Know Yourself Better

Assalamualaikum semua, this is the first time I made a confession here,harap2 semua pembaca dapat terima dengan hati yang terbuka..the thing yang aku nak cerita kat korang semua adalah sangat berkait rapat dengan kehidupan aku,iaitu tentang masa lalu aku,the story of last 7 years back..aku terdetik nak buat cerita ni bila aku terjumpa kawan2 sekolah aku dulu yang masih xde arah tuju dalam hidup dieorang.. cerita ni tentang seorang manusia biasa yang mempunyai impian yang luar biasa..

Aku ni orang kampung,seorang yang sangat x mempunyai keyakinan diri,seorang yang sentiasa berperang dengan diri sendiri,seorang yang xada matlamat hidup (at that time la,now in sha allah matlamat penuh didada,haha)..aq ni anak sulong dari 4 orang adik beradik,mak ayah aku bukanlah dari kalangan orang yang terpelajar dan mereka bekerja sendiri,buat kerja2 kampung ..

Masa tu aku around 16 years old, umur yang menjadi titik tolak kepada perubahan hidup aku sekarang..aku ni jenis seorang yang malas,aku xtahu apa yang aku nak dalam hidup aku,senang citer aku ni seorang yang xada arah tuju..aku main follow the flow je,haha..sbb xde orang yang boost up aku,xde orang yang aku boleh jadikan idola,masa tu dalam kepala otak aku hanya fikir nak cepat2 habiskan sekolah then nak cari kerja kat KL,pegang duit sendiri,jalan2 sana sini..huhu,rasa macam heaven sangat klw aku dapat semua tu..masuk u atau sambung belajar?? Memang xpernah fikir langsung..buat apa nak fikir kalau dah memang aku tahu xde tempat pon untuk aku jejak kaki kat situ..

Tapi aku ni merupakan harapan keluarga,mak ayah aku nak sangat anak dia sambung belajar tinggi tapi masa tu dieorg xtaruh harapan tinggi sangat kat aku sbb aku ni xpandai + pemalas,cuma mereka selalu la bagi nasihat supaya aku belajar betul2 ,dapat result okey lepas 2 masuk u..jadi contoh untuk adik2..aku ni sebenarnya sekolah agama,aku xminat sangat sekolah agama masa tu,tapi dah mak aku paksa aku masuk sekolah agama, terpaksa la aku ikut..katanya kalau xsekolah agama dengan perangai aku yang kepala batu ni,susah dia nak control..entah pakai tudung entah tidak,baju gamaknya sarung yang adik punya,haha..over mak aku kan..haha,then aku pon bersekolah la di sekolah agama,pergi pagi balik petang,ustazah mengajar (mostly arabic subject ) aku melopong,serius wey aku xpaham dan aku xminat..habis kau minat subject apa? Frankly speaking,no subject at all yang aku suka,not even one..habis kau pergi sekolah kenapa? Aku pergi sekolah hanya untuk mengikut uruf semasa, dah umur2 macam tu yang suppose to go to school, lagi satu sbb parents aku, aku ni jenis anak yang patuh arahan,even dalam memberontak pon aku akan buat apa yang dieorang suruh..thats the reason why i go to school..huhu,teruk kan..

Kat kampung aku ni ada la beberapa kawan sebaya aku,kami sama sekolah waktu sekolah rendah,yang x syoknya kawan2 aku ni pandai2 + rajin2..waktu UPSR dieorg dapat flying colours,so dieorg pon dapat masuk sekolah asrama penuh..tinggal aku sorang2 kat kampung..mak aku apa lagi,makan hati ulam jantung pisang la..sedih la dia anak dia xmacam anak kawan2 dia,, huhu sedih aku bila ingat balik moment tu..tapi okey lagi waktu tu sbb mak aku cakap “xpe kak,rezeki akak mungkin banyak tu je,banyak lagi exam mendatang,buat yang terbaik lepas ni” mak aku ni jenis suka bagi nasihat even sekarang..

3 years after, aku pon sat for PMR,masa tu pon still main2,mak aku selalu nasihat suruh belajar betul2 ,tapi benda tu xmemberi kesan sikit pon kat aku ,aku belajar gitu2 je la,sebab aku xminat dan aku tahu aku ni bodoh dan xboleh pergi jauh dalam pelajaran..yang dramanya,waktu hari first exam tu,pagi tu aku exam kertas BM 1,aku bwak fon pergi sekolah,bila nak masuk dewan exam tu aku masukkan fon dalam bag,letak dalam masjid..habis je exam,aku bukak beg cari fon,fon xde..haha,fon aku hilang kena curi,entah manusia mana la mencuri atas masjid,aku apa lagi meraung x berlagu la, fon aku sayang tu,hadiah birthday ayah aku bagi..gila punya pencuri..aku pon pergi la report kat guru disiplin sambil nangis teresak2,cikgu aku relax je dengar aku cerita sambil nangis,geram pulak aku,at least buat2 la terkejut,baru nampak caring..huhu,lepas aku habis cerita dia bagi aku 1 nasihat yang sampai sekarang aku x akan lupa..nasihat dia berbunyi macam ni..ehem2 ” dah jangan nangis,sekarang ni awak dalam mood exam,jangan fikir pasal fon tu,buat betol2 dalam exam awak ni..fon awak harga berapa? Aku jawab “rm 350 cikgu” ..cikgu tu jawab “oh,murah je tu, kalau awak berjaya nanti,kalau awak berjaya dalam hidup awak,lebih dari harga rm350 awak boleh beli,percaya la cakap saya,dah sekarang pergi study untuk next paper ,xpayah fikir pasal fon awak,nanti saya usahakan”..masa tu serius aku bengang gila bila cikgu tu cakap macam tu,dalam hati aku cikgu boleh la cakap macam tu dah cikgu kaya..aku ni miskin cikgu oii.

Aku pon balik dengan hati yang sedih,serabut dan kacau bilau..dah la petang tu exam paper BM 2 ,balik tu terus buat solat hajat,haha..sebelum ni xpernah2 buat solat hajat even untuk PMR,kat sekolah buat la..huhu,aku doa supaya Allah lembutkan hati orang tu untuk hantar balik fon aku,kalau dia x hantar balik,aku xhalalkan hidup dia,biar Allah seksa hidup dia sbb suka2 hati je curi fon aku,huh geram ( haha,lawak doa aku masa tu,tapi sekarang,kepada si pencuri fon aku : aku dah maafkan kau,aku dah halalkan duit yang kau guna kalau kau jual fon aku tu,dah lepas ni jangan curi2 lagi tau,huhu)..begitu la cerita hidup aku.

Sampai la waktu result keluar,dan yang seperti dijangkakan..result aku Ya Allah teruk nya 1A 3B 4C 1E..time tu aku frust gila..aku tersangat lah sedih waktu tu,bukan sebab result aku( result tu aku dah predict dapat macam tu) ,aku sedih gila sebab tengok air muka mak aku,teramatlah kecewa..ni ke balasan aku kat mak aku selama dia bersusah payah besarkan aku..Ya Allah,maafkan aku sebab dah hancurkan hati mak aku..sepanjang perjalanan balik rumah mak ayah aku xcakap2 apa2..sampai rumah aku terus masuk bilik..aku ingat benda tu sakit @seksa kejap je..rupanya makan berminggu2 jugak..setiap kali aku keluar orang tnya result..yang tu aku okey lagi,yang xokey nya bila dieorg tnya mak aku,berubah terus muka dia ,tambah pulak dengan kawan2 kampung aku yang dapat result gempak2..tahniah untuk mereka,aku apa lagi makan hati la..

Start dari situ la aku berazam nak tebus balik kesalahan aku kat mak aku,aku nak belajar betul2 untuk bahagiakan mak aku..aku pulun habis2 ,aku minta mak aku hantar aku tuisyen..aku study pkol 3 4 pagi..dalam masa tu,baru aku sedar yang aku sebenarnya minat BI dah bercita2 untuk sambung belajar dalam bidang TESL,aku belajar betol2 ..aku baru start ada target hidup,ada matlamat hidup..aku pulun habis2,kat situ aku struggle untuk SPM aku,kat situ baru aku menangis kat Allah,mengadu pada Allah,dekat ngn Allah,belajar erti bersyukur,baru mula hafal doa2 belajar,baru start buat solat2 sunat,solat hajat..senang cerita,waktu tu baru dekat dengan Allah and kenal Allah..dan alhamdulillah ,it makes worth..aku akhirnya dapat result yang setimpal dengan usaha aku.

Dan akhirnya aku ditawarkan masuk ke salah satu IPTA terkemuka di Malaysia..tapi aku x ambik TESL, aku ambik guaman,Lawyer-to be inshaallah..sekarang still undergradute but dah nak habis..I still keep make my move for my future life,I still learn new things..I am happy with my life now..thanks to Allah for my happy life,syukur sangat2..thanks to my lovely parents..thanks to my friend and everyone surround me,thanks to my discipline teacher for the superb and boost advice.. I know myself better now, and I know what I want in my life..So untuk berjaya kita kena ada impian,kena tahu apa yang kita nak..and dont give up,life is about learning..gud luck guyss

Akhir kata ,last word from me
“من جد وجد”
“Siapa berusaha,dia berjaya”
Assalamualaikum, salam sayang.

– gadis cantik.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit