First sekali, aku nak minta maaf la kalau sebab confession aku korang semua jadi pening. Mana yang terlupa confession aku yang mana boleh rujuk di part I, (https://iiumc.com/kita-wanita-
Sebab kerja aku perlukan aku menjadi kasar, mengarah pekerja, jadi aku agak awkward nak menulis confession panjang macam ni. Jangan ada yang tanya bidang professional apa kerja macam ni sudah. Siapa yang tahu, tahu lah. Confession lepas aku cuba untuk tulis sebaku mungkin maybe try hard sangat sebab tu jadi mcm pening kot. Ok la kat sini aku nak clarify benda yang buat kau orang pening.
First sekali, tujuan. Tujuan aku buat confession, ceritakan tentang pengalaman aku bukan sebab aku nak acah-acah hot ke, tidak. Aku cuma tergerak nak kongsi sebab bukan aje dekat media sosial, tapi dekat sekeliling aku, aku tengok perempuan merana sebab salah pilih lelaki. Dan akhirnya end up bercerai, tahan dicederakan & didera mental fizikal.
Sebab diorang semua takut dengan status andartu, tak laku dan sebagainya. Bagi aku, laku ke tak laku seorang perempuan tu bukannya dengan status perkahwinan. Kita tak perlukan ikatan perkahwinan pun untuk nampakkan darjat kita lagi tinggi dari wanita lain. Bukan ke Rabiatul Adawiyah pun tak pernah berkahwin? Bukan ke ulama’ zaman dulu banyak yang tak berkahwin sebab sibuk berdakwah? Rezeki orang semuanya lain-lain.
Jadi kenapa kita sangat takut dengan status andartu? Lagi 3 tahun aku nak mencecah 30 series, ummi dan baba aku langsung tak bising suruh aku kahwin. Sampai sekarang aku pegang kata-kata baba, iaitu “kahwin la kalau kakak rasa hidup kakak akan lebih bahagia, lebih senang dan lebih menenangkan dari hidup kakak yang sekarang. Kalau kakak rasa lepas kahwin dengan lelaki pilihan kakak tu buat kakak menderita, kakak stay la macam ni. Sekurang-kurangnya baba & umi ada teman”,
Lebih kurang macam tu la baba aku cakap. Aku tahu, di sudut hati baba dia teringin nak tengok anak dia ni kahwin, tapi entah lah. Mungkin aku asyik jumpa lelaki yang salah aje. Jadi, let’s get back to the topic. Pembaca rasa aku bahagia atau menderita kalau aku pilih salah seorang dari nama-nama yang aku pernah sebutkan tu?
Now, aku nak clarify perkara-perkara yang buat pembaca pening (Maaf la aku akui memang salah aku)
Sebab kenapa umur aku tulis bercelaru kejap 25, kejap 27, sebab pada mulanya aku nak letak umur sebenar aku, which is 27 tapi macam obvious la pulak (aku takut kawan-kawan aku detect) haha, jadi aku tukar la 24. Tapi silap aku jugak, tak double check, buatkan pembaca kesayangan pening kepala.
Kat sini aku nak terus terang sekarang umur aku 27 tahun. Umur Arif 25 tahun, umur Zack dan Haay keduanya sebaya aku. Kali ni terpaksa la aku bagi tahu umur sebenar supaya aku pun tak keliru lagi, haha. Aku kenal Arif masa usia aku 24 tahun, dan perkara yang terjadi antara aku, Arif dan Zack dalam timeline aku berumur 24 sampai ke 26 tahun. Manakala Haay baru sahaja berlalu beberapa bulan lepas. Ok clear tak?
Aku go through satu-satu komen, terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca confession yang tak seberapa ni dan berikan pandangan masing-masing..
Pertama, ada yang kata aku desperate, no. I’m not desperate. Kalau aku desperate, aku akan kahwin je dengan Arif, Zack ataupun jadi bini ketiga Hasnan atau bini kedua Haay. Sebab apa, sebab aku desperate dan kemaruk nak ada suami.
Dan untuk pengetahuan pembaca, aku seorang yang sangat la pemalu, dan aku takkan bercakap dengan orang selagi orang tu tak mulakan perbualan. Tapi bila dah start dan serasi tu, aku memang akan banyak cakap.
Jadi, lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku semuanya approach aku dulu tanpa aku minta.. Ada yang mulanya atas urusan kerja, ada sebab game.
Kedua, ada yang kata aku memilih. Dekat sini aku nak tekankan, sebab itu tajuk confession aku berkenaan hak memilih. Dan lagi satu, salah ke aku tolak lelaki yang jadi runner jual ice & ganja, lelaki yang minum arak & main perempuan, dan suami orang?
Kalau masih ada girl yang cakap aku memilih, sini tunjuk bf atau suami masing-masing, aku nak jadi madu, boleh tak? Maaf la aku tak boleh brain yang cakap aku memilih, seakan-akan aku ni demand prince charming dari kayangan.
Ketiga, ada yang kata aku gabungkan semua cerita menjadi satu. Ye, memang anda fikir aku memasak ke boleh campur aduk semua cerita menjadi satu? Ada juga yang kata aku perasan dengan mamat Thai.
Ya Allah, okay lah, mana yang tak berpuas hati, kita boleh jumpa dan aku akan dengan rela hatinya tunjukkan gambar-gambar aku dengan Haay di Thailand, gambar dengan Arif dan screenshot perbualan di mana Zack menjatuhkan maruah aku. Facebook Haay, Facebook wife Haay pun aku boleh tunjuk. Aku serius. Kalau itu lah caranya nak buat orang percaya..
Ketiga, cuti 3 hari tapi berjalan 5 hari 4 malam. Aku sebenarnya tak sangka ada pembaca yang begitu details, ya mungkin salah aku jugak tak tulis dengan begitu detail.. Aku apply cuti selama 3 hari iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat sahaja sebab hari Sabtu dan Ahad aku memang tak kerja. Jadi timeline aku dengan Haay di Thailand adalah 5 hari 4 malam bermula dari hari Rabu sampai Ahad..
Keempat, aku mudah jatuh cinta. Aku cuma boleh cakap dekat sini yang kita tak sama. Mungkin pembaca yang komen sebegini tengah dalam relationship, dah kahwin ataupun memang dah tutup pintu hati dekat lelaki. Cuba kalian letakkan diri sebagai aku. Single, perantau dekat ibu kota, lone ranger dan memang hati kosong tak ada sesiapa masa tu. Terserempak pula dengan lelaki yang peramah, ada rupa macam Haay.
Cuba kalian bayangkan Haay sanggup extend cuti sebab nak teman aku travel, sanggup penuhi itinerary aku yang merapu tu (sebab aku buat last minute), sanggup jalan kaki 500m hari-hari hantar dan jemput aku depan hotel. Sanggup teman dan angkat barang aku shopping dan banyak sangat benda-benda kecil yang dia buat, buatkan aku rasa sangat dihargai. Tipu lah kalau kalian pun tak jatuh hati dengan lelaki macam ni.. Sampai ke hari ni Haay masih chat aku..
Kelima, ada yang cakap berani aku pergi Siam sorang-sorang.. Sebenarnya aku kaki travel, dah biasa travel sorang-sorang. Tapi sebelum ni aku cuma main dalam kawasan Malaysia je, dan alhamdulillah tak ada pulak lelaki macam Haay nak approach aku. Mungkin ada sebab Allah aturkan pertemuan aku dengan Haay..
Aku harap dengan confession kedua aku ni dapat la hilangkan kekusutan kalian ya.. Dan kalian boleh cakap aku desperate, gila atau apa-apa kalian nak cakap, sebab kalian tak berada di tempat aku. Hanya aku yang alaminya. Kepada yang terus mendoakan aku, aku balikkan juga doa kepada kalian mana yang dah kahwin tu kekal bahagia sampai ke akhir hayat(dijauhkan dari penyondol) dan yang mana belum kahwin tu akan ditemukan dengan lelaki yang baik-baik..
Aku percaya tak ada kebetulan dalam dunia ni. Semuanya Allah aturkan bersebab. Jadi walaupun aku facing possibility jodoh yang negatif, aku cuba untuk jadi positif. Sama macam kata-kata yang aku pernah hambur pada Zack, mungkin aku pun ditemukan dengan lelaki yang sebegini sebab aku pun tak cukup baik.. Jadi aku pun dalam proses nak baiki diri, doakan aku guys.
Dan gangguan macam dari Hasnan, aku dah biasa hadapi walaupun dari rakan sekerja, sebab pekerjaan aku masih lagi didominasi kaum lelaki. Cuma kuat tak kuat saje untuk aku insist ajakan-ajakan suami orang ni sebab aku fikirkan perasaan isteri masing-masing, ya sebab aku juga wanita.
Cuma apa yang aku nak tekankan dalam confession ni, adalah pilihan. Lebih-lebih lagi soal jodoh macam umur aku yang sedara mara, kawan-kawan sepupu sepapat sibuk duk push aku suruh kahwin. Alhamdulillah parents aku sentiasa back up aku.
Pilih, pilih dan pilihlah lelaki yang baik. Dalam relationship ni, kita kena buat pilihan sebab kita takkan dapat semuanya. Kalau dah jumpa someone yg kita rasa dia soulmate, tanya diri kita sama ada kita yakin dekat dia atau percaya? Contoh kalau dia nak berubah jadi someone better, kita kena yakin dia akan berubah, bukan kita hanya percaya dia akan berubah. Percaya & yakin ni, nampak macam simple tapi bagi effect yang besar sebenarnya.
Memang orang kata kahwin ni satu perjudian, mana yang bahagia tu bahagia la, mana yang tak bernasib baik tu tak bahagia la. Tapi aku percaya semuanya bermula dalam diri kita sendiri. Kalau kita dah nampak ciri-ciri kritikal macam yang aku cerita yang tak sepatutnya ada dalam diri bakal imam kita, tolak lah dia dengan cara lembut..
Memang la setiap manusia ada kekurangan, tapi kekurangan tu biarlah berpada. Orang kata, kekurangan dia tu kita boleh lengkapkan.
Tak perlu ikut drama Tunduk playboy itu la, whatever drama yg starts with a bad boy/bad girl yang berjaya ditundukkan oleh cinta. Semua itu trash. Lelaki atau perempuan kalau dia nak berubah, dia berubah sebab Tuhan, bukan sebab pasangan atau cinta.
Aku belum serik untuk cari jodoh, sebab aku nak mama & baba tengok aku berkahwin (kalau ditakdirkan), tapi tak bermakna aku sebat je mana-mana lelaki yang nak aku. Lagi satu aku percaya setiap manusia diciptakan berpasangan. Berpasangan tak bermakna berkongsi pasangan ye, haha. In sha Allah Kalau bukan di dunia, mungkin disyurga nanti..
Actually confession ni work both ways untuk lelaki & perempuan, lelaki pun berhak memilih. Cuma sebagai perempuan, damage tersalah pilih tu akan jadi lagi teruk pada kita yang perempuan berbanding lelaki yang ada kuasa talak & poligami..
Sekian.
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit