Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya nak cakap terima kasih kepada semua yang telah sudi membaca semua luahanku yang sebelum ni.
Sekali lagi, gelarkan aku Maya dan tujuanku disini kali ini adalah untuk meluah kerana aku ada membaca luahan yang bertajuk,
‘Nasib Kita Sama’ (https://iiumc.com/aku-nak-sangat-jadi-macam-orang-normal/), yang diluahkan oleh seseorang yang bernasib sama sepertiku iaitu Mek.
Kepada Mek, setelah aku membaca dari awal sehingga akhir luahanmu aku merasa sangat faham akan perasaan Mek. Kerana semua yang Mek lalui, aku juga melaluinya. Betul, nasib kita sama.
Sebenarnya, sebelum ni aku langsung tidak tahu tentang kewujudan ‘iiumc’ ni. Macam mana aku tahu tentang ‘iiumc’? Kisahnya bermula dimana aku mengalami sakit jiwa yang teramat pada ketika itu.
Aku telah lupa dan tidak tahu kenapa jiwaku pada ketika itu amat sakit dan kacau. Aku menjadi tidak keruan dan seingat aku, ketika itu aku hanya duduk dan limpang.
Aku kerap melakukan posisi duduk dan limpang secara berganti seperti orang yang tidak tenang. Memang nampak seperti orang yang hilang akal. Kejap duduk pastu limpang. Tak boleh duduk diam langsung lah.
Pada ketika itu, terlintas difikiranku untuk memain telefon dan aku pun terus buka ‘Google’. Tetapi sebelum itu,
Baru aku teringat pada ketika itu, aku sedang sakit jiwa kerana memikirkan mengapa mulut aku busuk dan tidak normal. Aku cemburu akan kehidupan manusia normal yang menyebabkan aku stress dan hilang waras.
Pada ketika ini, aku memang lupa tuhan, aku salahkan tuhan, aku salahkan takdir dan aku menjadi orang yang paling tidak bersyukur. Aku hilang waras.
Banyak yang aku lakukan disebabkan satu perkara ini sahaja. Iaitu aku terlalu memikirkan tentang kekuranganku ini.
Aku mengeluh tentang mulutku. Kerana mulutku, aku tidak dapat berhubungan baik dengan ibu bapaku dan juga adik-beradikku. Aku tidak dapat berkawan. Aku hanya bersendirian.
Kerana aku tahu yang aku tidak layak. Bagi aku, lebih baik aku sendirian sahaja kerana mulutku yang busuk ini membuatkan orang lain menderita. Oleh itu, aku menjauhkan diriku daripada semua orang.
Sambungan setelah aku membuka laman web ‘Google’. Aku menulis di ‘Google’ dengan menaip; ‘cerita bau mulut’ lalu aku menekan ‘cari’.
Maka, keluarlah carianku tadi dan yang paling diatas sekali adalah cerita yang bertajuk ‘Maafkan Mulut Aku Yang Busuk Ni :'( ‘ iaitu luahan daripada website ‘iiumc’.
Aku dengan pantas menekan lalu membaca luahan tersebut dari awal sehinggalah habis. Jujur aku katakan, bulu romaku satu badan naik.
Aku tidak menyangka bahawa ada orang yang senasib denganku. Aku tidaklah berseorangan. Ada juga orang yang senasib denganku.
Tanpaku sedari, air mataku jatuh tidak henti-henti pada ketika itu. Mulutku ternganga sambil tersenyum. Aku tersenyum penuh gembira.
Aku membaca luahan tersebut berulang-ulang kali. Tidak dapat ku kira berapa kali sudah ku baca luahan tersebut. Aku menangis kegirangan.
Aku menangis sambil tersenyum sambil ketawa dengan penuh rasa bahagia. Aku tidak tahu perasaanku pada ketika itu. Aku ketawa-ketawa tanpa henti sambil air mataku yang deras mengalir.
Sehinggalah aku merasa puas. Sakit perutku ketawa. Aku memang sudah hilang akal pada ketika itu. Aku merasa gembira yang ada juga orang yang senasib denganku. Aku bukanlah bersendirian. Itulah yang aku fikir pada ketika itu.
Setelah itu, aku membaca semua luahan tentang ‘mulut busuk, mulut bau, nafas busuk, nafas bau, halitosis, dan semua yang berkaitan dengan masalah kekuranganku ini di ‘iiumc’.
Bermula dari situlah aku menjadi seorang penggemar membaca luahan di ‘iiumc’. Selepas aku dapat menenangkan diriku, aku memberanikan diri untuk meluahkan ceritaku di sini, ‘iiumc’.
Sehinggalah sekarang aku sudah pun menulis empat luahan yang bertajuk ‘Aku Yang Banyak Kekurangan’ disini. Aku merasa sedikit lega setelah meluah. Kerana sudah bertahun-tahun lamanya sudahku pendam.
Semua yang kucerita adalah benar dan nyata. Aku alaminya dengan sabar dan tabah diatas ujian dan takdir ini. Aku tahu yang ayatku sangatlah berterabur dan tidak begitu kemas. Tetapi, aku hanyalah bertujuan untuk mahu meluah sahaja.
Jujur aku katakan, ketika aku sedang menulis ini, otakku sedang bercelaru dan aku tidak dapat berfikir dengan baik. Jadinya ayatku agak sedikit pelik. Aku harap para pembaca dapat fahamlah apa yang aku ceritakan sampai disini.
Kepada Mek, kita yang banyak kekurangan ni kena sentiasa banyak bersabar. Semua orang ada kekurangan dan kekurangan kita sama.
Nasib kita sama. Apa yang kita lalui hampir sama. Orang yang senasib seperti kita semua sama. Kita tidaklah bersendirian. Mek tidaklah bersendirian. Aku bukanlah keseorangan. Mungkin ramai yang senasib dengan kita. Hanya Allah S.W.T. sahajalah yang tahu.
Penyakit yang ‘kita’ lalui ni hanyalah diketahui oleh ‘kita’ yang mengalaminya. Dan aku tahu, kerana penyakit ini kita dapat banyak lagi kekurangan seperti penyakit mental illness.
Aku berdoa agar Mek mohon sabar dan kuat. Sama-sama kita berusaha. Dekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Aku juga sama seperti Mek, berusaha sedaya mungkin untuk mencari jalan dan penyelesaian akan penyakitku ini.
Sebenarnya, aku juga mengharapkan doa para pembaca. “Doakan Maya ya, walau maya bukan nama sebenar. Niatkan untuk doakan orang yang menulis luahan ni. Terima kasih semua. Semoga apa yang kalian doakan dibalas kembali kearah kalian semua. Aaminn.”
Doakan juga buat Mek dan juga kepada semua orang yang ku gelar kan ‘kita’ iaitu orang-orang yang senasib seperti kami.
Seperti Mek, Aku juga mahukan kawan. Jujur, aku langsung tiada kawan. Keluargaku semua ada kawan. Aku sorang ja tiada. Mereka boleh berkawan, bersembang seperti biasa. Padahal aku, tidak sama sekali. Aku cemburu pada keluargaku.
Walaupun hubunganku dengan keluargaku tidak baik. Tetapi, aku juga ingin bercakap seperti biasa dan normal dengan ibu bapaku. Tetapi tidak. Kalau aku bercakap pun jauh-jauh. Sebab mulut aku yang busuk ni.
Dengan adik-beradik pun sama. Aku akan jauhkan diri. Sebab aku tahu diorang tak selesa. Mulutku kan berbau busuk.
Sekarang sudahpun tahun baru iaitu 2022. Mulutku semakin teruk. Baunya semakin teruk. Baunya kuat daripada mulut dan hidung.
Walaupun aku menutup mulut, menahan nafas dari hidung agar tidak keluar, walaupun sekarang zaman dimana semua orang memakai mask, mulutku tetap berbau busuk.
Kadang ketika aku berada disesuatu tempat, contohnya klinik, ada orang duduk bersebelahan denganku. Walaupun memakai mask, walaupun aku memakan gula-gula getah sekalipun.
Bau mulutku tetap busuk. Kesian orang yang terhidu, kerap kali bersin, mengeluarkan kahak dikeranakan bau mulutku yang teruk baunya tak terhingga.
Jika kau berada ditempatku, susah. Susah. Satu ayat sahaja yang aku mampu ungkapkan. Susah. Sangat susah menjadi aku. Tapi aku redha. Aku hanya mampu diam dan melihat situasi itu sepanjang masa.
Sesiapa yang sebelum ni berada diposisi orang yang terhidu bau mulutku ini, aku minta maaf sangat. Aku bukanlah sengaja. Dan aku juga tidak mampu memberitahu kalian akan tentang masalah kekuranganku ini.
Seperti Mek yang sudah bekerja, aku mahu bekerja. Umurku muda tetapi aku dikategorikan boleh bekerja. Tetapi aku takut, dikeranakan mulutku yang busuk ini aku menyusahkan mereka.
Membusukkan udara tempat bekerja. Mereka menjadi tidak selesa denganku. Dan banyak lagi yang kurisaukan. Susahnya aku mau mencari kerja. Doakan aku agar aku mendapatkan pekerjaan yang sesuai untukku. Terima kasih.
Seperti Mek, kita sama. Pemikiran kita tentang ini sama. Iaitu tentang kahwin. Tentang mempunyai hubungan.
Aku juga merasakan yang aku tidak akan dapat peluang ataupun kesempatan untuk mempunyai hubungan. Kahwin apatah lagi. Siapa saja yang mahukan orang yang berbau busuk. Bercakap pun aku tak mampu, apalagi mempunyai hubungan.
“Walaupun aku kadang-kadang tertanya-tanya, apa rasa dipeluk oleh seseorang ketika aku sedang merana dan aku inginkan seseorang memelukku lalu meng’comfort’ aku dengan lembut dan penuh kasih sayang.”
Bagi aku, itu semua hanyalah mimpi semata-mata. Aku sudah pun redha yang aku tidak akan dapat merasakan kasih sayang seseorang yang bernama ‘life partner’. Aku dah biasa berseorangan. Aku okay..
Aku hanya mampu meng’comfort’ diriku dengan mengusap kepalaku mengunakan tangan ku sendiri sambil berkata, “jangan risau, semua akan baik-baik sahaja. Aku Okay..”. Sehinggalah aku rasa tenang.
Haha, aku hanya mampu menutup mata dan membayangkan yang ada orang sedang meng’comfort’ dan memgusap kepalaku. Apakah. Gilakah.
Wah, panjang sungguh luahanku pada kali ini. Banyak yangku ungkit kisahku. Ceritaku pun lari entah kemana sudah. Aku pun sudah lenguh menulis ni, maka ku akhiri disini.
Ianya bukanlah sebuah penutup ataupun kata pengakhiran yang baik, akan tetapi terima kasih kerana sudi membaca. Aku doakan admin, para pembaca, Mek dan semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T..
Sekian, Assalamualaikum.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Boleh tak wasap saya,saya pon ada masalah mcm awak,sunyi giler hidup aku,aku perlukan kawan plis 0164389965