Komunikasi Dalam Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers sekalian.

Dua tiga menjak ni asyik baca entri berkaitan dengan pasangan yang kurang memahami satu sama lain.

Samada suami mahupun isteri, saling mengeluh tentang pasangan masing-masing tidak prihatin atau kurang memahami perasaan (penat, letih, marah…) pasangan.

Saya berasa terpanggil untuk berkongsi kisah saya, walaupun saya masih setahun jagung dalam melayari alam perkahwinan,

Namun saya merasakan apa yang saya lalui dengan suami boleh dijadikan satu cara atau ikhtiar untuk pasangan yang mengalami masalah komunikasi begini.

Sedikit latar belakang suami dan saya, dua-dua bekerja dalam sektor swasta, lingkungan 30-an, berkahwin atas persetujuan keluarga (arranged marriage).

Sepanjang tempoh perkenalan, kami hanya keluar sekali, bercakap di atas telefon kurang 8-10 kali kerana waktu kerja shif dan cuti yang tidak sama.

Boleh agak la kan, betapa janggalnya kehidupan selepas berkahwin, masing-masing mempunyai masalah komunikasi.

On top of that, kami tinggal serumah dengan mertua dan adik ipar perempuan. Suami saya anak sulung dan berasa bertanggungjawab untuk tinggal bersama ibu bapanya.

Saya cuba bersikap terbuka untuk experience dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan (walaupun ditegah oleh rakan-rakan lain yang sudah pun berumah tangga).

By now, boleh nampak yang kami mempunyai privasi, tetapi sedikit terbatas kerana tinggal serumah dengan mertua.

Semenjak berkahwin, saya mengalami kesukaran untuk ‘fit in’. Kebanyakan perkara yang saya lakukan akan ditegur oleh suami saya (tidak kisahlah di public atau pun ketika kami berdua).

Dan saya berasa amat tertekan dengan situasi ini, seakan-akan saya tidak sempurna di matanya.

Sekali dua, saya membuka cerita kepada ibu saya, namun nasihat daripada ibu saya kurang membantu. Ibu pula menambah minyak (emosi perempuan kan? haha)

In the end, saya decide untuk berterus terang dengan suami saya. Saya menggunakan teknik yang pelbagai. Antara perkara pertama yang saya buat ialah mewujudkan sesi Curhat bersama suami.

Sesi curhat kami kebiasaannya selepas solat Subuh, di mana saya akan berada di sampingnya dan meluahkan perasaan saya, masalah yang saya hadapi terhadapnya.

Saya hanya akan meluahkan apa yang saya rasa tanpa menyatakan perbuatannya salah atau kasar. It’s from my own perspective.

Contoh ayat yang saya akan gunakan adalah “Saya rasa sedih ketika abang menegur saya di majlis tersebut semalam. Saya merasakan seperti saya diperkecilkan. Mungkin tindakan saya salah, namun, itu yang saya rasakan”

Suami pula akan diam dan reflect apa yang saya rasakan. Kemudian dia akan memberi feedbacknya. Selalunya dia akan explain tindakannya dan apa yang dia rasakan terhadap perkara itu.

Dan saya pula dapat lihat dari sudut pandangannya. In the end, kami akan saling bermaafan dan berjanji akan membaiki diri masing-masing di masa akan datang.

Cara seterusnya yang saya gunakan ialah menulis kepadanya di atas sehelai kertas perasaan saya.

Selalunya melibatkan perkara yang sangat sukar untuk saya bicarakan, perkara yang saya rasa sukar untuk saya confront secara berdepan dengannya.

Saya akan selitkan surat ini atas meja solek, dalam dompet atau dashboard keretanya tanpa kehadirannya.

Dia akan membaca surat ini tanpa kehadiran saya dan akan cuba memproses intipati surat ini dan akan berhadapan dengan saya ketika sesi curhat kami di dalam bilik.

Tidak dinafikan, saya akan lebih banyak menangis ketika sesi curhat ini, namun dia akan menenangkan saya dan mencuba menyelesaikan masalah atau kesulitan ini bersama-sama.

Lama-kelamaan, saya perasan komunikasi kami semakin baik, masih belum di tahap optimum, namun Alhamdulillah… masing-maisng sudah pun mendapat rentak.

Suami turut menyelitkan surat di dalam dompet saya dengan nota ringkas seperti “Terima kasih kerana packing barang untuk abang pergi outstation.

I really appreciate it” Surat atau nota ringkas ini tidak hanya tertumpu pada isu berat,

Kadang-kadang untuk menyatakan terima kasih kerana menghantar saya ke tempat kerja, menemani saya bershopping atau membeli makanan untuk kedua ibu bapa saya.

Hakikatnya, kita merasakan semua itu adalah tanggungjawab masing-masing, dan kita kurang menunjukkan appreciation terhadap pasangan kita,

Dan itu adalah salah satu punca terjadinya konflik, kerana kita merasakan pasangan kurang memahami pengorbanan dan penat lelah kita dalam menguruskan perkahwinan.

Tapi, in the end, berbalik pada pasangan anda. Bukan semua orang boleh menerima cara-cara yang saya kongsikan ini. Anda boleh mengolah mengikut karakter pasangan anda, saya bukan pakar dalam bidang ini.

Saya hanya mencuba, dan Alhamdulillah, it works for me and my partner. Satu lagi… jangan lengahkan atau pendamkan perasaan anda.

Kongsi dengan pasangan anda apa perasaan anda supaya konflik atau masalah kecil boleh diselesaikan dengan cepat. Semakin lama perasaan itu dipendam, bakal mencetuskan masalah yang lebih besar di masa akan datang.

Sekian sajalah perkongsian saya… selamat mencuba.

Dan saya doakan kepada semua pasangan agar dapat selesaikan atau menangani masalah komunikasi dengan lebih baik. Kerana kebanyakan masalah terjadi akibat lack of proper or effective communication.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekian,

– Juliet (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *