Assalamualaikum. Aku perkenalkan diri, nama aku Bunga berusia 33 tahun. Aku masih bujang dan berkerja disektor swasta. Cukup intro mengenai diri aku.
Tujuan aku menulis hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman serta berharap ada pembaca yang dapat memberi idea or nasihat untuk aku teruskan hidup aku.
Aku merupakan seorang yang sangat suka membaca dari aku mengenal huruf sehinggalah sekarang. Buat masa ini buku yang sedang aku baca ialah “Surat Untuk Orang Yang Berputus Asa” Apa yang akan aku kongsikan ialah mengenai kitaran hidup aku yang mungkin ada keburukan juga mungkin ada kebaikannya.
Tahun 2010-
Selepas 3 bulan aku habis final exam, aku akhirnya memulakan kerjaya aku sebagai executive call center. Kerjaya yang mencabar emosi serta kesabaran diri. Dengan gaji & allowance yang lumayan aku hanya mampu bertahan selama 9 bulan sahaja.
Saban hari ada sahaja cacian serta kata-kata kesat yang aku terima, walaupun pada hakikatnya aku dibayar untuk membantu pelanggan dengan servis yang company tawarkan. Sampailah ketika aku pergi kerja tetapi apabila sampai di office, aku ketakutan dan menangis sehingga aku sanggup berpura-pura sakit hanya untuk mendapatkan MC.
Team leader yang menyedari perubahan emosi aku, mengajak aku dan beberapa orang officemate untuk bercuti bagi menghilangkan perasaan tertekan. Balik dari bercuti aku sangat bersemangat untuk memulakan kerja, namun apabila tiba waktu untuk aku receive call, tangan aku mula mengeletar dan air mata aku mula bercucuran.
Aku give up dan aku terus memaklumkan bahawa aku harus pergi sekarang juga, jiwa dan mental aku sedang “sakit” dan aku tak mampu lagi bertahan walau untuk sehari.
Tahun 2011~2014-
Aku mula bekerja dalam industry oil and gas, pada waktu ini industri oil & gas berada diwaktu pucak dimana banyak project sedang berjalan serata dunia. Dan semestinya aku terpaksa berkerja bagai siang tiada malam dan bagai weekday tiada weekend. Namun jujur aku bahagia dan sangat sayangkan kerjaya aku.
Pada waktu ini bermulalah kitaran hidup aku yang tak sihat. Oleh kerana hidup aku tiada hiburan serta tiada masa, aku akan habiskan masa lunch or petang jumaat dengan membeli- belah. Membeli barang yang bukan keperluan dan berjangkit dengan perkataan “sale”. Sehingga hari ini masih ada 3 set comforter yang aku masih belum guna walaupun sudah bertahun-tahun aku beli.
Tahun 2015~2018-
Industri menjadi slow & project tak banyak, jadi aku putuskan untuk berhijrah ketempat lain. Bekerja di tempat orang sangat mencabar. Hidup aku sunyi tanpa keluarga disisi. Penyakit berbelanja tak tentu arah aku slowly berubah. Namun pada waktu ini aku addicted dengan melancong.
Tiap kali ada masa terluang aku pasti akan check tiket penerbangan yang murah. Tiket burn saat-saat akhir tidak menimbulkan kesesalan yang besar buat aku (kerana aku selalu beli tiket yang awal hampir setahun dengan harga yang murah) Setiap tahun aku akan menjelajah ke 2 atau 3 negara dan dah tentu aku sangat gembira walaupun hanya sementara.
Tahun 2019-
Aku masih terumbang ambing dengan hidup aku. Masih pening dan tak tahu kemana jalan yang patut aku tuju? Aku telah kembali ke sisi keluarga dan berkerja mcm biasa, namun kadangkala aku terpaksa work from home terutama ketika weekend.
Bila ada masa aku akan berehat, sambil membaca buku. Aku tidak lagi berbelanja serta melancong, keadaan kewangan serta masa aku tidak menizinkan aku untuk bersuka ria seperti sebelumnya dan aku terus merasa kosong mencari sesuatu yang aku sendiri tak tahu.
Tahun 2020-
Sekali lagi aku mengambil keputusan untuk bekerja dan berhijrah ke tempat orang. Tempat yang jauh dari keluarga, tempat yang aku harap dapat menjadikan diri aku lebih baik dari sebelum ini, tempat aku rasa dapat menemui apa sahaja yang aku cari.
Aku menukar cara hidup aku hampir 180 degree, melakukan segala aktiviti yang baik buat diri aku serta mengurangkan pembaziran masa dengan perbuatan sia-sia. Melancong dan bershoping tidak lagi menjadi hobi atau kesukaan buat diri aku. Namun aku masih belum berjumpa dengan apa yang aku cari,
Buat yang tertanya-tanya tentang saving, jujur aku lansung tiada saving sehinggalah tahun 2018.
Bagi yang tertanya tentang love story aku, aku pernah bercinta & hampir bertunang namun ianya hanya sekali.
Bagi yang tertanya-tanya apa tujuan confession aku ini?
Aku sunyi, aku nak pandangan pembaca tentang apa sebenarnya yang aku cari serta macam mana nak buat hidup aku lebih bermakna?
Tolong jangan buruk sangka, aku tidak berputus asa dengan hidup aku, aku sedang berusaha berubah dan memperbaiki diri. Hubungan aku dengan keluarga lansung tiada masalah, hubungan dengan kawan-kawan pun baik. Namun mungkin hubungan aku dengan Allah perlu aku perbaiki lagi.
Sekian…
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit