Assalamualaikum para pembaca, saya Dahlia. Banyak baca kisah dalam iiumc yang ada masalah tetapi tidak berterus terang untuk settlekan masalah tersebut. Contohnya terasa dengan pasangan tapi membisu, tidak berbincang.
Kali ni, mungkin kisah saya kongsi boleh direnung untuk diambil iktibar. Mudah2an dapat dijadikan pengajaran dan berjaya menyelamatkan perhubungan dengan sesiapa sahaja yang anda sayang.
Berkatalah benar walaupun pahit untuk diterima jika anda ingin menyelamatkan perhubungan.
Saya percaya komunikasi sangat penting dalam perhubungan kita dengan sesiapa sahaja. Beberapa tahun lalu, saya pernah kehilangan seorang kawan baik kerana tidak berkomunikasi, tidak berbincang bila ada masalah.
Selisih faham benda kecik saje, masing2 mendiamkan diri tak nak bercakap. Bila dia berkahwin, saya pun tak selesa untuk berbaik bimbang mengundang fitnah dan cemburu isterinya. Lebih afdhal ada batas.
Sejak hari tu, saya dapat pengajaran penting, sekiranya berlaku masalah saya akan cakap apa yang saya tidak puas hati dengannya dan berusaha baiki kelemahan saya jika ditegur.
Saya akan bercakap dan luah dengan jujur meskipun ia bukanlah benda yang orang suka dengar kerana saya percaya keikhlasan dalam perhubungan mestilah bertunjangkan kejujuran.
Belajar dari kesilapan lalu, baru2 ni saya terasa hati dengan seorang kakak saya, saya namakan Kakak G.
Sebelum ni hubungan dengannya baik2 saje. Setiap kali saya balik bercuti di kampung, saya kerap ke rumahnya, sekadar melawat adik beradik. Arwah mak pun selalu pesan sebelum meninggal agar jaga hubungan tidak putus selepas mak dah tak de.
Abang ipar saya baru menjalani pembedahan mata. Beberapa hari kemudian kakak saya menghantar mesej di wasap, panjang lebar dia tulis meluahkan rasa kecewa kerana saya tidak menziarahi abang ipar baru keluar dari ward.
Kakak G cakap tak de sorang pun datang melawat kecuali kakak dan abang ipar E je yang datang.
Walaupun dalam family saya adik perempuan bongsu, suara saya paling didengari, dipercayai dan paling berani bersuara. Malah pasal wasiat arwah mak pun diberi kepada saya dan semua adik beradik percayakan saya.
Kakak G menulis mesej kepada saya kerana suara saya ada value dalam family, ibarat orang tengah dan penyampai amanat.
Saya faham maksud dia nak saya maklum kepada adik beradik yang lain supaya datang melawat. Saya pun tak tahulah kenape bila ada hal keluarga, adik beradik tala dan cari saya walhal saya ni adik je.
Masa baca mesej kakak saya, berderai2 mata saya sebab terlalu sedih. Saya mengadu kat kakak H dan I pasal saya kecik ati. Kakak H dengan I cuma suruh pergi saje, lupakan kes kecik hati sebab tak nak bergaduh adik beradik.
Abang ipar E juga tahu dan menasihati saya supaya pergi melawat demi jaga silaturrahim. Tak de sorang pun nasihat suruh berterus terang.
Cara saya berfikir tak macam orang lain berfikir, saya kata, saya akan pergi tapi saya akan cakap apa yang saya tidak puas ati. Saya nak kakak saya tahu. Bagi saya, masalah takkan selesai jika pendam.
Saya pun tak kisah jika kena marah jika dia tak boleh terima. Saya bukan nak condemn, cuma nak luah apa yang saya rasa. Supaya dia tahu benda tu menyakitkan hati saya.
Jadi saya balas mesej kakak G panjang lebar. Saya minta maaf dulu kemudian cakap terus terang saya kecik hati dengannya.
Saya cakap semasa saya baru hilang kerja, saya ke rumahnya mahu meminjam lap top untuk memohon kerja yang diiklan secara online. Tapi dia menunjukkan muka tidak senang dan bertanya ‘nak cari kerja apa lagi nyer?
Dengan muka dan nada seperti nak marah dan tak suka. Saya sudah terlalu sedih hilang kerja, sikitpun dia tak simpati. Saya bukan minta duit pun.
Saya cakap, sejak saya diberhentikan kerja, adik beradik lain termasuk ipar2 amik berat pasal saya. Selalu datang jenguk saya yang tinggal seorang diri, bimbang keselamatan dan kebajikan saya.
Yang dekat selalu masak dan hantar makanan sebab kesian. Dorang tak buang saya. Tapi kakak G tak pernah tanya khabar saya, tak peduli pun sama ada saya ada duit atau tidak untuk makan sedangkan dia kaya.
Dia pernah janji nak pinjamkan mesin rumput. Tapi bila saya pergi ke rumahnya, dia tak bagi. Baliklah saya dalam keadaan sedih dan menangis.
Saya pergi jumpa abang minta tolong carikan mesin rumput yang murah2. Kakak ipar tak bagi beli, dia suruh pinjam je abang punya. Kakak ipar suruh jimat duit sebab saya dah tak kerja.
Saya cuba buat ayat sehabis baik supaya dia tak terasa saya mencari salah dan luah semua yang saya rasa supaya kakak saya tahu dan sedar.
Jawapan kakak saya sungguh tak disangka2. Dia minta maaf banyak2 atas kekhilafan dia. Dia suruh datang rumah, tak payah bawa buah tangan takut saya tak de duit.
Dia cuma nak adik beradik datang je, tak nak putus hubungan. Petang tu saya mesej personal semua adik beradik suruh melawat abang ipar G. Sebenarnya adik beradik lain tak melawat sebab tak tahu abang ipar dah discharge.
Kami 4 beradik berjanji pergi waktu sama, manakala yang lain pegi hari lain. Tapi saya tiba2 sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun, so saya tak pergi hari tu. Tapi kakak B seronok cerita kakak G tiba2 bagi duit kat mereka bertiga dengan anak2 sedara.
Jadi saya nampak hikmah kerana saya bercakap jujur dan menegur sikap kakak saya yang kurang amik peduli adik beradik yang susah, tiba2 dia berubah dan jadi lebih berempati.
Saya tahu kakak saya baik. Dia mungkin terlepas pandang tentang amik berat ahli keluarga. Bila sakit, adik beradik tak berkunjung baru dia sedar, tu pun selepas saya tegur. Kakak G juga cakap kalau ada masalah duit bagitahu dia, dia akan tolong.
Tapi saya tak mahu ambik kesempatan, cuma baru2 ni saya cerita pasal kereta saya accident dan pintu rosak selepas kakak saya bertanya. Kakak saya bagi saya duit repair kereta. Baik kan kakak saya?
Itu cerita pasal adik beradik, ni kisah dengan kawan saya pulak. Dulu saya kenal kak Azie ni positif orangnya. Mak ayah dia, jadi mak ayah angkat saya. Cuma beberapa tahun kebelakangan ni dia mula berubah jadi negatif selepas ada masalah rumahtangga dan bercerai.
Saya tidak kisah dia bercerita tentang kesedihan tetapi saya tidak suka bila kita motivate dia, dia membalas dengan cara negatif. Saya tahu dia ada masalah kewangan, struggle mencari rezeki untuk membesar anak2, selalu risau.
Tiap kali dia buat posting kat fb, saya akan puji dan bagi semangat, dia selalu balas dengan kata2 negatif merendah2kan bakat yang Allah bagi. Dia macam tak appreciate kelebihan Allah bagi. Patut jawab la terima kasih atau aminkan atau ucapkan syukur.
Pastu tak habis2 menyalahkan takdir macam dia la paling malang. Suka membandingkan hidup dia yang malang dengan saya atau orang yang lebih bertuah katanya.
Akhirnya saya jadi malas nak mesej dia bertanya khabar. Post dia pun saya cuma like, tak nak komen sebab dia balas dengan negatif.
Tapi hari ini, dia mesej saya bertanya sesuatu. Saya jawab main2 sebab malas nak layan, buat sakit ati, nanti dia buat ayat sendu. Tak lama kemudian saya rasa bersalah kerana tidak jujur.
Sebagai kawan saya rasa saya patut cakap jujur demi kebaikan dia. Selama ni saya diam sebab takut dia kecik hati sampai saya rasa malas nak bercakap dengan dia yang suka berfikiran negatif.
Saya decide cakap terus terang tapi saya mulakan ayat dengan minta maaf kerana apa yang saya cakap nanti mungkin dia tak leh terima.
Saya dah tak peduli jika dia benci saya sekalipun. Saya cuma nak dia sedar kelebihan dia dan berhenti berfikiran negatif. Saya balas panjang lebar. Sungguh tak sangka, kak Azie boleh terima dan ucap terima kasih kerana berterus terang.
Dia cakap tak de sape bagi pandangan macam saya, tak de sape tegur dengan jujur kesilapan dia selama ini. Dia akui dia terlalu sakit hati sampai tak mampu berfikir dengan baik.
Dalam menegur, saya tetap puji dan sebut kelebihan dia. Saya cakap saya pun ada masalah, tapi tak suka tunjuk sedih depan orang sebab selama ni saya selalu motivate orang lain. Saya suruh dia jadi kuat dan positif demi anak2 dia dan jadilah diri dia yang dulu.
Penah saya cerita kisah sedih yang saya simpan kat 2 orang kawan baik sambil senyum, dorang bergenang2 mata sebab sedih dengar.
Bagi saya kesusahan itulah yang mendewasakan kita. Tak perlu menyalahkan takdir, sebab apa yang berlaku ada hikmah itupun kalau kita bersyukur.
Akhirnya hari ini, ketika menulis kisah ini, saya dapat semula kak Azie yang dulu. Yang positif dan yang saya sayangi. Itu dua kisah berkaitan komunikasi yang jujur dalam perhubungan adik beradik dan persahabatan.
Saya selalu bagitahu kawan2 saya, saya suka kejujuran. Saya boleh terima teguran orang meskipun dari mereka yang lebih muda. Jadi jangan takut tegur jika tak berkenan dengan cara saya, cuma bagitahu dengan jujur.
Saya pun banyak kelemahan, cuma jangan bercakap belakang dan jangan tegur di depan orang lain kerana menjatuhkan maruah saya.
Dalam ramai2 kawan, Wana sorang saje yang berani dan ikhlas dengan saya. Kerana itu kami sangat rapat sampai sekarang.
Kerana saya sangat hargai dia berani berterus terang hal yang dia tak suka tentang saya. Tak bercerita kat orang lain. At least bila berbincang dan luah apa yang kami rasa, ia membantu saling memahami dan berubah kepada lebih baik.
Kisah terakhir, berkait dengan bekas majikan saya. Kesudahannya tidak sebaik 3 kisah tadi. Ia berakhir dengan teruk. Tetapi saya tidak menyesal kerana saya sudah cuba mempraktikkan komunikasi untuk menyelesaikan masalah, bukan menjadi pelarian atau escapism.
Itulah risiko yang kita perlu hadap. Tidak semua orang positif menegur dan ditegur. Tak semua orang open minded untuk berbincang.
Kita berbincang bukan untuk mencari salah siapa tapi mencari penyelesaian, berusaha untuk memperbaiki diri dan menjaga hubungan baik sesama insan.
Sekurang2nya jadilah golongan orang yang beruntung seperti yang Allah sebut di dalam firmannya yang berbunyi,
‘Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran’ (Surah Al Asr:1-3).
Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile.
Berkatalah benar meskipun pahit untuk ditelan. Berbincanglah jika ada masalah, jangan pendam. Semoga hubungan silaturrahim kekal terjalin di antara kita dan mendapat rahmat Allah.
– Cik Bunga Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit