik untuk umat manusia khususnya umat Islam, sebarkan lah. Jadikan lah IIUMC salah satu saluran dakwah buat kita umat akhir zaman, bukan saluran cari jodoh. Sekian, Wassalam.

– Adib

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *