Kolej Vokasional.. Senang Atau Susah?

Assalammualaikum semua. Jadi pada tahun ini (2020) adalah tahun ke-3 aku berada di Kolej Vokasional A dan itu bermaksud aku perlu menghadap lagi setahun 5 bulan untuk graduate.

Jadi aku akan cerita dulu bagaimana aku boleh memilih untuk ke Kolej Vokasional. Ia bermula sejak kakak aku yang mengambil keputusan untuk ke Kolej Vokasional B pada tahun 2017. Dia ceritakan pengalamannya sepanjang berada di KV.

Aku teruja mendengar ceritanya yang mengatakan KV ni seronok sebab ko dapat buat cara student universiti even masih umur 16 tahun.

Jadi aku ambil keputusan untuk mengikut jejak langkah kakak aku secara tiba-tiba walaupun satu kelas tau yang alu more to sastera and bukan kemahiran.

Aku disekolah biasa memang terkenal dengan sikap pemalas dan suka melengahkan masa. Aku tak suka belajar. Seriously who the hell yang suka buka buku baca dan salin nota?

Jika anda suka maaf anda tergolong dalam kalangan manusia pelik. Cikgu pon tak tau macam mana nak tolong aku. Sebab aku ni memang jenis malas nk buka buku sampai satu tahap bayar member buatkan homework wkwkwkwk.

Aku ambil langkah untuk ke KV ni pon sebab tak suka belajar cara sekolah biasa. And nak benda yang lebih mencabar.

Selepas sahaja keputusan PT3 keluar aku terus daftar untuk sertai KV. Aku nak masuk Kolej Vokasional B sama dengan kakak aku tapi malangnya course yang aku nak tu takde.

Jadi kena pilih Kolej Vokasional A yang tak berapa nak jauh dari rumah aku (20 minit perjalanan dari rumah) and KV yang aku pilih tu takda asrama. Harian sahaja. KV B tu ada asrama. Jadi, tiada pilihan. KV A jelah.

Bermulalah minggu pertama aku di KV. Kami dikenalkan dengan norma baru yang lain dari sekolah biasa.

Sepanjang minggu orientasi aku dapat jumpa kenalan baru dari pelbagai sekolah. Selepas saja minggu orientasi dan bermula kami punya PdP. Syukur alhamdulillah guru aku semua ok.

Akan tetapi… Hah ni nak start dah pasal perasaan sebenar aku sepanjang 2 tahun setengah aku bergelar sebagai pelajar baju oren @ korporat, aku tak suka, aku benci, aku muak, aku stress, dan banyak lagi tentang aku tak suka KV.

Aku dah cakap aku ni pemalas dan suka lengahkan masa. Assignment aku jarang on time. Kuiz aku selalu fail. Mental aku menurun. Aku makin kerap sedih dan tak happy macam zaman sekolah menengah. Hidup aku berubah 360° sebab KV.

Masa awal sem 1 lagi aku dah fikir nak berhenti. Tapi aku ubah fikiran sebab risau dengan perasaan parents aku yang dah habiskan duit hanya untuk tengok anak kedua yang bodoh mereka memakai jubah graduate.

Sumpah demi Allah aku menyesal masuk kv. Tapi ape boleh buat? Dah tak boleh berpatah lagi. Kalau aku berhenti sekarang dapat apa je? Sijil berhenti jelah. So sijil tetinggi aku hanyalah PT3 jika keluar KV sekarang.

Ok mari kembali pada tajuk. Susah atau senang jadi pelajar Kolej Vokasional?

Jawapan aku simple. Tiada jalan mudah dalam dunia ini. Semua perlu kerja keras. Tapi kalau kau seorang yang bertanggungjawab, rajin dan boleh beri komitmen dalam apa jua keadaan maka KV adalah tempat anda.

And ramai dah jatuh hanya kerana fail benda remeh so kena hati-hati. Aku pon hampir beberapa kali fail. Cikgu semua dah macam give up nak tolong aku. Jadi aku kena bergerak sendiri dalam masa sama kembalikan kepercayaan mereka terhadap aku.

Jadi untuk mereka yang berumur 15 tahun dan ingin masuk KV tahun depan. Fikir 2 kali. Kalau kau boleh dan sanggup terima apa² dugaan boleh masuk. Tapi hati kau tisu memang cepat give up. Siapa lemah dia yang tewas dulu.

Ok itu saja dari saya sekian…

– Mr. Han (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *