Kita Tetamu Diundang Atau Tidak

Hi readers. Baru ni ada confession mengenai mak dia macam tak senang dengan kehadiran dia ke rumah mak dia kan. Banyak orang komen, mungkin sebab duit. Mungkin betul mungkin tidak. Tapi aku nak share pasal tetamu tak diundang ni.

Aku rasa sekarang ni ramai yang tak ikut adab melayu atau cara ziarah Islam. Sebab tu semakin lama semakin ramai orang seolah tidak gemar terima tetamu di rumah. Tak macam zaman dulu. Dulu orang gemar terima tetamu, malah sentiasa mengundang saudara mara dan kenalan ke rumah sebab orang dulu percaya tetamu membawa rahmah.

Adab 1. Jaga adab semasa berkunjung.

Sekarang orang terlalu ‘jujur’ dan kadangkala menyakitkan hati tuan rumah. Contohnya ada sahaja yang tak kena bila berkunjung. Komen susun atur rumah, komen tahap kebersihan rumah, komen makanan yang dihidangkan. Macam-macam.

Komen ini ada secara direct, ada secara berkias dan ada cakap belakang namun akhirnya sampai ke pengetahuan tuan rumah. Sepatutnya bila datang sebagai tetamu, jagalah adab. Tak perlu komen itu ini, sebab itu bukan rumah kita. Bukan barang kita.

Tak perlu komen barang tuan rumah elok tak elok. Tak perlu komen rumah kemas tak kemas. Tak perlu komen bersih tak bersih. Diam sahajalah dan hormatlah tuan rumah. Kalau rasa tak selesa, tak perlu la singgah lama.

Adab 2. Apa yang dihidangkan, kalau boleh makan, makan.

Tak perlu komen buruk-buruk. Kalau sedap, tak salah memuji, kalau tak sedap, simpanlah sendiri. Tuan rumah berbesar hati sediakan juadah, rezeki kita, makan jelah. Kalau tuan rumah beli makanan, jangan Tanya kenapa tak masak dan bandingkan itu ini.

Kalau tuan rumah masak, jangan sibuk nak aturkan menu atau komen salah cara masak dan sebagainya. Kalau tak lalu, jamah sikit. Takpon tolak dengan baik. Tak perlu perli tak sedap dan sebagainya.

Adab 3. Bila datang mengejut, bawalah buah tangan.

Ya tuan rumah tak minta. Tapi tidaklah tuan rumah kelam kabut nak sediakan juadah bila kita datang mengejut. Kalau beli pisang goreng atau buah, boleh la tuan rumah hidangkan makanan tu terus. Tidaklah menyusahkan dia.

Adab 4. Kalau tak sempat nak beli atau bawa makanan, hulurlah duit sikit.

Tuan rumah tak minta, tapi ini adab. Contohnya bila balik kampung, kadang-kadang balik terus dari pejabat, tak sempat nak beli apa2, sebab sampai kampung dah malam. Tak apa, esok paginya bawalah tuan rumah keluar beli makanan. Belanja makan. Ambillah hati agar tuan rumah tak rasa menyusahkan.

Kadang-kadang dah la tak bawa apa-apa, tapi kita sekeluarga juga yang banyak makan. Tuan rumah mungkin tak cakap, tapi kita kenalah faham dan menjaga adab agar sentiasa menjadi tetamu bertanggungjawab dan menyenangkan hati tuan rumah.

Macam kisah kawan aku, dia suami isteri bekerja. Anak-anak ditinggalkan bersama ibubapanya yang sudah tak bekerja. Pagi-pagi hantar, petang ambil. Benda berlarutan sampai akhirnya bapaknya bersuara suruh jaga anak sendiri sebab dia atau suami tak hulur duit walaupun anak-anak ditinggalkan dengan atok dan nenek.

Mungkin terasa, kawan aku suami isteri tu beralih dan menghantar anak-anak mereka kepada atok nenek sebelah suami pula. Sekarang kawan aku cerita mentua dia dah tak baik dengan dia dan dia terasa. Aku rasa sesiapa pon kena ada common sense.

Walaupun atok nenek sayang dan rindu cucu, malah ada yang sanggup nak tolong jaga. Tolonglah ringankan beban mereka. Berilah duit walaupun tidak diminta. Cukupkan barang dapur misalnya. Bayar bil contohnya, asalkan ibubapa kita yang tidak lagi bekerja tidak rasa terbeban. Bila diam, sakit. Bila disuarakan, anak menantu kecil hati. Jangan buat mereka dilema begitu.

Adab 5. Jaga aurat.

Kadang-kadang tetamu ni datang tidur rumah atau datang bertandang lama, buka tudung konon takpe sebab bersaudara. Tapi sebenarnya ada bukan muhrim di sana. Tak pasal-pasal tuan rumah dapat dosa sebab tertengok aurat tetamu.

Adab 6. Jaga solat.

Ni aku tak berapa gemar. Tetamu datang rumah dan tak solat, biarkan waktu solat berlalu begitu sahaja. Aku akan rasa bersalah. Nak ingatkan, nanti sentap. Tapi tolonglah solat wahai tetamu, aku tak mahu tanggung dosa tak tegur ni.

Nak tegur, kadang-kadang yang tak solat ni tua dari kita, dah akil baligh, dah beranak pinak tapi masih begitu. Aku tak mahu saham dosa tu sebab dosa aku dah banyak. Tak tegur, aku pon berdosa, kalau tegur, nanti mengamuk pula.

Adab 7. Jangan membazir.

Aku pernah ada tetamu yang suka membazir elektrik rumah aku. Buat rumah aku macam hotel. Bila nak keluar berjalan atau nak lepak di ruang tamu, aircond bilik tetamu dibiarkan sahaja, konon masa balik rumah nanti, bilik sedia sejuk. Padahal rumah aku bukan panas sangat pon. Aku pun jarang pasang aircond. Tak boleh ditegur sebab sejenis cepat sentap tapi memang aku geram sebab pentingkan diri.

Adab 8. Jaga mulut. Jangan membawang, nanti dosa tuan rumah pon bertambah.

Cukup la 8 adab dulu. Benda sebenarnya common sense sahaja. Tapi ramai orang lupa atau ambil mudah. Lepas tu sentap bila rasa tak diraikan. Dan ada juga jenis yang datang singgah rumah orang masa time lapar.

Macam yang aku pernah experience, biasanya dorang singgah lepas ke kedai membeli belah. Datang rumah aku bercerita ‘tadi makan KFC bagai’ (masa dulu, KFC considered mahal) dan beli itu ini. Tapi datang rumah aku masa waktu diorang dah lapar balik. So kenalah kami sediakan makanan.

Kadang-kadang kena sediakan makanan dari tengah hari sampailah malam. Sebab diorang lepak terus. Kalau kadang-kadang tak kisah, kalau kerap, masalah juga.

Kami kadang-kadang berjimat, jarang makan kat luar, masak kat rumah sebab nak jimat. Datang tetamu, cerita makan hebat-hebat, tapi tak bawak sikit pon untuk kami rasa. Bukan minta, tapi adab di mana?

Pendek kata, jadilah tetamu yang baik, jagalah adab agar anda disenangi.

– Tuan Rumah atau Tetamu Kamu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *