Kita Tak Betul

Assalamualaikum. Aku ucapkan terima kasih kat admin kalau luahan aku yang tak seberapa ni disiarkan.

Kalau korang perhati dalam kehidupan seharian atau pun kat media sosial sikap suka cakap kasar, pandang rendah orang lain,kecam mengecam,doakan orang lain dengan kata-kata yang buruk makin menjadi-jadi. Contohnya kalau orang buat benda yang tak baik bukan main segelintir orang kecam. Kalau orang buat benda yang baik atau pun dapat benda yang happy pun ada jugak yang kecam.

Lumrah hidup manusia la kan. Macam-macam ragam ada dalam dunia ni. Tapi sebenarnya kalau korang nak tau seseorang tu boleh bagi apa yang dia ada sahaja. Kalau kita hanya ada kata-kata nista dan keburukan itulah sahaja yang boleh kita bagi. Kalau kita ada hati yang baik, doa yang baik itulah yang kita akan bagi. Kalau dalam hati kita ada kemuliaan dah tentu la kita pandang orang lain mulia kan?

Kadang-kadang kita rasa kita betul dah nasihat orang. Tapi kita tak sedar kata-kata kita kasar,bahasa yang tak sedap didengar. Tu tak buat kita nampak betul pun sebenarnya. Doa yang baik-baik kat orang sepertimana kita mengharapkan doa yang baik dari orang lain. Kita ni pun bukan tau kita berjaya hari ni berkat doa dari siapa. Entah-entah berkat doa mak ayah kita yang tak putus-putus berdoa. Entah-entah dari orang yang pernah kita tolong satu masa dulu. So, doakanlah orang lain dengan kata-kata yang baik. Mudah-mudahan benda yang baik-baik jugak balik kat kita.

Pernah tak korang dengar orang cakap “cakap la, esok kena kat diri baru tau.” Sebenarnya Allah akan uji apa yang kita cakap. Makin banyak kita cakap makin besar lah pintu ujian terbuka kat kita. Contohnya kita bukan main kutuk orang tu jahat, tup-tup kita pulak Allah uji jadi macam tu. Ha jangan main-main.

Sebab tu la Rasulullah pun ada pesan kalau takde benda baik nak cakap lebih baik diam. Sekurang-kurangnya lidah kita pun terjaga. Terhindar dari dosa. Aku minta maaf banyak-banyak kalau ada tersilap kata. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Bukan untuk korang sahaja, untuk diri aku sendiri jugak. Sekian.

– Ikin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit