Keluarga Kurang Agama

Assalamualaikum kepada kakak2 dan abang2. Saya nak cerita apa yang family saya sedang alami. Sebelum saya nak perkenalkan serba sedikit ahli keluarga saya termasuklah saya.

Saya anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Saya ada kakak sulung yang saya gelarkan ‘J’. Dan abang saya nombor 2 saya gelarkan ‘S’

Saya ada seorang ayah. Berumur 52 tahun. Kerja bank gaji dalam 5-6k sebulan. Tapi ayah cadang nak berhenti kerja tahun ni dan nak buka business kot entahlah.

Mak pulak surirumah, seorang isteri yang mendengar kata suami, taat kepada suami, lemah lembut, menjaga dan menguruskan hal rumah tangga dari A-Z.

Okaylah guna aku jelah selesa. Aku nak luah perasaan tentang keluarga aku ‘dari neraka’. Kenapa dari neraka?

Sepanjang aku hidup dan sepanjang kakak aku dilahirkan baru sekali kami pernah bercuti. Itupun sehari sebab tengok kakak stress belajar nangis2 huhu.

Ayah ada keluarga angkat di pahang. Dari aku lahir tak pernah merasai beraya di hari raya pertama di kampung datuk dan nenek kandung aku sendiri. Tak pernah. Setiap tahun aku beraya di kampung atuk angkat iaitu keluarga angkat ayah aku di pahang tu. Pelik kan?

Aku pernah tanya mak, “kenapa kita tak pernah beraya dengan atok n nenek kat selangor?”. Mak balas, “atok nenek angkat sama saja macam atok nenek kandung”. Hahahah entahlah.

Aku nak tambah cerita lagi atok angkat aku. Aku baru tahu tahun ni yang orang tua tu pernah orang kampung heboh kata dia sesat. Maksudnya mengamalkan ajaran sesat. Dan aku dapat tahu lagi pernah jabatan agama islam pahang siasat dia tapi tak kene tangkap pulak?

Entahlah aku dari kecil tak ngam dengan keluarga dorang sebab dorang bukan keluarga kandung. Aku teringin nak beraya keluarga jalan rapat dengan sedara mara kandung

Tahun 2018 timbul masalah dimana abang aku ambil ganja. Aku stress mengenangkan abang aku. Kenapalah dia ni bodoh sangat ambil ganja.

Nak kata dia stress pun dia mana ada sambung belajar n dia tak minat nak sambung belajar. Kerja pun tukar2. Ayah belikan moto baru lagi untuk dia. Entah apa motif ambil ganja ee bodoh.

Kesian mak ayah stress tak lalu makan kene keluarkan duit nak keluarkan dia dari masuk penjara. Masuk lokap seminggu.

Pastu ambil dia kat mahkamah aduh orang panggil apa ye yang bayar sekian sekian untuk keluarkan dia tpi kene pergi mahkamah lah untuk perbicaraan kes haaa. Keluar lokap kemain mengaku dosa kata menyesal lah apalah. Entahlah.

Kakak aku kahwin dengan anak kepada atok angkat aku duduk pahang tu so hubungan kami sekeluarga lagi ‘erat’

Tahun 2020 bermulalah ujian terbesa kami sekeluarga. Mak jatuh sakit secara tiba2. Atok angkat ni katanya pengubat patah2 tapi ada juga siapa nak berubat dengan dia selain sebab patah tulang. Nanti dia bagilah ayat2 untuk amalkan.

Kesian mak. Mak makin hari makin kurus. Mak selalu kata mak susah tidur malam asyik diganggu.

Mak syak mak kene buatan ornag iaitu mak yakin jiran kami. Jiran kami tu mmg dari dulu tak puas hati padahal tak buat pape pun.

Kami sekeluarga memang tak bergaul dengan jiran2. Buat hal sendiri saja. Makin hari mak makin teruk, mak makin tak keruan dah macam orang tak boleh berfikir dengan waras.

Mak usaha berubat sana sini dengan bantuan anak buah ayah. Macam2 mak pergi berubat. Dari ustaz sampailah ke bomoh. Sama juga.

Jadi lagi hangat bila ada ustaz ni kata yang atok angkat aku ada hantar something ke mak aku macam penjaga ke apa tah. Sampaikan mak dapat mimpi, mak tak nampak wajah orang tu tapi dalam mimpi mak kata orang tua tu yang hantar ke mak.

Ayah aku tolong mak aku ke? Aku rasa tak. Ayah aku takde usaha langsung nak tolong mak aku. Bini kau kot. Ni lagi sorang aku eeee entahlah.

Lagi bertambah marah bila abang aku ambil lagi ‘barang’. Ni barang boek sampai boleh buat otak kau tak betul. Ni ayah tengah usaha untuk masukkan abang aku dalam pusat pemulihan.

Mak asyik call and voice call adik beradik dia kata sakit tak mampu nak tanggung derita dia n buatkan adik beradik dia semua datang n usaha ubatakan mak.

Adik beradik mak mula syak yang ayah tak nak usaha langsung bawak mak pergi berubat. Dan aku rasa bende sama juga.

Bukan aku dengan kakak tak usaha nak bawak mak berubat. Tapi kakak aku disahkan ada tibi n dia tak boleh dekat dengan orang selalu n dia kene makan ubat setiap hari.

Aku pulak pembawa thalassemia n ada ketumbuhan di breast sejak tahun 2016. Tak pernah buang. Daripada ada belah kanan saja sekarang belah kiri pun ada.

Aku stress aku pernah terfikir nak bunuh diri semenjak mak aku sakit sebab akulah yang masakkan lauk mak aku. Aku masih belajar. Patutnya aku balik kelantan, aku belajar kat sana tapi sebab pkp so belajar online kat rumah (kl). Aku tak boleh focus, aku penat.

Time aku baru nak rehat mak aku panggil suruh ambilkan makanan lah kakak aku suruh jaga anak dia lah. Aku stress. Aku rasa baik aku mati saja aku tak tipu memang aku stress hampir setiap hari aku nangis tak tahu bila semua ni nak berakhir.

Soal mak aku mimpi atok angkat aku pulak, mak aku asyik tanya kami adik beradik kami dia macamtu. Aku takde jawapan.

Bila kakak suruh mak aku tanya ayah, mak aku macam takut n kata ayah takkan mesti akan backup orang tua tu. Yes masalah keluarga aku ni sangat complicated.

Aku punya dendam cara mak ayah aku didik aku sampai aku cadang bila aku dah kerja ada rumah sendiri aku nak bawak mak aku sorang saja dari keluarga neraka aku tu.

Aku kesian mak aku. Aku selalu marah mak aku sebab aku stress aku penat nak nasihat bende sama. Aku takde niat nak marah mak aku. Aku marahkan ayah aku sebenarnya.

Aku tak minta banyak, doakan supaya mak n aku dapat keluar dari keluarga dari neraka ni n bagilah kami peluang bahagia menuju ke jalan Allah. Aku sedih. Aku teringin nak ada family yang betul2 ajar ajaran agama. Aku teringin nak pergi bercuti dengan family.

Ayah aku bukannya miskin. Ada saja duit. Tapi duit selalu habis ke bapak angkat yang dia agungkan sangat sampai tak pernah pun mewahkan mak aku apatah lagi anak2 dia.

Susah nak cakap dengan ayah aku ni sebab dia panas baran. Aku benci orang yang semua bende asyik nak marah n asyik nak betul saja.

Doakan mak aku sihat please. Mak aku sakit, hidup aku tak tenang. Takpelah aku tak sihat asalkan mak aku bahagia. Doakan dia masuk syurga. Dia berhak.

– Adik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *