Sejak kebelakangan ini, ramai students daripada Kolej Matrikulasi yang merayu dan meminta surat sokongan daripada wakil rakyat untuk memasuki course dan universiti yang mereka idamkan.
Persoalan yang bermain di fikiranku, kenapa macam tu sekali mereka merayu di sosial media? Tak kira jenis bangsa. Ramai yang tag YB di sosial media.
Aku confess ini cuma nak tahu punca dan kenapa semua ini terjadi? Maybe IIUM Confession readers boleh terangkan lebih lanjut apa yang sedang berlaku.
Result SPM dan Matrikulasi mereka sangatlah cemerlang. Tetapi, masih kena lelong. Salah teknik isi borang atau terlampau ramai sangat yang memohon sesuatu course itu?
Bukanlah aku nak memburukkan nama Kolej Matrikulasi. Tapi sebagai parents, tipulah kalau tak risau. Risau fikir masa depan anak-anak sekiranya mereka apply Matrik lepas habis SPM nanti.
Tapikan bila terjadinya issue tak dapat tempat di universiti dan course yang dihajati, memang cuak jugalah nak suruh anak-anak apply masuk Kolej Matrikulasi.
Ada kenalan aku yang merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi. Mereka berjaya survived.
Tapi itu kisah zaman mereka belajar 10-20 tahun kebelakang. Aku tak boleh kutip pengalaman mereka 100% memandangkan banyak perubahan berlaku.
Kalau boleh nak la pandangan students yang baru habis belajar di Kolej Matrikulasi. Pandangan pensyarah lagilah dialu-alukan.
Nak juga tahu pelajar Kolej Matrikulasi mana yang ramai merayu di sosial media macam tu. Apa dah jadi kat Kolej Matrikulasi tu?
Setahu aku, Kolej Matrikulasi ada banyak cawangan. Ada under KPM dan MARA.
Belum apa-apa lagi pelajar sekolah sudah dimomokkan dengan ayat-ayat negatif seperti belajar Matrik susah dan hanya budak pandai boleh score.
Ini pun patut diubah dari sekolah lagi. Daripada awal lagi disogok dengan statement negatif entah dari mana.
Kenapa boleh ada statement macam tu? Siapa yang mula ayat-ayat negatif macam tu kat pelajar sekolah? Kalau susah sangat, macam mana ada yang cemerlang score 4 flat setiap sem?
Anak-anak aku sekolah kampung. Tak terdedah sangat dengan pengalaman ramai orang belajar di bandar. Anak kampung sini berapa kerat je yang sambung belajar ke bandar.
Tanya cikgu kaunseling, cikgu nasihat minta diploma di universiti tak pun poli. Matrik susah takut tak boleh bawa nanti. Nanti tak boleh masuk universiti, kena apply diploma juga. Rugi masa setahun belajar.
Kalau diploma, nak apply kerja pun senang. Sijil Matrik tak berapa laku nak apply kerja. Gaji pun orang bagi ikut taraf SPM. Baik lagi ambil STPM.
Sijil STPM lagi laku dari Matrik. Gaji pun boleh minta lebih sikit dari SPM. Ikut sesuai tempat kerja la nak demand gaji.
Itu pendapat cikgu kaunseling. Aku kalau boleh nak juga la ada anak-anak aku masuk Matrik atau Asasi lepastuh masuk degree terus. Fast track kan istilah orang guna ikut jalan ni.
Bukan apa, dengar-dengar belajar kat Matrik ada elaun belajar dan kos belajar tak tinggi.
Ikut pengalaman anak-anak orang kampung yang belajar di universiti, dekat hujung sem barulah lulus pinjaman. Itu kalau lulus, kalau tidak, naik sem yang lain baru dapat duit pinjaman lepas buat rayuan.
Nak apply biasiswa saingan sengit. Kita rasa kitalah keluarga B40 padahal berlambak lagi keluarga yang daif dan susah dari kita.
Pengalaman aku sendiri minta bantuan kat sekolah, kena reject dan macam-macam alasan sekolah bagi.
Tu kat sekolah. Ada berapa kampung je. Kalau universiti tu ramai yang nak masuk. Aku tak berapa nak harap sangat bantuan biasiswa yang nak kena berebut macam ni. Pedih hati nak hadap jawapan kena reject.
Kita je yang faham keadaan ekonomi keluarga kita. Nak terang dekat orang lain, mana nak faham. Orang bergaji bulanan manalah faham keadaan makan gaji hari.
Terus teranglah aku bagitahu dalam setahun ni baru nak mula menabung balik. Habis duit simpanan guna masa Covid.
Ekonomi tak menentu sekarang so aku tak naklah impian anak-anak aku nak sambung belajar tersangkut berkubur macam tu. Alasan sebab tak berduit.
Bila dengar je belajar di Matrik semua students dapat elaun, tak ada kuota ke limit jumlah pelajar, semua orang dapat elaun. Rasa satu beban boleh terlepas.
Lepastuh setahun je belajar boleh sambung degree, baguslah. Kalau nak berhutang pinjaman pun hanya untuk degree je. Kalau diploma nak sambung degree bertambah lagi hutang pinjaman.
Aku confess ni bukan nak tahu kemudahan yang ada kat Kolej Matrikulasi. Kalau under KPM, aku percaya kemudahan dibagi sangat baik. Kalau tak baik, kenapa ramai yang nak masuk Matrik.
Aku cuma nak tahu suasana belajar di sana, cara hidup di sana, hala tuju lepas habis belajar dan isu-isu semasa yang jadi sekarang.
Kalau jadi students Matrik, apa baik buruk belajar di Matrik? Apa yang susah sangat belajar di Matrik?
Subjek apa yang susah belajar di Matrik dan course dan universiti mana nak kena berebut masa nak apply universiti nanti?
Apa patut buat kalau kena lelong atau langsung tidak diterima mana-mana universiti? Apa gunanya sijil Matrik?
Cuba terangkan guna bahasa mudah bagi orang kampung macam aku ni faham.
Anggaplah aku ni sorang nenek yang tak bergaul dengan orang luar. Kalau nak suruh anggap mak, ramai mak-mak yang belajar tinggi.
Aku tahu isu semasa daripada anak-anak saudara aku yang sudah bekerja. Dapat info kat tempat kerja, balik rumah membawang kat aku.
Info apalah sangat yang tahu kalau duduk dan kerja kawasan kampung ni. Jumpa orang yang sama tiap hari. Kau tak tahu, aku lagilah tak tahu. Macam tu lah jawapan kalau tanya banyak soalan.
Aku ni harapkan info daripada FB. FB pun jarang buka. Nak google cari info tak reti nak taip apa. Confess ni pun tahu dari dorang jugalah. Doranglah yang suruh confess tanyakan.
Maafkan aku kalau ayat terabur dan tak sedap baca. Tak reti nak karang ayat. Confess pun sebab nakkan jawapan. Yang ayat BI ni doranglah tolong taip eja. Kalau tak ada dorang, lagi terabur ayat nak karang.
Tak tahu nak tanya lebih kat siapa. Manalah tahu ada sesiapa yang baru habis belajar di Kolej Matrikulasi sudi kongsi pengalaman belajar. Pensyarah pun kalau sudi nak jawab soalan isu semasa yang terjadi.
– Makcik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit