Salam dan salam bahagia,
Sebagaimana kita bernama manusia yang dicipta oleh Allah SWT ,kita adalah hamba yang lemah. kita adalah insan serba kekurangan dan kita adalah insan yang beremosi (emosional). Itu bukan alasan kita terus berada sifat dan keadaan yang lemah ,pemikiran yang lemah, sikap yang lemah kerana dalam diri manusia ada kekuatan untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Ini adalah kerana Allah SWT memberi kita akal dan fikiran untuk berfikir dan bertindak rasional dalam melakukan sesuatu perkara.
Dalam artikel saya yang lepas ,saya ada menyentuh punca- punca atau sebab musabab manusia mengalami tekanan (stres) dan kemurungan(Depression).Ini disebabkan penerimaan atau apa yang kita inginkan sesuatu kita tidak dapat memperolehinya kerana ada sesuatu yang menghalang.atau bila kita kecewa tekanan akan beralih kepada kemurungan. Kekecewaan yang berulang ulang dan menyebabkan kita tertekan dan tidak menerima kenyataan, sehingga kita menjadi anti sosial dan lebih rela menyendiri atau mengurung diri sendirian.
Kita menghadapi konflik diri dan bila sampai ke peringkat yang lebih teruk kita akan menghidapi halusinasi, keceraluan skizofrenia iaitu penyakit jiwa iaitu masalah berhubung dengan dunia nyata.Dalam agama kita apabila hati berceralu , pemikiran bercelaru hidup kita tidak menjadi tenang dan badan akan menerima kesan dari kemurungan itu . Sistem pertahanan akan lemah dan memberi kesan dalam kehidupan sehari hari . Tidak semua antara kita mempunyai kekuatan dalam menerima cubaan dan dugaan. Ia bergantung kepada kekuatan iman seseorang. Apakah ia bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT atau kita tidak menerima takdir.
Apabila kita duji kita perlu berbalik kepadaNya kerana itu satu cara Allah suruh kita balik kepadaNya. Masalah kejiwaan ini disebabkan oleh kebimbangan atau kegelisahan secara langsung tidak langsung(DSM-11, 1968) dan ia mengambarkan sesuatu kebimbangan iaitu penghidap menghadapi perasaan yang kuat dan panik terhadap malapetaka ,bencana atau kesulitan. Ini disebabkan individu itu dari segi fizikal dan mental tidak dapat menerima berita, peristiwa,tekanan, samada diri sendiri atau orang lain. Kejutan atau gelombang tekanan akan menyebabkan kognitif(pemikiran) berada dalam keceraluan dan berada dalam situasi tidak normal seolah olah sistem badan menjadi lumpuh
Dalam kaedah terapi untuk merawat kemurungan dalam islam untuk mendapat kekuatan bagaimana hubungan kita dengaNya.Kekuatan datangnya dariNya tetapi adakah kita sedar selama ini kita adakalanya melupakanNya. Dari part dalam psikologi cara cara mengatasi tekanan atau kemurungan yang boleh kita ikuti.
1. Memahami proses dan kesan tekanan, kemurungan.
2.Mengenal pasti punca punca utama
3. Mengenali dan mengetahui bila tekanan akan berlaku .
4 Membentuk berapa cara yang bersesuaian untuk mengatasi tekanan dan kemurungan.
5 Melatih diri bagi mengatasi tekanan kemurungan.
6 Kenali bentuk tekanan dan kemurungan.
Semua bentuk tekanan perlu tahu punca punca tekanan dan ini akan memudahkan kita mengambil tindakan aktif dan ia tidak bleh dibiarkan sebelum tekanan ini beralih kepada kemurungan. Pada peringkat permulaan tekanan jika kita telah tahu punca- puncanya dan tahu cara mengatasinya kita tidak akan dijangkiti sindrom kemurungan. Ini akan mendorong kita bermotivasi dan menganggap masalah itu ada cara untuk mengatasi dan redha tentang ketentuan Allah SWT. Dan bagi yang telah pulih dari kemurungan atau yang masih dalam tekanan dan murung berusahalah sebaik mungkin kerana yang memberi kekuatan hanya Allah dan berserah kepadaNya setelah kita berusaha.Sekian wasalam
– Masri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit