Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan nukilan atau confession ini. Kedua, saya memohon maaf sedalam-dalam hati kerana membuat kenyataan mengenai kaki kecam adalah orang yang mempunyai IQ yang rendah. Ketiga, maaf juga kerana confession yang lepas agak tergantung.
Insya Allah, kali ini saya akan habiskan apa yang saya nak kongsikan kenapa dengan duit kita menjadi hamba “mereka”. Sama sekali saya tidak kata duit itu salah, cumanya atas tujuan apa kita cari duit, adakah kerana untuk beribadah kepada Allah atau untuk mengejar hal keduniaan semata-mata. Dengan duit kita boleh masuk ke syurga dan dengan duit juga lah ramai yang ke neraka. Mohon dijauhkan.
Baik, oleh kerana saya nak habiskan apa yang perlu dikongsikan, jadi confession kali ini lebih panjang dari sebelum ini. Jadi, pada sesiapa yang tak berminat, boleh pergi baca confession lain. Tetapi, pada yang berminat, teruskanlah baca sehingga habis. Saya berterima kasih kepada yang menyokong dan juga yang mengecam kerana dari sudut positifnya mereka (kaki kecam) sebenarnya mengambil tahu tentang perkara ini. Itu adalah lebih baik dari yang tak ambil kisah langsung. Untuk persoalan yang diajukan, insya Allah saya akan jawab dihujung confession ini.
Di akhir confession saya sebelum ini (https://iiumc.com/kita-hamba-
Siapa yang suka berhutang kat sini? Kenapa kita berhutang? Seronok ke berhutang? Tenang tak hidup bila ada hutang? Saya yakin ramai yang akan jawab tak tenang, tak aman, terbeban dan seangkatan dengannya. Mana tak nya, hari-hari kena fikir nak cari duit macam mana nak selesaikan hutang. Lepas tu, kalau hutang dengan individu, pemberi hutang dok tanya-tanyakan hutang bila nak dibayar. Lain pula bila berhutang dengan intitusi kewangan, dah lah siap dengan interest, lepas itu bila bayar lambat je kena denda atau interest naik. Sesak kan? Jadi, kenapa perlu berhutang pada waktu dahulu kalau di kemudian hari itu yang akan menyesakkan kehidupan kita. Itu yang membuatkan hidup kita diselubungi kerisauan, kegelisahan, memikirkan tentang duit yang perlu dicari hanya kerana nak bayar hutang. Inilah yang “mereka” mahukan.
Okay, saya ceritakan dulu tentang keburukan bila berhutang dengan individu seperti ahli keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan. Selalu je kita dengar ada orang yang berhutang tapi bila masa nak bayar cukup liat sampaikan orang bagi hutang tu pula yang jadi pengemis kena pergi meminta-minta supaya hutang dijelaskan. Janji nak bayar bulan depan, minta tangguh bulan seterusnya. Perkataan ‘Nanti’ yang diberikan bersama beribu alasan. Sedang dahulu masa nak pinjam, janji manis dikotakan, langit dan gunung sanggup dikorbankan. Siapa yang pernah alami perkara ini? Pastinya ramai. Maka, betul lah apa yang Rasulullah kata, “Jika orang yang berhutang berkata, dia akan sering berdusta. Jika dia berjanji, dia akan mungkiri” (HR Bukhari). Siapa yang nak menafikan perkara ini kerana ia memang benar-benar berlaku malah terkena juga pada saya. Haa, itu baru hutang dengan individu. Meh saya cerita pula hutang dengan institusi kewangan.
Berhutang dengan institusi kewangan (IK) ni, lebih kurang sama je dengan yang tadi cumanya ada interest. Biasa la, caj perkhidmatan katanya walhal itulah keuntungan yang “mereka” perolehi. Sedangkan dalam Islam, diharamkan sama sekali membuat keuntungan melalui hutang atau pinjaman. Tapi, “mereka” berjaya menerapkan sistem yang “mereka” cipta sehingga kita tidak sedar bahawa apa yang kita buat itu adalah haram. Lepas tu, mesti ada orang cakap, “itu konvensional, kan dah ada produk Islamik, yang tu mana ada interest”. Iya, memang betul tak ada interest tapi dia namakan sebagai “profit sharing rate” atau kadar keuntungan bersama. Siapa yang untung sebenarnya? Kita ke “mereka”? “Mereka” bijak, dengan menggunakan nama “Islamik”, kita tertipu dengan mudahnya. Hal ini lebih menakutkan kerana agama kita ditunggang oleh “mereka” supaya matlamat, visi dan misi “mereka” tercapai. Kesan dari interest menyebabkan kita rasa terbeban dengan hutang kerana pembayaran yang kita buat melebihi apa yang kita pinjam.
Tak percaya? Cuba kira hutang anda sendiri. Jumlah hutang berapa, bayaran bulanan kali tempoh bayaran, jumlah bayaran tu pasti lebih tinggi dari jumlah yang kita pinjam. Lagi lama tempoh pembayaran, lagi tinggi faedah yang dibayar. Habis tu, macam mana diorang nak untung? Itu sistem “mereka”, kenapa nak bagi “mereka” untung? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Sebab itulah saya letak tajuk ‘Kita Hamba “Mereka” kerana kita keluar bekerja mencari duit hanya semata nak bayar hutang kereta, hutang kredit kad, hutang rumah yang mana akhirnya “mereka” jua lah yang untung atas kesusahan dan keperitan yang kita alami. Kita takut untuk bayar lambat, kita takut kena penalti, kita takut mengalahkan kita takut dengan Tuhan kita sendiri. Jadi, kita ni hamba kepada siapa?
Tak cukup dengan itu, sekarang ni “mereka” memudahkan lagi urusan pinjaman. Pelbagai kaedah yang baru dan senang bagi memudahkan kita membuat pinjaman. Kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman untuk berkahwin pun dah diperkenalkan supaya kita mudah terjebak dengan hutang dan riba’. Nak kahwin pun berhutang? Adui. Inilah yang bakal menjerat dan mencengkam diri kita di kemudian hari. Saya tipu ke? Kalau saya tipu atau mereka-reka cerita, kenapa ada banyak confession di IIUMC ni yang menceritakan kehidupan mereka terbeban dengan hutang yang ditanggungnya. Kenapa? Dan saya pasti, pembaca sekarang pun sedang mengalami perkara yang sama. Betul tak? Anda jawab lah sendiri. Saya pukul rata dalam hal ini kerana menurut statistik, peratusan rakyat Malaysia yang berhutang atau meminjam adalah dicatatkan yang tertinggi di Asia Tenggara. Boleh rujuk ‘http://www.sinarharian.com.
Jadi, apa yang saya nak sampaikan dan mahukan dari kita semua sebagai umat Islam, tinggalkanlah saki-baki hutang yang ada sekarang dan jangan buat hutang yang baru selepas ini walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Melainkan darurat takde duit nak makan, itu dibolehkan. Kalau setakat nak bergaya dengan kereta baru, baju baru, rumah baru, tak payahlah berhutang. Andai tak mampu, buat cara tak mampu, dalam erti kata lain, ‘Ukurlah baju di badan sendiri’. Jangan kerana menurutkan hawa nafsu, kita berhutang sini sana. Saya cakap ni sebab ini perintah dari Allah, boleh ambil Quran terjemahan dan buka surah Al-Baqarah, ayat 278-279. Baca dan fahami terjemahannya. Bukan saya yang kata tapi Allah. Al-Quran itu kalam Allah, kalau hidup kita tak berpandukan Al-Quran, pada kitab mana pula kita nak sandarkan hidup kita? Berimankah kita? Layakkah kita ke syurga kalau Allah dan Rasul-Nya mengisytiharkan perang kepada kita?
Kita yang dicipta oleh-Nya nak berperang dengan Sang Pencipta? Mampu ke kita? Siapa yang cakap dia mampu, mohon mengucap kalimah syahadah. Tujuan saya kongsikan atau confess di sini adalah kerana majoriti pembaca adalah beragama Islam dan ramai yang terjebak dalam sistem “mereka” tanpa disedari mahupun sedar tapi masih tidak ditinggalkan dengan beralasan darurat. Semua orang Islam kalau ditanya, nak ke syurga atau neraka? Pasti jawapannya nak ke syurga. Tapi kenapa amalan seharian kita menuju ke neraka? Subhannallah. Doa lah semoga dibukakan pintu hati kita agar kita kembali kepada-Nya terlebih dahulu sebelum kita dipanggil kembali.
Q&A:
1. “Mereka” itu yahudi?
“Mereka” yang dimaksudkan di sini ialah merujuk kepada beberapa pihak. Yahudi adalah di antaranya.
2. Kenapa saya gunakan kata ganti diri “kita”?
Saya pukul rata dan juga kerana peringatan ini untuk anda semua dan termasuk diri saya sendiri agar tidak terjatuh semula ke dalam lembah hutang dan riba’. Saya juga hamba Allah yang tidak terlepas dari melakukan dosa.
3. Confess tentang iluminati dan money order?
Saya confess kerana kelemahan umat Islam pada hari ini dari pelbagai aspek tapi di sini saya lebih fokuskan kepada aspek kewangan dan ekonomi. Ini belum ambil kira masalah pengamalan ilmu hitam yang jadi topik hangat confessors kebelakangan ini. Saya tak menekankan sangat tentang iluminati apa bagai, cumanya semua ini berkait rapat.
4. Saya geng anti-vaksin?
Tidak, saya sama sekali tidak menolak penggunaan vaksin untuk mencegah sesuatu penyakit atau wabak kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Pada mereka yang anti-vaksin, mereka punyai pilihan untuk tidak mengambil vaksin, cumanya janganlah dikecam mereka yang gunakan vaksin.
5. Kenapa nak 3 komen baru nak sambung?
Pada awalnya, saya merasakan mungkin tidak ramai yang akan ambil peduli tentang hal ini, ternyata sangkaan saya salah. Alhamdulillah ramai yang sedar akan perkara ini, termasuklah yang kecam (saya kira mereka mahukan penerangan yang lebih lanjut).
6. Ada solusi ke tidak atas permasalahan ini?
Alhamdulillah, jalan untuk keluar dari masalah hutang dan riba’ ini sudah ada tapi masih belum masanya untuk diwar-warkan kepada orang awam secara meluas sebabnya tak ramai yang mampu faham akan masalah yang melanda ketika ini. Tambahan lagi, “mereka” ini dapat menghidu akan kewujudan sistem yang bakal menumbangkan sistem “mereka”. Tentangan dari “mereka” sudah pun bermula sedikit demi sedikit.
Soalan ekstra: Saya pakai iPhone ke?
Maaf, saya bukan pembeli, pengguna atau peminat produk Apple. Saya tak suka beli Apple yang telah digigit oleh “mereka” (konspirasi lagi).
Kesimpulan dari confession saya ini ialah kita masih menjadi hamba “mereka” selagi kita belum tinggalkan hutang dan riba’. Maka, keluarkanlah diri kita dari belenggu hutang dan riba’ secepat mungkin kerana kita tidak pernah tahu mampukah kita untuk melunaskan hutang-hutang yang ada dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kita tidak tahu bila kita akan ‘pergi’. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita. Khuatir kita akan diseksa di sana kerana Rasulullah bersabda, “Orang yang mati syahid diampuni semua dosa kecuali hutang” (HR Muslim). Jadi, apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berusaha untuk menuju kebaikan dengan melakukan perintah Allah dan tinggalkan segala larangan-Nya. Teori dan konspirasi memang tak akan tamat sehinggalah hari kiamat. Kepada yang masih belum ‘nampak’ apa yang berlaku dan apa yang cuba saya sampaikan, saya doakan agar Allah berikan hidayah dan buka pintu hati kalian untuk menerima kerana saya hanya mampu menyampaikan dan hanya Allah sahaja lah yang menentukan.
Terima kasih kepada Admin kerana telah menyediakan platform untuk menyebarkan dakwah dan semoga dengan bantuan Admin dalam menyiarkan confession ini akan menjadi satu titik tolak penghijrahan umat Islam untuk menuju ke jalan Allah. Kepada yang benar-benar ingin tahu jalan keluar untuk masalah ini, boleh hubungi saya. Kenapa tak share je dekat sini? Sebabnya saya baru ceritakan intro je ramai yang dah melatah dan tak boleh nak terima, apatah lagi nak kongsikan tentang bagaimana caranya untuk kita keluar dari hutang dan riba’, maka saya hanya akan kongsikan pada sesiapa yang mahu tahu sahaja.
Memang adat dalam menuntut ilmu, murid yang kena cari guru untuk mendapatkan ilmu, barulah barakah. Saya tak boleh nak PM dekat FB sebab akaun FB saya dah kena blocked dengan FB sendiri lepas saya siarkan confession yang pertama tanpa sebarang sebab yang munasabah. Pelik kan? Tak pelik pun sebab FB ni pun “mereka” punya. Saya minta tolong kawan untuk SS komen-komen anda sekalian.
Sekian sahaja dari saya, yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang lemah dan buruk itu dari saya sendiri. Mohon maaf andai bahasa yang digunakan terlalu kasar dan keras. Semoga Allah merahmati dan melindungi kita. Wassalam.
– Adib
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit