Kita Jaga Amanah Orang, Orang Jaga Amanah Kita

Assalamulaikum. Terima kasih iium confession kerana sudi siarkan coretan ini. Saya merupakan seorang guru kanan di sebuah sekolah kerajaan.

Kebanyakan mereka yang bergelar guru sedia maklum sepanjang PKP ini, setiap guru perlu menghadapi pembelajaran alam maya. Ini tidak lain supaya tidak mahu membiarkan pelajar ketinggalan banyak pelajaran sepanjang cuti PKP ini.

Dan sudah tentu arahan tersebut disampaikan oleh pihak atasan kepada sekolah melalui pengetua. Dan kami guru guru kanan akan menyampaikan pula kepada guru guru di bawah kami untuk dilaksanakan kepada pelajar pelajar mereka.

Semua sedia maklum keberkesanan pembelajaran alam maya ini mungkin tak sehebat pembelajaran di kelas di sekolah. Tapi sekurang kurangnya its better than never.

Saya tidak mahu memperkatakan tentang isu pelajar yang tidak hadir atau online. Saya ingin menegur sikap sesetengah guru yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kelas online ini.

Ramai yang ok dan bertanggungjawab. Melaksanakan kelas seperti yang diarahkan mengikut kemampuan pelajar2 dan guru2 itu sendiri.

Untuk pengetahuan pembaca kelas online ini tidak menghadkan penggunaan medium tertentu. Ianya boleh disesuaikan oleh guru itu sendiri cara mana yang lebih maksimum keverkesanannya seperti google classroom, zoom, group telegram atau whatsapp, skype san sebagainya.

Masalah timbul kepada segelintir guru yang langsung tidak ingin ambil tahu apa yang perlu mereka lakukan. Semua arahan kepada guru hanya melalui whatsapp atau telegram sepanjang pkp ini.

Jadi ada yang mengambil sikap tidak mengambil tahu atau buat2 tidak pandai tentang arahan tersebut. Lebih teruk ada yang hanya menjawab tidak pandai, tidak faham apa yang diarahkan melalui group whatsapp atau telegram.

Ini sangat mendukacitakan saya. Di mana sikap tanggungjawab guru tersebut terhadap kerjaya dan pelajarnya. Walhal semua guru sedia maklum sepanjang pkp dilaksanakan sesen pun gaji mereka tidak dipotong.

Musim pkp semua sedia maklum anak2 berada di hadapan kita 24 jam. Termasuklah guru. Ramai kawan dan rakan guru saya begitu aktif share apa2 maklumat atau soalan latih tubi untuk pelajar di facebook. Mungkin ingin memberikan latihan tersebut untuk anak2 di rumah.

Saya bangga melihat kesungguhan mereka. Tapi saya sangat sedih sebab ada di antara mereka merupakan orang yang sama memberikan alasan tidak tahu, tidak faham, tidak mengambil tahu apabila diarahkan melaksanakan kelas online tadi.

Kenapa kesungguhan mereka dalam menyediakan bahan pembelajaran untuk anak2 tidak sama dengan kesungguhan mereka dalam menyediakan bahan dan mengajar pelajar2 kelas? Adakah disebabkan pelajar itu anak orang? Yang di rumah anak sendiri?

Jangan memberi alasan tidak pandai dan tidak faham. Kamu seorang guru. Dan bukan hanya kamu seorang yang terima arahan itu. Ramai yang faham dan melaksanakan arahan seperti yang diarahkan. Kenapa tidak kamu?

Ingatlah. Tanggungjawab itu berat. Di mana keberkatan gaji yang kita dapat jika tanggungjawab itu tidak dijalankan dengan baik. Tolonglah. Ikhlaskan diri. Gaji kita dibayar setiap bulan. Tak kurang sesen pun.

Laksanakanlah amanah yang diberi. InshaAllah. Allah akan jaga anak kita juga. Tak perlu bezakan kerana semuanya amanah dan tanggungjawab untuk kamu.

Saya tegaskan sekali lagi luahan ini bukan untuk semua guru. Hanya beberapa orang sahaja. Tapi saya yakin setiap sekolah mesti ada.

– Guru Kanan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *