Kita Yang Cipta Bahagia Kita Sendiri

Depresi. Kemurungan. Anxiety. Saya pun pernah mengalaminya. Dah pergi Therapist. Alhamdulillah, sekarang saya lihat dunia saya dengan cara berbeza. Because i am different, yeaaahhh!!

Please! Pergilah therapist kalau rasa cam nak bunuh diri. Rasa semua orang tak sayang kau. No! Tuhan create you for reasons! Dihujung hati orang2 ini, semua nak pulih. Saya bernasib baik sebab doktor yang saya sembang tu rujukkan saya ke therapist selepas ada simptom2 stress yang teruk.

Setiap bulan saya akan ambil ubat tidur sebab saya sangat susah tidur. Dan saya pergi klinik sorang2 waktu ini sebabnya… Sejak itu, saya berazam untuk berubah! 2 tahun sudah berlalu.

Bagi saya, kita bukan tak boleh kawal tapi kita tak reti nak kawal. Tak reti nak rawat emosi sendiri. Tak reti nak switch mood. Bacalah kitab ape pun, ia bukan masalah agama atau iman. Bukan ngada2 tapi alaah susah pulak nak terang.

Dont! Jangan harapkan manusia faham kita. Suami pun belum tentu faham. No! A big No! Pergi youtube, tengok ceramah Prof Dr. Mat Rofa tentang sekecil2 benda yang Tuhan jadikan sangat hebat!

Prof buka mata saya apabila saya lihat cap jari saya adalah sebuah signature dari pencipta yang sama ( https://www.youtube.com/watch?v=XJS394lDLAA ) (oh, saya dulu pelajar graphic design jadi saya agak syok bila bab2 ciptaan ni ). Ustazah Asma Harun cara2 nak mengarah suami tanpa rasa seperti mengarah cewaaah ye saya buat dan betul berkesan!

Sekali sekala, pergilah ke klinik kesihatan yang sibuk. Duduk situ. Tengok makcik2 tunggu giliran lama. Doktor yang kehulur kehilir macam berjogging. Nurse2 yang kena marah. Allah, besarnya nikmat kita masih dikelilingi kasih sayang anak2 sedangkan yg bekerja ni tinggal anak di pengasuh.

Sekali sekala bacalah kisah2 artis kena cerai. Hidup perlu diteruskan.. Ok, Makcik2 ibu tunggal berjaya hantar anak masuk u. Kalau kita masih duduk dalam toksik marriage/family bertahun2, itu kita yang pilih. Hadaplah dan adapt lah dengan cara ; kita pun perlu bahagia.

Create your own happiness. Mungkin kalau dulu masa anak dara minat shopping tapi sekarang takdak masa, so pergilah install shopee or lazada. Saja window shopping pastu simpan kat cart berbulan2 hahaha. Tak beli pun tapi sajaaa..

Kalau anak buas, tacklelah keaktifan mereka tu dgn cara ajar anak rock climbing ke main skipping ke melukis ke supaya mereka salurkan aktif mereka dgn positif. Eh cam senang je saya bercakap kan.. Tak.. Tak.. Tak.. saya nak ajar cara berfikir agar kita bahagia.

Saya yang sedih tengok suami ada perempuan lain, akhirnya saya tarik handbrake dan bagi dia peluang lagi setelah dia merayu depan parent saya tapi kali ni saya layan dia seperti bestfriend saya. Kunun2 Amerika lah.. Saya jadi open minded kalau dia nak bercerita keasyikan dia dgn girls lain walaupun waktu dia dating tu dia pun sedang bercinta dengan saya. (Tepuk dahi)..

Well saya yang tanya kan dia jawab je. Hati ni bengkek jer tapi saya switch mood kepada saya perlu bahagia.. “terasa” tu saya tukar ikut sedapkan hati.. Move on cepat2.. Saya perlu bahagia!!

Baru ku tahu laki ku ini ramai girlfriend walaupun muka cam cekodok masin hahahaha mulutnya manis umpama memanam tebu di tepi bibir.. Cuma kali ini saya bagi kata dua, “kalau lepas ni ada perempuan lain, mudahkanlah penceraian kita”.. Nampaklah dia dah berubah.

Dia tak suka kucing tapi saya tetap nak bela kucing untuk rawat hati saya ni.. Sekarang ni, dia yang tidur dengan kucing tu hari2.. Eh kucing tu kalau tidur boleh bangun tau tunggu ayah dia bukak pintu rumah.. Sabarlah aku.. Kalau dulu, time makan kat luar ada feral cats saya suka riba then suap makan pastu suami tak suka..

Sekarang korang boleh agak kut? Suami yang riba kucing weh suap makan!! Kalau tetiba suami hilang pergi sambung nyawa 3 meter jaraknya, pasti sebelah dia ada feral cats minta garu2.. Jadi saya bahagia apabila lihat suami saya sayang kucing.. Dan dari situ saya tahu, suami saya suka perempuan manja dan gedik2 macam kucing. Jadi saya apply dan makin bahagia.

Masalah saya ni bukan suami je tapi macam2. Saya pun mangsa phedofilia umur 6 tahun, darjah 2, darjah 5 dan tingkatan 3 dengan orang2 yang berbeza. Dyslexia. Masalah family. Mentua. Tempat kerja. Kena tikam di kawan. Saya sembang rahsia dgn kawan ni tup2 kawan tu tahu.. Sejak tu i trust no one accept diri saya dan Allah. Dan Adelah lagi.

Tapi saya pilih bahagia cara saya. Baik dengan orang. Ketawa kuat2. Ramah. Sayang kucing. Sayang hutan Amazon. Sayang semut. Saya takde simpan ridset dalam rumah. Bagi saya, saya yang jemput semut2 ni datang. Adanya gula tak tutup rapat, susu tumpah lambat lap. Mungkin rezeki mereka di sini.

Sayang kalkatu. Sayang pokok. Sayang anak. Sayang adik2. Tegur anjing orang masa jogging. Tegur anjing tepi jalan ” hye, girls!! “.. Depa pun berincit-incit lari cam nampak orang gila, hahaha.. Nampak sampah saya angkat. Senyum kat bangla. Mudahkan urusan orang. Sembang ramah dengan cleaner.

Saya tanam pokok. Saya makan durian. Saya makan aiskrim bila saya rasa nak makan. Saya sapu rumah bila saya rasa nak sapu. Saya mop rumah bila saya rasa nak mop. Ajar suami letak baju kotor dalam raga dengan cara yang berkesan. Ajar suami cara tegur kita camna.

Laki tak suka kena marah/bebel jadi dengarlah ustazah Asma punya ceramah cara2nya. Hihi.. Oh, saya tak tagged suami kat mana2 post facebook sebab saya tahu psikologi orang lelaki dia tak suka benda/thread yang panjang2/remeh. Saya yang cerita kat dia.. Kalau ada singgit dalam poket, saya beli cadbury 3 kupang satu tu.

Belajarlah dari seekor anak kucing. Bagaimana sebatang lidi yang bergerak kiri dan kanan sudah cukup mampu mencipta bahagia mereka.

Dan pengakhirannya nanti, kau akan rasa bersyukur sikit. Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?

– Afi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *