Kolej 

Salam. Hai. Terima kasih admin kalau approve. Love you.

Okay. Aku bukan graduan uia. Aku graduan daripada salah sebuah kolej universiti di selangor. Cerita dia mula aku start diploma dekat kolej ni lah. Aku duduk selangor. Sekolah menengah di perak. Sekolah rendah selangor la. Dekat dengan rumah. Bila dah habis spm. Aku ngan kawan2 sekolah perak nak masuk kolej ni.

Kami pun masuk la. Lepas tu masa cuti aku balik rumah. Aku pegi jalan2 dekat kedai2 dekat rumah. Kedai2 dia best wei. Jalan2. Lepas tu nampak kedai jepun halal. Aku masuk la. Tiba2 aku jumpa mak tirah (tirah ni kawan sekolah rendah). Dia datang bagi raga dekat aku. Makcik ni keje situ. Aku sembang la dengan dia. Dia kata tirah keje sekarang. Adik tirah tengah tunggu result upu. Dia nak buat matrik mak dia kata.

Ok la. Aku sembang2. Pastu mak tirah tanya aku. “Ko buat apa sekarang”. Aku kata “kite belajar makcik”. Mak dia kata “oooo… ye ke.. u mana”. Aku kata ” kita masuk kolej dekat b**gi” . Mak dia kata “emmmmmm kolej je”.

Kolej je. Serius la JE. Terus mood aku down nak sembang dengan makcik tu. Teruk sangat ke kolej. Aku kata lantak la makcik. Dia megah dengan anak dia. Dia kata kalau anak dia takdapat u tak payah belajar baik keje. Aku dalam hati cakap. Makcik ni over betul. Dia ingat aku kat kolej tu xde exam ke macam mana.

lepas aku habis diploma. Aku terus buat degree. Aku buat biasa je kalau jumpa makcik tu. Dia tanya aku. Belajar sana lagi ke. Aku mengaku la. Masa aku masuk degree anak dia yang tirah yang sebaya aku ni dapat u. Dia dapat buat diploma. Lepas tu tirah ni rajin la text aku. Borak2.

dia kata dia berapa kali apply baru dapat. 3 kali tak silap aku dia kata. Aku ucap tahniah dekat dia. Anak dia ok je. Xde pun nak kondem2 kolej. Lepas tu dia tanya aku amik kos ape. Aku bagitau la aku amik law.

Lepas tu ade sekali ade kenduri dekat rumah. Aku pegi pastu jumpa mak tirah ni. Tetiba mak dia sakan ramah dengan aku. Kalau tak pandang aku macam orang bodoh sebab aku masuk kolej tak masuk u. Aku syak kawan aku bagitahu mak dia aku belajar apa.

Wei. Aku kat kolej tu. Punya la setengah mati belajo. Diploma pun ade latihan ilmiah tau. Punya la nak jaga standard bagi sebaris dengan ipta.

Jangan kata makcik tu. Makcik aku pun kutuk gak aku masuk kolej. Dia kata macam2 dekat aku. Perli sakan. Kalau kami berkumpul ramai2. Mesti dia tanya sepupu aku dekat poli macam mana. Ok ke tak. Aku memang tak la dia nak tanya.

Ade sekali tu result keluar masa kat kampung. Aku tunjuk kat mak aku. Makcik aku tanya kenapa. Aku cakap la result keluar. Dia tanya dapat berapa. Aku bagitau la alhmadulillah dapat dekan. Makcik aku kata. Memang patut pun dapat dekan. Kalau tak dapat tak tahu la. Duit belanja abah bagi banyak. Yuran mahal. Bukan kene keje ape pun baca buku je. Kalau tak dekan memang nak kene la.

pehhhh… berdesup wei. Berdesup. Aku memang panas baran sikit. Aku terus je sound. Bukan duit makcik pun. Duit abah. Sekurang2 orang nak jugak belajar. Tambah ilmu. Taknak la jadi bodoh sombong. Cakap je pandai. Padahal bukan tara mana sangat pun. Taknak la macam tu kan. Mak aku kata apa cakap macam tu dengan makcik.

lepas aku cakap aku terus bla. Duduk dekat buaian luar rumah. Panas hati wei. Aku pikir apa la ade dalam kepala orang ni bila sebut ipts. Orang bodoh yang tak dapat ipta.

Kalau ipta korang definisi apa. Orang yang cerdik tiada tandingan.

Der.. aku masuk kolej tu sebab aku malas nak isi upu. Tunggu result lama. Aku masuk je la kolej tu. Masa tu aku budak. Aku pikir nak senang je. Sekali orang hina dina aku masuk kolej.

aku bukan anti ipta ye. Sekarang ni pun aku adalah pelajar ipta. Cuma aku tak suka orang anggap ipts kononnye ipt kelas kedua. Kalau kau fikir macam tu maksudnya kaulah orang yang minda kelas ke2.

Sekarang ni dah takde dah orang2 pandang sinis kat aku. Aku rasa orang nampak semangat aku. Aku cuma nak capai cita2 aku je. Aku usaha sampai dapat. Itu je. Pada aku berjaya tu bila kau dapat apa yang kau nak. Berjaya la. Kalau ade orang nak jadi polis. Tapi dia jadi cikgu. Di mata orang dia berjaya. Tapi diri dia sendiri tak dapat capai kejayaan yang dia nak la.

So. Aku dalam usaha mencapai cita2 aku. Aku akan berjaya sikit lagi. Doakan aku.

Lupa bagitau. Aku perempuan ye. Hehe.

– abil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit