Assalamualaikum. Hai para netizen. Apa yg bakal aku nasihatkan ini bukan untuk membuka aib sesiapa. Tetapi untuk memberi pengetahuan am. Sebagai lelaki dan wanita anda patut faham serba sedikit.
Haid @ period @ datang bulan @ bendera merah ialah proses dimana dinding uterus luruh pada kitaran Hari pertama sehingga Hari ke 6 atau 7 bergantung pada setiap perempuan. Setiap perempuan tak sama kitaran masing2.
If sexsual intercourse happen which is ( sperm release and meets ovum ) so uterus lining will not be shed during that month until delivery occur.. Uterus lining will be placed where placenta attach @ baby to grow.
Dalam Bahasa mudah. Kalau persetubuhan berlaku dalam tempoh hari subur si isteri ( Hari ke 14 ) maka persenyawaan ( benih suami bertemu telur isteri ) akan menyebabkan mengandung. Jadi tiada dinding uterus akan luruh, tiada darah haid untuk bulan itu dan seterusnya sehingga bayi lahir.
Begitu juga kalau bunting pelamin. Mengandung tidak Akan dikira pada hari pasangan bersama. Tetapi akan dikira pada hari last si isteri period.
Disini saya ingin tekankan tentang haid.
1) Tolonglah jaga kebersihan diri.
Tak perlu tunggu sampai Malam baru nak tukar pads. At least setiap 4 jam atau setiap kali rasa penuh tolong tukar. Tambah2 kalau heavy flow. Tak yah tunggu dah bocor dah bau baru nak tukar pads. Dan kalau rasa bocor, basuh la apa yang patut. Bukan Masih pakai seluar yang sama. Ini demi kebaikan diri sendiri juga.
Tukar juga seluar dalam. Jangan asyik pakai Yang Sama seharian. Bau busuk juga nanti.
Kalau kerap bocor, pakai pads yang tebal saiznya contoh 32,33 cm. Kalau badan kecil pakai lah pads yang kecil saiz nya contoh 22,23 cm. Ni tak dah la orang nya kecil pakai pula pads besar. Jalan pun orang nampak terkedek2 ( mostly perempuan la yang bawang2 kan ).
Pads wanita dah pakai kena cuci bersih2 dan lipat elok2 lalu buangkan ke dalam tong sampah. Kalau basuh biarlah hilang bau dan warnanya. Sebab risau menarik perhatian MAKHLUK2 tak diingini.
Sudah basuh bersih pads lipatkan ke dalam pembalut @ surat khabar. Lipat elok2 dan kemas serta buangkan ke dalam tong sampah. Jangan buang ke tempat terbuka atau tempat lalu lalang. Malu wehhh.
Kalau bocor basuh ke semua tempat yang terkena darah period anda. Jangan biarkan terdedah. Kalau rasa tak sempat nak basuh sekurang2 nya rendam dahulu bersama sabun @ Dettol @ pencuci baju.
Kalau darah period bocor terkena lantai anda duduk. Lap dahulu lantai tu bersih2. Jangan sambung duduk lagi khuatir lagi banyak bocor.
Kalau period tak boleh masuk masjid tau. Surau saja boleh.
2) Time period adalah time cuti. Tak boleh bersama. Si suami tolonglah hormati fitrah isteri. Boleh menyebabkan jangkitan kuman.
3) Lelaki2 pelindung perempuan kalau nampak bocor di bahagian tertentu jangan terus tegur Kami. Kami malu sangat. Malu sebab bocor dan malu sebab anda tegur. Jadi tolong letak lah kain ke apa ke untuk cover kami.
Perempuan sebelum period dda fasa PMS iaitu bahasa mudah yang mana kami jadi nak marah, nak sedih, selera makan bertambah tak tentu hala dan asyik moody. Maafkan kami ya.
Semasa hari pertama dan ke dua period kami ada fasa period cramps @ food craving mengalah orang mengandung. Maafkan kami juga.
Kalau baru kahwin maybe around 1 years maybe, kami ( perempuan ) kalau datang bulan malu hendak cakap terus terang. Kami malu nak minta tolong belikan pads pada suami kami. Kami juga malu nak bagitau kata kami period. Kalau kami cakap kami bendera merah @ Allah bagi cuti harap si suami kami faham.
Okay… Sekian dari saya.
– Sang Bunga.
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit