Kita Serupa Je

Hi, aku terpanggil nak buat luahan hati tentang persamaan dengan kisah ‘Family Husband’ tu, (https://iiumc.com/family-husband/).

Aku ingat aku sorang je hadap pasal kisah drama Mentua ni. Rupanya ada juga yang sama² senasib dengan aku hahaha tapi bezanya aku ni sekali pakej Mentua, Ipar dan Biras. Tapi aku fokus pada yang orang tua jelah sebab lagi Afdal. Gitewwwww.

Okay, dulu masa awal perkahwinan aku, kami PJJ. Aku kat KL, suami kat Selatan. Aku layan baik punya atau erti kata lain bodek Mentua ni dengan cara amik berat, selalu call tanya khabar. Kalau balik kg suami di selatan tu, bawak buah tangan, hulur duit sebelum nak balik ke KL. Memang menantu pilihan lah ceritanya. Kurrlasss kan hahaha.

Tapi segalanya berubah apabila ada satu kejadian B***h berlaku ketika nak buat persediaan nak sambut perayaan yang dimana semua adik beradik laki aku ni giliran semua di rumah Mentua ni. Aku kena HERDIK dengan MIL aku depan semua ipar dan biras perempuan ketika itu.

Aku tersentak sebab first time aku kena macam tu. Aku hangin time tu sekor pun tak backup aku bhai. Yang aku lagi hangin laki aku backup mak dia time tu. Wakluuuuu. Memang gaduh besar aku time tu.

Laki aku dah tahu cerita dari aku, simply dia backup mak dia. Weh sedih weh. Waktu tu, aku punya geram memang aku tak bercampur dah dengan dorang semua. Memang muka aku bagi time tu, aku berkurung dalam bilik sambil tunggu hari nak balik KL.

Lepas kejadian tu, aku dah stop nak bodek Mentua aku. Aku stop bagi duit salam, aku stop call ambil berat. Kalau aku kena balik Kg, aku bawa diri je HAHA. Laki aku time tu masih bersangka baik, dia husnudzon kata biasalah orang tua. Ahh peduli pula aku.

Tup tup, aku mengandung anak sulung. Rezeki anak dapatlah aku duduk dengan suami. Jarak rumah kami dengan Mentua dalam sejam perjalanan. Haaa ni lah kisah aku nak kena hadap dengan situasi sama macam Family Husband ni. Dah duduk dekat, MIL aku ni sibuk nak ikut kami balik walhal laki dia ada ni.

Aku dulu okay jelah bila first time MIL & FIL datang bertandang tidur rumah bagai. Tapi bila laki aku pergi kerja dulu sebelum aku, wehh MIL buat perangai dia weh. Bila laki aku balik, berubah jadi perangai baik pula. FIL aku dengan perangai pengotor dia tu. Aku mengadu juga kat laki aku.

Macam biasa, laki aku bersangka baik dengan mak dia. Okaylah lantak dia lah. Dalam seminggu gitu, mentua balik rumah sendiri. Aku cakap dengan laki aku. Kalau nak bawa parents dia stay rumah silalah cuti layan parents sendiri. Laki aku gelak je. Tu yang baik laki aku ni. Kadang nak je aku hempuk. Terlalu baik sangat.

Huhuhu tapi betul weh, apa yang sis Jasmine tu cakap, aku memang rasa anxiety kalau balik KG sebab aku taknak dorang terutama sekali mak lah dia ikut balik rumah kami sebab aku tak selesa gila lagi² tengah mengandung anak sulung.

Lalala, dah cukup bulan untuk aku beranak. So kami laki bini cadang nak pakai khidmat CL je sebab parents aku dah tua, dan aku sendiri taknak guna khidmat MIL aku walaupun dia offer diri dia. Lambert lagiiiiiii aku nak termakan dengan dia punya khidmat sukarela nak jaga aku.

Nak dijadikan cerita aku kena emergency czer atas sebab bacaan baby aku tak cantik. Aku mental down juga. Alhamdulilah perjalan bersalin tu mudah.

3 hari selepas bersalin, aku balik rumah. Parents aku ada kat rumah kami dah. Dorang nak stay seminggu sebab cucu pertama kan. Happylah aku. Lewat petang gitu datanglah Mentua aku ni melawat kat rumah. Semua okay besan jumpa besan.

Masa Mentua nak balik tu, dorang tengoklah baby kat katil, ketika itu MIL aku ada komen sesuatu yang sangat shamming untuk anak aku yang baru kenal dunia. Masa tu suami aku terpana sekjap dengan mulut mak dia sendiri. Aku masa tu dah geram gila tapi laki aku cepat² bawa keluar mak dia keluar dari bilik.

Malam tu dia flashback balik apa yang berlaku ketika kejadian first, masa mak dia stay rumah. Dan kali ni depan mata dia. Dia betul² sedih sebab tak percayakan apa aku kata selama ni. Backup mak dia lagi. Aku lega akhirnya dia percaya juga cakap aku walhal aku dah berbuih mulut komplen kat dia.

Cehhh.. Rupanya dia minta izin kat parents aku untuk stay lama sikit teman aku berpantang selama sebulan lebih. Nasib baik parents aku ni orang pencen. Dorang pun onzz.

Tapi laki aku minta tolong aku jangan cita psl hal parents dia tadi kat parents aku sebab dia tahu kitanyo manjooo, mesti nak ngadu, hahaha, so aku zip saj mulut aku ni demi kebaikan sama. Dengan cara itulah, mentua aku dah segan nak datang rumah kami sebab parents aku ada. Sungguh bijakkkkk.

Sejak kejadian tu, laki aku dah start malas nak balik dah sebab mak dia masih komen tentang anak kami. Buat perangai yang kadang aku menjawab balik.

Mil aku tak sangka aku boleh lawan cakap dia. Aku dah buat perangai buat bodoh dah setiap kali balik. Aku buat tak tahu kalau MIL aku ajak berborak atau bagi tips macamana dia jaga anak dia dulu. Aku pula serupa macam patung cendana takda reaksi atau buat² ramah tanya pendapat.

Lantaklah kalau dia sentap. Aku masih buat perangai yang sama sampai sekarang. Kalau ada rewang melibatkan ipar biras di dapur. Aku duduk depan tengok tv dengan anak aku. Laki aku tak komen apa pun sebab dia dah faham kenapa aku keras hati.

kadangkan aku selalu menyampah bila ada orang cakap anggap mentua ni ibarat ibu bapa sendiri. Sorry morry lah sistur, MENTUA TETAP MENTUA. So tak salah kalau kita ni as menantu buat perangai macamni kalau mentua pun macam nan hado juga perangai. Janji life korang as laki bini happy dan yang penting suami faham isteri sendiri dah okay.

Aku sekarang masih je balik kg suami aku tu tapi ikut mood. Sebulan sekali je aku jejak kaki kat rumah tu Kadang laki balik sorang je. Kalau balik berdua, paling lama sejam je sebab anak aku pun bagus juga main peranan yang penting ketika itu dia mengamuk mengalahkan Godzilla,

Sungguh anak soleh mama, faham hati perasaan aku ketika berada di kg, anak mengamuk, kita chiawww lah terus. Hahahah baik aku duduk rumah sambil makan cikedis layan drama korea dari drama realiti toksik tak sudah ni.

So kepada menantu yang masih berhusnudzon dengan mentua yang toksik, eloklah korang tegakkan keadilan untuk diri sendiri. Fikir anak dan mental korang please. Kita ada maruah, jangan fikir sebab itu parents pasangan, kita kena hadap je. Kalau dah toksik tetap toksik uolss. Stay fokus and hidup kena lek lek je. Love uolss.

– Menantu Tak Kisah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. sama la akak pon, dulu mula2, segala yg mak akk terapkan, mmg akk apply jd menantu terbaik walaupon beribu kali hati ni sakit. tp sbb 1 kejadian tu hati terus jd keras. walau dh hmpir 20 taun kami kawin, dn rmh kami dekat je, mmg xkan aku kembali seperti dulu. mertua tetap mertua. layan baik pon sbb hormat dia org tua dn dia syurga suami kite.

  2. bkn nk ckp ape la..kita bt terbaik mcmne pn blum tntu lg nmpk kebaikn kita…tetap org luar jg …tmbh ade yg tukang tmbh perasa…mslh sma je cma yg jd bt api ada la biras…biras nie llki yea…tp perangai emmm mls nk taip…fhm2 je la …

  3. Yezzaa.. orang baik dgan kita, kita baik la.. kalau tak baik memang aku malas nak melayan.. jaga family kita je tak payah layan orang ntah pape nie..

  4. Hampir 14 tahun kahwin, 10 tahun stay dengan mertua, aku ingatkan aku boleh tenang2 gembira bila duduk dengan mertua. Awal2 dulu kemain baik. Tapi rupanya selama ni dia membawak mulut canang cerita dalam rumah kesana sini. Sakitnya hati aku, Allah saja yang tau. Paling sakit hati, lepas FIL meninggal, makin menjadi2 perangai MIL, dan ipar duai & biras menambah garam pulak. Sekarang ni, aku buat keras macam yang confessor buat. Takkan aku je kena jaga hati orang? Hati aku sape nak jaga pulak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *