Kecil Lagi Dah Pandai

Provokatif sungguh tajuk kali ni. Tapi percayalah, isinya baik.

Cabaran baru yang kulihat pada sesi mengajar kali ini, ialah murid yang terdedah pada kelucahan. Kanak-kanak seusia 7 tahun yang membaca pun belum pandai. Tapi sudah tahu mengusik zakar orang.

Seawal minggu pertama aku dah spotted tindak-tanduk beberapa murid ni. Ada dua orang yang duduk bersebelahan dan tangannya ‘di bawah meja’ kawan.

Ada yang masa berdiri mengaji sebelah aku pun tangannya dalam kain samping. Ada yang mengadu, kawannya nak cium.

Murid lelaki dengan lelaki. Ada yang tendang kawan, sambil tersengih-sengih tendang di zakar. Terkebil-kebil si kawan pegang zakarnya kena tendang.

Bull’s eye tu juga nak ditendang. Dah tak ada tempat lain?

Sazah perati je perangai korang… Nak pastikan korang tersilap atau memang sengaja berkelakuan macam tu.

Minggu lepas waktu berziarah ke rumah Akak, kami berbincang tentang hal ni. Maklum la, Akak ada 3 anak lelaki baya-baya muridku.

Mungkin Akak boleh fahamkan aku tentang sikap budak lelaki meneroka tubuh badan pada usia ni.

Akak kata setengah budak lelaki memang terbiasa pegang zakar sebab tahan kencing. Kita kena selalu ingatkan supaya pergi kencing dan berhenti pegang zakar.

Masalahnya, dah berapa tahun aku mengajar tak biasa pula nampak murid pegang zakar bila nak kencing. Mereka berjoget terkepit-kepit adalah.

Kemudian Akak cerita pula, kejadian di sekolah anaknya Angah. Waktu di tandas, Angah pernah terserempak murid darjah satu berdiri menghadap dinding, dengan gaya orang kencing berdiri.

Padahal tiada tandas berdiri di situ. Angah tak nampak tangannya buat apa tapi Angah tengok muka budak tu merah.

Kau buat apa berdiri mengadap dinding dengan muka merah nakkkkk…..

Aku, Akak, Ibu, kami semua diam macam tercekik tulang. Pedih sungguh realiti anak-anak zaman ni..

———

Dua hari lepas, Ayub mengadu kat aku. Ijan tunjuk zakar kat dia!

Aku panggil Ijan yang kecik kuit badannya. Antara murid yang pandai mengaji dan selalu bimbing kawan dalam kelas.

Ijan mengaku dia buka tengah sampingnya yang sudah tiada zip, seolah-olah menunjukkan zakar. Cuma buka lubang samping. Bukan betul-betul buka seluar.

Tapi perbuatan tu melampau bagi seorang budak. Aku syak ada yang abuse budak ni sampai dia tahu kelakuan tu. Aku tarik Ijan ke meja guru dan siasat lebih lanjut.

“Ijan, ada orang pegang kemaluan kamu ke di rumah?”

Ijan angguk. “Siapa?” tanyaku lagi sambil mencadangkan dua orang. Seorang Ijan nafikan, seorang dia iyakan.

“Dia pegang macam mana? Cuba Ijan buat kat tangan ustazah ni.” Aku hulur tangan, nak pastikan sentuhan tu seperti apa.

Dari gaya sentuhan boleh diteka niatnya. Boleh jadi ‘orang itu’ cuma tolong basuhkan kencing atau buang kutu babi.

Ijan gengggam-genggam tangan aku beberapa kali.

“Selalu ke dia pegang?” Ijan angguk.

Sayu hati aku. Budak ni memang kena abuse. Dengan keluarga sendiri.

“Bagitahu ibu tak? Ibu cakap apa?”

“Ibu kata dia pegang sebab dia marah Ijan.”

Tolol. Marah piatlah telinga. Cubit perut. Tarik sideburn ke. Apa benda marah genggam zakar. Kecewanya aku dengar jawapan Ijan.

Kasihannya Ijan… Argh hangin aku dengan parent tolol begini!

Aku putuskan untuk berterus-terang dengan murid harini. Sekarang. Kalau kelucahan sudah jadi terang-terangan, nahi munkar juga perlu terang-terangan!

Kelas kujeda sebentar, berdiri di tengah whiteboard menyeluruhi wajah suci anak-anakku.

“Anak-anak, siapa ada tempat kencing? Angkat tangan,” sambil aku angkat tangan tinggi-tinggi.

Satu kelas terdiam dengar soalanku. Tak ada yang berani angkat tangan. Mungkin tak pasti apa arah soalan aku tu. Suasana rasa tegang sejenak.

Tiba-tiba Saif yang duduk depan sekali gelakkan aku. “Hahaha ustazah pun ada tempat kencing!”

“Eh mestilah, kamu ingat ustazah kencing kat hidung?” Aku pandang Saif sambil tunjal dua jari ke hidung sendiri. Semua gelak dengar jawapanku. Suasana tegang jadi kendur. Barulah mereka angkat tangan.

“Bagus. Semua ada tempat kencing. Apa kita panggil tempat kencing?” soalku melanjutkan. Macam-macam jawapan mereka beri, berdasarkan apa yang diajar oleh keluarga. Ada yang jawab dengan istilah sebenar.

“Betul.. Tempat kencing lelaki, kita panggil zakar. Perempuan, kita panggil faraj,” ujarku tegas menghilangkan janggal.

“Ustazah nak pesan ni, dengar baik-baik. Zakar dan faraj kita, tak ada siapa pun boleh pegang. Siapa pun tak boleh. Keluarga ke, kawan ke, TAK. BOLEH. Faham?”

“Faham…” perlahan saja balasan mereka.

“Kita pegang zakar dan faraj orang pun TAK. BOLEH. Faham?”

“Faham…”

“Kalau orang sentuh, buat apa? PUKUL TANGAN DIA. Macam ni,” ujarku sambil pukul tangan sendiri kuat-kuat depan mereka.

Diam semua senyap-sunyi.

“Anak-anak, siapa pegang zakar dan faraj orang, berdosa. Kamu jangan ingat nak main-main macam pegang telinga ya. Pegang zakar dan faraj BERDOSA. Siapa nak masuk neraka?”

“Tak naaaaakkkk…”

“Ha macam tu jangan pegang zakar dan faraj orang, jangan bagi orang pegang zakar dan faraj kamu. Janji ya?”

“Janjiiiiiii….”

Pendedahan pada usia muda akan menyebabkan ketagihan. Ketagihan seks bakal merosakkan otak sama macam ketagihan dadah. Lelaki yang bermain zakar boleh menyebabkan mati pucuk.

Lebih bahaya dari itu, kesan maksiat seks mengundang AZAB dari langit… Allah bayar CASH di dunia sebelum akhirat!

Ya Allah lindungi murid-muridku… Kesiannya mereka semua.

————–

Anda yang baca ni, didiklah kanak-kanak kita jaga aurat mereka. Prihatin dengan aduan mereka. Kalau anda orang dewasa nakal sekalipun, jangan libatkan kanak-kanak. Mereka masa depan kita.

Please. Nanti kita semua dah tua, anda mahu negara ni ditadbir oleh manusia gila seks? Mahu dijaga oleh belia-belia rosak otak?

Nauzubillah!

Mohon hentikan. Kita boleh.

(Semua nama dalam cerita ni bukan sebenar. Terima kasih admin kalau sudi share awareness..)

– Sazah Bukan Perfect (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *