Knockout Bottle

Hi guys. Aku nak bercakap tentang knockout bottle yang popular di kalangan mak2 generasi lama.

Aku menikah dengan orang luar negara. Omputeh. MIL/FIL aku suruh bagi knockout bottle untuk anak aku umur 5 bulan.

Knockout bottle ni susu (breastmilk atau formula) yang dicampur dengan solid food dan diberi dalam botol susu untuk baby isap. Memang tak la aku nak bagi.

Alasan mereka, mereka dah biasa buat dekat anak2 zaman dulu, semua tidur lena. Kiranya untuk bagi baby kenyang lama = tidur lama.

Aku pun cerita dekat mak aku. Mak aku pun kata, zaman dulu pun mak buat macam tu.

Dekat Malaysia, orang campur susu dengan nestum bagi anak untuk anak kenyang lama. Biasanya bagi dalam botol susu sebelum waktu tidur.

Surprisingly, ada lagi generasi sekarang yang buat.

Saya tanya paeds anak2 saya, mereka kata tak digalakkan.

Boleh jadi choking hazard and aspiration (tersedak masuk dalam paru2) sebab susu tu dah dipekatkan dengan nestum lepastu bagi isap dalam botol sambil baring.

Kalau nak isap botol susu pastikan susu sahaja, kalau nk bagi susu+nestum bagi sebagai makanan masa baby duduk.

Benda yang orang dulu buat tak semuanya selamat. Tapi ada orang pertikaikan, mereka buat dulu tu selamat je??

Tu adalah survival bias. Yang selamat boleh la berkata2, yang tak selamat tak boleh bercakap dah kan.

Sekian..

– Eliana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *