Salam Alaikum makhluk2 Allah sekalian,
Ini confession pertama aku. dari dulu lagi aku memang syok baca confession yg dipost kat iium page ni. Tengah2 duk baca tu tertanya2 jugak la, ‘apala yg aku nak confess ni? awat diorang ni mcm best je cerita diorang?’ then, harini aku dpt ilham untuk kongsikan my story which i hope dpt bagi pengajaran kpd anak2 di luar sana. at the same time, aku harap ada la jugak satu dua manusia yg sanggup bagitau kat ruangan comment berkenaan dgn penyelesaian yg patut aku ambil.
here we go. april 2015(form4) aku buat keputusan nak pakai braces selepas diconsult oleh nurse2 yg selalu datang kat sekolah tu la. menyengat gila ayat nurse tu mase dia sound aku punya gigi. haha tapi memang betul pun apa dia cakap. then balik rumah aku citer kat mak aku sambil sedu sedan. alolo manja noh aku time tu. so aku cakap la kat mak aku yg aku ada classmate yg buat braces kat hospital government bayar dlm 400+- mcm tu. then survey punya survey, mak aku decide nak buat kat klinik swasta. alasannya psl aku sekarang dah form 4, nak tunggu giliran lagi(tau la kan dah nama government, panjang benar la line dia). so target mak aku, nanti dh hbs sekolah and nak sambung tertiary education, kiranya dh settle braces tu.
al kisahnya, daerah yg aku duduk tu tak de klinik gigi yg buat braces ni. so yg paling dekat adalah daerah sebelah. naik bas dlm 30 minit jugak la. nak bagitau la yg aku hanya duduk ngan mak aku je dan family kitorang memang tak ade kereta. so mula2 tu memang ulang alik la setiap sabtu pasal mula2 nak pakai tu memang byk urusan kene settle la kan. then mula2 pergi klinik, staf klinik jelaskan psl bayaran;
1)total rm5000 (byr rm200 setiap kali appointment which is 6 minggu sekali)
2)retainer- rm 200
so mak aku cakap mcm ok la harga dia tu. then 2 bulan pertama tu memang aku ulang alik la dari 1 daerah ke 1 daerah setiap minggu. and setiap kali datang tu kena bayar rm 200. aku pon xpaham kenapa. asal nk pasang braces tu ada je alasan doctor tu which is,
-saperater xde la. kena tempah dulu
-suction rosak. kena baiki
-ring x muat. kena beli lain
-yg keluarkan sinar uv tu dh hbs power la
-mcm2 lagi yg aku sendiri xpaham.
aku iyakan je la semua alasan doctor tu pslnya aku budak lagi kot masa tu. mana berani nak bertanya ni. nak naik bas sensorang pon nangis. so kisah ulang alik ni xberhenti sampai la hbs total rm 5200 tu.lepas pada tu mcm ok la sikit setiap 6 minggu baru ada appointment. tapi utk 2 or 3 kali appointment je. and lps tu dia bagi appointment 3 MONTHS later. aku senyap je. kata dlm hati je la. and this thing goes on. kadang2 kata 6 minggu tapi tangguh and then tangguh and then tangguh samp 4 5 bulan kadang2. antara alasan yg kerap diberikan;
-doctor xde kat klinik. doctor ada emergency kat hospital (what the f**k)
-doctor cuti
-klinik tutup (byk2 kali sangat2)
-bos klinik tu pegi vacation ( apa kaitan? )
and the cycle goes on. lps dpt result spm, aku apply program tajaan mara yg ke luar negara tu. aku apply engineering(sbb engineering, accounting, science social je ada).aku pegi interview and aku dpt untuk program persediaan selama 8 bulan. lepastu aku pikir balik, dalam 8 bulan ni konfem memang xkan siap gigi aku ni. so aku terpaksa la tolak. sekarang aku dh sambung pengajian dalam bidang asasi sains kat uitm dengkil. so sampai sekarang setiap kali aku nak confirmkn tarikh appointment staf klinik tu mcm main tarik tali ngan aku. asyik2 duk bagi appointment hari khamis la, isnin la. aku mintak hari sabtu dia kata cuti. natang apa punya klinik. dulu kata appointment setiap sabtu je. sekarang? dahla budak asasi ni susah nak balik pasal jadual pack.
currently dh 3 bulan aku x dptkan rawatan aka x pegi appointment. condition gigi aku sekarang xde apa yg berubah dr mula2 aku pasang dulu. dah la ada gigi aku yg doctor tu dah cabut.katanya nak tarik gigi depan aku nak bagi rata. sekarang gigi depan aku dah senget menyenget xde simetri dah. aku nak cakap pon malu sekarang sbb takut orang nampak gigi senget aku ni.
sekian,
– anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit