Kita Kena Lebih Bersyukur

Sikit perkongsian dari saya. Saya baru kahwin Alhamdulillah baru 2 tahun lebih.

Saya dulu kahwin dengan a stranger yang baru kenal dalam 5 bulan, tunang 2 bulan lebih lepas tu kahwin. Kahwin pun sebab mak cakap taknak kitorang kenal lama lama tak elok, baik nikah terus.

So masa tuh yang saya buat selain redha untuk berkahwin dengan suami saya, saya banyak bangun malam dan berdoa pada Allah, semoga bakal suami saya tuh yang terbaik, kalau terbaik mohon Allah redha dah mudahkan.

Jujur saya tak pernah dating berdua dengan suami sebelum kahwin, bercakap dalam telefon dalam 3/4 kali je sepanjang tunang dan whatsapp pun bukan hari-hari.

Saya betul betul no clue macam mana lah perangai bakal laki aku nie. Tapi saya yakin dengan apa yang saya buat sebab mak saya gembira sangat. Ingat lagi mak cakap dia redha dan takde mak kat dunia nie yang nak tengok anak dia menderita.

Akhirnya kami kahwin. Alhamdulillah. Tak sampai seminggu kahwin, saya accident pada hari saya accident tuh, suami balik rumah dengan 1 berita sedih, suami baru kena buang kerja. Maka kami berdua pun nangis bersama.

Few months nikah, Alhamdulillah saya mengandung tapi masa tuh alahan teruk masa awal pregnancy so banyak MC disebabkan itu probation period saya kena extend.

Btw masa tuh saya fresh grad yang baru kerja. Masa tuh suami saya belum dapat kerja tetap. So tempoh dia mencari kerja tuh saya yang bayar sewa rumah, perbelanjaan semua.

Kesian suamiku sayang, dia berusaha, macam macam dia cuba. Cari kerja tetap tak dapat dapat, pegi interview tapi akhirnya tak panggil kerja pun. Dia cuba dropship, dia cuba jadi agent ubat kurus, dia jadi security guard, macam macam dia cuba.

Masa tuh kan sedih sangat bila suami cakap, “saya minta maaf sebab susahkan hidup awak dan tambah beban awak” tapi entahlah rasa diri ni kuat untuk lalui semua sebab ada suami yang selalu ada kat sisi.

Selalu cakap kat dia, awak paling terbaik dan saya taknak orang lain pun. Semoga kita sentiasa macam pengantin baru setiap hari, bahagia sampai tua, sampai bila-bila dan sampai jannah. Aamiin.

Saya dan suami banyak perbezaan maklumlah sebelum kahwin tak berapa nak kenal, bila dah kahwin satu persatu terbuka. Suami saya mengaji tak lancar, kalau jadi imam solat surah al ikhlas, an-nas, surah al-asr tuh lah ulang-ulang, nak panjang sikit dia baca al-kafirun.

Pastuh suami hafal 1 doa selepas solat doa bahasa arab, itu lah modal dia bila solat jemaah. Rupanya mak saya suruh dia hafal doa selepas solat doa bahasa arab, baru boleh kahwin dengan saya. Btw mak saya seorang ustazah sekolah pulak dan keluarga saya jenis pentingkan agama.

So masa single dulu, imaginasi saya ialah saya nak suami yang baca quran sedap kalau jadi imam baca surah panjang panjang. Tapi rupanya suami saya lah yang terbaik untuk saya.

Kitorang ada 1 perjanjian, setiap hari kena solat jemaah at least 1 kali pun jadilah. Mungkin jugak itu lah pengerat kasih sayang sebab lepas solat salam cium tangan itulah paling precious.

Slow slow suami melangkah, jadi freelance photographer, kembangkan business sendiri. Alhamdulillah syukur sampai satu tahap job suami full, weekend je job suami merata-rata.

Sampailah dunia digegarkan dengan covid-19, suami terduduk lagi sekali. Job dia ada yang kena delay malah ada yang cancel.

Kami di uji lagi, jujur kami sangat terasa. Kewangan jadi tunggang langgang, sekali lagi saya kena tanggung family kali nie dengan hadirnya anak sorang.

Tapi saya selalu fikir kalau saya rasa susah, kesian lagi suami saya dia rasa useless dan hopeless sebab dia ketua keluarga tapi keadaan covid sekarang nie dia tak mampu teruskan job photography dia.

Paling heart breaking suami pernah kutip besi dan jual untuk dapatkan duit sampingan. Ya Allah, suamiku suami yang baik, berikan dia rezeki halal yang melimpah ruah, amiin.

Kalau ikutkan hati, ada masanya saya down jugak. Saya kerja gaji beribu riban sekalipun kalau kena bayar sana sini, duit pun habis jugak, saving bulanan pun ciput je tapi bila saya terkenangkan di anugerahkan suami yang sebaik ini, saya dah syukur sangat.

Suami yang sikit pun tak pernah naik suara kat saya, sangat lembut tutur kata. Padahal banyak saya baca ramai suami yang tak menghargai isteri.

Alhamdulillah bertuahnya saya dikurniakan suami yang baik tapi kadang-kadang ada jugak kesalah fahaman antara kami. Tapi insyaAllah selagi mana itu suami kita dalam apa permasalah sekalipun kita mesti boleh bincang baik baik insyaAllah.

Saya berasal dari keluarga yang agak mampu, bila di uji part kewangan ni saya rasa yang membuatkan saya boleh tolerate bila saya cuba banyak banyakkan bersyukur.

Betullah kata sis dalam confession hari tu, betul kita cuma perlu lebih bersyukur. Semoga Allah beri kebahagiaan untuk kita semua.

– Nona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *