Komentar Dari Dugaan Belajar Oversea

Assalamualaikum dan terima kasih sekali lagi admin kerana menyiarkan kedua-dua confession aku iaitu,

https://iiumc.com/dugaan-belajar-oversea/ ,

https://iiumc.com/dugaan-belajar-oversea-ii/ .

Jadi confession aku kali ini adalah untuk menjawab komen-komen dari pembaca sekalian.

Yeyyyy, raya haji tahun ni direzekikan dapat makan daging unta, khoruf dan juga kambing. Sekali dapat pakej tengok sembe**han. Hehe. Okay-okay.

Pertama sekali, apa yang aku nak ketengahkan adalah luahan tentang dugaan. Jadi bila disebut dugaan, perkataan seertinya adalah ujian.

Jadi korang kena fahamlah bahawa aku nak ketengahkan cerita yang berlawanan dengan seronok. Haha. Fahamkan? Kalau korang nak aku ceritakan benda apa yang seronok kat sini, aku akan buat tajuk lain. Yang tu cerita lain.

Yang komen kata, tengok pasal timur tengah je terus tutup tak nak baca. Nanti kalau aku cerita yang best-best, jangan kau baca okay. Hahhaha. Gurau je.

Yang kedua pula, berkaitan peringkat pengajian aku. Sini aku bagi penjelasan sikit. SPM aku di Malaysia. Lepastu, aku sambung DIPLOMA di sebuah ipt di Malaysia. Akhir sekali, sambung Ijazah di sini.

Ada yang komen kata, hanya Jordan je yang dapat sambung dari Diploma terus Ijazah kat sana. Negara lain kena ambik stam. Habis aku ni apa? Haha boleh je dari Diploma (tanpa STAM) dan ambil Ijazah kat sini. Hahahaa lawak.

Setakat ni, hanya dua buah ipt di dua buah negeri di Malaysia sahaja yang layak masuk dari Diploma di Malaysia, terus ke Ijazah disini. Tertanya-tanya ke ipt mana? Memang aku xkan cakap, haha, nanti terbongkar habis.

Terus masuk Tahun 3. Kalau ikutkan yang asal, tahun depan (jika semua subjek lulus ), aku dah boleh balik. Tapi ada beberapa masalah yang timbul, jadi kena tambah satu tahun lagi.

Dan negara mana yang aku luahkan ni, rata-rata yang komen satu tu je. Kalau kembangkan lagi pemikiran korang, ada lagi negara lain.

Satu lagi, ada yang tak kenal “tut-tut” (ni bukan sound ye). Setiap negara yang ada benda ni, nama adalah berbeza-beza. Di Indonesia namanya lain. Mesti dia malas nak google. Sejenis kenderaan (kalau di India, dipanggil Auto). Jelas?

Luahan ni adalah sekadar untuk perkongsian sahaja. Bukan nak menakutkan para pelajar yang nak sambung pengajian kat sini. Sekadar untuk bagi pendedahan semata-mata.

Nanti tak akan ada isu baru sampai, dah nak balik. Haha. Cuma rata-rata yang komen macam negara majoriti Islam je yang banyak kes ni.

Hello makcik pakcik sekalian, dah korang yang tak nak ambik tahu, setakat tu je la yang korang tahu. Bila ada isu berkaitan bangsa, laju je korang petik agama kan!

Jadi isu ini, ada di mana-mana negara ye. Bahkan yang lebih teruk pun ada. Jadi sentiasalah bijak dalam mencari maklumat ye.

Bila ada kes-kes berlaku, jujur aku katakan memang aku takut. Tapi disebabkan ilmu yang nak dicari dan harapan dari keluarga, aku cuba ketepikan rasa takut dan lebih kepada berhati-hati.

Dah alang-alang kat sini, masing-masing cuba untuk sesuaikan diri dengan apa yang berlaku.

Dan tahun ni pula, insya-Allah ramai yang akan pulang ke tanah air kerana akan tamat pengajian. Rata-rata meluahkan akan merindui bumi ini.

Di bumi inilah, mereka diajar tentang liku-liku kehidupan. Tidak tahu bilakah lagi akan menjejakkan kaki lagi di bumi ini.

Bagi aku, banyak sangat benda yang best kat sini. Cuma masalah sekarang tajuk aku berkaitan dugaan. Jadi tak boleh la nak dicampuradukkan dengan benda lain.

Kalau buat karangan, kau masukkan perkara yang tak berkaitan dengan tajuk, pemeriksa tak akan tengok dah. Markah pon kurang. Haha. Tetiba pulak kan termasuk esei.

Jadi untuk tajuk “dugaan” ini, akan aku stopkan di sini sahaja. Sebab nanti bila aku sambung bercerita, korang hanya akan nampak banyak keburukan berbanding kebaikan. Walhal yang pernah belajar di sini lebih tahu berbanding komentar dari kalian.

– Cikyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *