Klasiknya Cinta

Aku tak mahu cerita tentang percintaan aku. Yelah, aku single lagi. Sekarang aku nak cerita tentang mak ayah aku. Love story mereka. Maybe tak seromantik diwale or se sweet drama2 yang ditayangkan di tv, tapi aku rasa love story mak ayah aku ini klasik.

Mak dan ayah aku berkenalan ketika ayah aku bekerja di JB. Mak aku pun kerja kilang disana. Ketika mak aku membeli-belah, ayah aku boleh pulak terlanggar mak aku dan berterabur lah barang-barang belian mak aku. Disitulah detik permulaan perkenalan mereka.

Ayah aku cakap, dia terpikat kat mak aku disaat kali pertama dia melihat mak aku. Saat itu ayah aku bertekad nak kahwin dengan mak aku. Mak aku pulak, tak nak ayah aku. Sebab ayah aku bukan orang Johor. Ayah aku orang Selangor. For sure atok aku tak berkenan.

Tetapi, ayah aku ini tekad and degil orangnya. Dia berusaha ikut mak aku balik kampung untuk berjumpa atok and nenek aku. Mak aku, of cos lah cuak, sebab atok and nenek aku garang.

Berkat kesungguhan ayah aku, atok aku pun setuju dengan idea ayah aku yang nak kahwin dengan mak aku. Maka datanglah rombongan kahwin dari Selangor dengan menaiki keretapi (ayah aku orang miskin, jadi tak mampu nak sewa kereta).. yang datang upn pakcik aku dan makcik aku. Opah dan tok aku tak datang kerana jauh.

Permulaan perkahwinan, mak aku cerita yang dia tak pandai memasak masakan orang Selangor. Jadi, opah aku yang sememangnya tak berkenan kat mak aku (gara2 mak aku bukan orang senegeri) bertambah tak suka kat mak aku. Namun mak aku tetap bersabar.

Seingat aku, opah aku menyayangi kami adik-beradik namun dingin pada mak aku hingga ke akhir hayatnya walau bermacam2 mak aku dah buat untuk ambil hati opah aku.

Begitu juga dengan ayah aku. Nenek aku pula tak menyukainya. Katanya ayah aku ini masa muda je bergaya, dah tua nanti selekeh. Sehingga ke akhir hayatnya, ayah aku yang bawa dia pulang dan tinggal bersama kami setelah semua anak-anaknya enggan jaga.

Masa aku kecil, aku memang akan dengar mak ayah aku bergaduh. Tapi aku akan lihat mereka akan berbaik semula selepas 2-3 hari.

Selalunya ayah aku yang akan mengalah. Lagipun mak aku memang garang, meskipun dengan kami, ayah amatlah garang, namun depan mak, ayah memang akan ikut je cakap mak. Bukan bererti ayah aku ini dikontrol oleh mak aku. Apa yang aku lihat, kalau mak aku tengah marah, ayah aku diam je.

Pernah sekali kami komen masakan mak tak berapa sedap pada haritu. The next day and next day, mak tak masak makan tengahari. Ayah tak marah mak. Tapi kami semua dimarahi ayah siap kena warning tau.

Kalau bab buat decision, memang seperti biasa kami akan tanya mak dulu, and mak akan cakap “Tanyalah ayah”. Ayah pula akan jawab, “Mak jawab apa?”. At the end of the day, mak jugak yang buat keputusan. Bukan selalu, cuma ada masa ayah akan bagi keputusan muktamad terutama bab duit.

Ayah aku bukan seorang yang suka tunjukkan kasih-sayangnya pada mak aku. Malahan ayah aku dulu ada ramai ex-gf. Sampai sekarang ayah aku simpan gambar2 tersebut. Bila aku tanya kat mak aku, “Mak tak jeles?” Jawapan mak “Nak jeles kenapa? Dah ada anak berderet2 pun”.

Walaupun ayah aku tak nampak macam romantik, namun ayah aku suka melukis. Setiap lukisannya ada tertera nama “Wahju”. Wahid dan Ju. Nama ayah dan mak aku.

Ketika umur mereka menginjak lebih tua begitu juga dengan aku bersama adik-beradik aku. Ketika kami semua telah besar, masing2 suka buat hal masing2. Maka mak dan ayah aku lebih banyak menghabiskan masa bersama. Ke kebun bersama2, makan di kedai makan berdua dan ke pasar bersama.

Setiap hari juga mak aku akan jadi pendengar setia cerita ayah aku mengenai sekolahnya. Maklumlah ayah aku ni cikgu sekolah. Hari2 balik, pasti ada cerita baru.

Ayah aku pula mengalahkan anak2, sampai je dirumah, yang dicarinya dahulu adalah mak aku. Tak jumpa mak aku, mahu dikerahnya kami semua mencari mak aku segenap kampung.

Di waktu malam pun sama, sampai ketengah malam mereka berbual. Aku pun tak pasti apa yang dibualkan setiap hari. Setiap hari tanpa bosan.

Aku masih ingat, masa itu aku di tingkatan 4. Aku mula perasan kesihatan mak aku yang semakin merosot. Selalu demam. Puas aku pujuk untuk pergi klinik, namun dia berdegil. Sama juga keadaan ayah aku yang fobia dengan hospital. Maka, mak aku makan panadol je setiap kali sakit.

Selepas beberapa tahun, mak aku jatuh sakit. Kali ini sangat teruk. Mak aku mengalami sakit perut yang teramat dan ada benjolan di bahagian perutnya. Akhirnya mak aku masuk hospital dan dia disahkan ada tumor didalam perut. Mulanya episod tinggal dihospital.

Rumah kami agak jauh dari hospital besar. Sakit mak agak kritikal jadi dimasukkan ke hospital besar bukannya daerah. Justeru ambil masa sejam dari rumah. Masih kuat di ingatan aku, ayah aku berulang-alik dari rumah dan hospital setiap hari. Adik2 aku ketika itu di bangku sekolah menengah. Aku pula tunggu result SPM.

Ayah aku akan datang ke hospital sebaik sahaja dia tamat mengajar. Datang ke hospital melawat mak aku dalam 15 minit dan selebihnya ayah aku tunggu disekitar hospital sehingga subuh dan sebelum ayah aku balik rumah dan pergi mengajar, ayah aku akan melawat mak aku terlebih dahulu.

Setiap kali ayah aku jumpa mak, pasti tak lebih dari 15 minit. Aku cukup marah dahulu. Aku rasa ayah aku tak sayang mak aku. Yelah, jumpa sekejap sangat.

Tapi mak aku cakap, ayah aku tak sanggup lihat mak aku sakit dan tangan dicucuk berserta tiub menjalar di tubuh mak aku. Ada juga kesan lebam2 ditangan mak aku kesan dicucuk. Itu yang buat ayah aku tak keruan.

Ayah aku elak jumpa mak aku lama2 sebab dia takut dia akan menangis dihadapan mak aku. Dia tak nak isterinya tahu yang dia sedih. Jadi ayah aku ubat hatinya dengan berjalan2 di kaki lima hospital sambil isap rokok sebanyak mungkin. Itu cara ayah aku kurangkan tekanannya.

Sebulan berlalu. Ayah aku semakin kurus kerana tak cukup rehat, begitu juga dengan mak aku. Satu hari, mak aku secara tiba2 nazak. Tak sedarkan diri.

Aku ni baca surah yasin pun sambil menangis2. Bukan aku sahaja, semua adik-beradik aku dalam keadaan yang sama. Atas surah yasin tu banyak giler kesan airmata. Cuma ayah aku je yang tenang.

Doktor sarankan pada kami untuk bawa pulang je mak aku. Kerana tak guna pun kalau guna life support. Jadi ayah aku bawa mak aku pulang pada malam itu juga.

Sepanjang malam ayah aku menjaga mak aku dengan bacaan surah yasin. Akhirnya mak aku menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas riba ayah aku pada tahun yang ke 31 perkahwinan mereka.

Pagi itu hujan renyai, seolah-olah mengiringi airmata kami sekeluarga. Mak aku dimandikan kami adik-beradik. Ayah aku? Berada di luar rumah sahaja.

Ketika mak aku dikapankan dan kali terakhir kami menatap wajahnya, makcik aku memanggil ayah aku agar melihat wajah isterinya buat kali terakhir. Namun ayah aku menolak.

Aku tersentak. Kenapa ayah begitu kejam? Ketika aku rasa ayah kejam, kedengaran makcik2 aku berkata, ayah aku terlalu sedih hingga dia tak mampu untuk melihat isterinya buat kali terakhir.

Setelah upacara pengkebumian berakhir. Kami semua pulang ke rumah. Ayah aku pula masuk ke dalam bilik air. Setengah jam dia dalam tu. Keluar je, aku lihat matanya merah.

Hari2 yang seterusnya aku lihat, setiap kali tidur, ayah aku akan lapik kain batik mak atas bantal tidurnya. Kain pelikat ayah yang dah bertampung2 aku nak buang. Ayah pesan supaya jangan dibuang kerana itu hasil jahitan mak.

Suatu hari ayah berkata pada aku, sepanjang masa di hospital, setiap kali ayah aku berjumpa dengan mak, mak akan mengadu sakit. Ayah tak dapat nak kurangkan sakit mak. Sebab itu ayah tak sanggup melihat mak lama2.

Semasa mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, ayah cakap ayah redha mak pergi dulu sebelum ayah. Sebab mak dah banyak susah ketika hidup bersama ayah.

Aku tergamam. Betapa ayah aku sayangkan mak aku hingga ke akhir hayat mak aku.

Tak aku sangka sayangnya ayah aku pada mak. Romantik kan ayah aku?

Buat korang, hargailah orang yang korang cintai…

Al-fatihah..

– Ms. Tak Romantik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *